Friday, June 18, 2010

NASI AYAM & KEK COKLAT KUKUS

Alhamdulillah..Terlaksana juga hajat dan perancangan nak buat nasi ayam dan kek coklat kukus sebagai langkah awal untuk lebih menjinakkan diri dalam dunia masakan yang pelbagai dan menyelerakan ini..Terpanggil untuk cuba buat sendiri bila semenjak dua menjak ni beli makanan di luar..Hampeh dan rasanya sangatlah tak sedap..Lagi2 kalau order makanan favourite - nasi goreng dan bila dirasa, Ya ampuuuun tak sedap langsung..

Kebetulan pula di kampung ( umah mentua ) selalu masak makanan yang sedap2 dan memang menggemukkan kalu lama berada di sana..Ikan bakarlah, ayam perciklah, nasi ayam salah satunya dan macam-macam lagi..Biras yang dah duduk menetap di kampung pun rajin buat kek coklat..Alahai, memang memberangsngkan betul..Nak makan luar, kami anak beranak di kampung sahaja dah lebih daripada 15 orang..kalau makan kat kedai je, habis beratus..tak payah..Masak sendiri..ramai yang pakar..
Saya yang tak berapa hebat dan arif sangat memasak dan pandai masak campak2 ni saje, dah boleh belajar memasak sebab selalu bantu dan sambil2 belajar cara2 masak makanan kedai macam nasi ayam dan kek coklat kukus..Yummy..sedap sangat...Berbekalkan duit yang En.Hubby bagi, belailah bahan yang patut untuk dijadikan bahan asas masakan..Fuh..tak sampai 1jam dengan hanya masak sendiri tanpa bantuan sape2, siap juga..Bagi saya yang baru belajar ni, sedap je..Tapi terpanggil lepas ni nak masak yang lebih sedap..
Inilah hasilnya..Cuci mata sahajalah ye..Nak bagi rasa?? Jangan dibuat..Mahunya anda semua tergelak makan masakan saya..Pe, pun saya akan berusaha dan cuba lagi..Lepas ni nasi tomato dan mungkin nasi beriyani..Kek cheese pulak mana tahu..

Aksesori dan presentation kureng..Janji boleh makan..

Kek Coklat belasah aje..huhu..Tapi rasa mmmm..yummyyyy...Tq kak long bagi tepung siap..
~Tengah tunggu En.Hubby balik untuk rasa masakan saya~

No comments:

Post a Comment