Saturday, February 6, 2010

KERJA SAMA-SAMA

Hari ini semua guru tingkatan bersama murid diwajibkan ke sekolah untuk program gotong-royong membersihkan dan menceriakan kelas. Nak tak nak kenalah datang kerana tanggungjawab yang dah diamanahkan..Janji dengan budak2 pukul 9 pagi..Cikgu Hilda dan murid2nya dah datang sejak 8 pagi..


Aktiviti mengemas dan menceriakan kelas berjalan lancar seperti yang dirancang..Tema warna hijau telah dipilh sebagai warna kelas..Bukan semangat hijau ye..Saje nak redupkan kelas yang panas tu..Sepanjang berada di SMKSKI, memang menjadi dilema guru2 dan murid untuk menceriakan kelas pertama tepi tangga blok A tu..Tak tahulah apa yang tak kena..Tahun kedua mengajar, kelas di bawah jagaan saya ( 5T2 ) ditempatkan di bilik yang sama..Bukan muridnya tak rajin dan kreatif..Tapi tak tahulah..Susahnya nak redupkan kelas yang panas tu..Jangankan kelas belakang, kelas ala2 depan ( 5P1 ) yang pernah ditempatkan di situ pun..susah nak cantik..Mungkin kena sentuhan tangan Wazir baru kelas tu cantik agaknya..


Menyahut cabaran dan saingan positif yang diwujudkan antara kelas lebih2 lagi kelas 6A3 di bawah jagaan wazir yang , kami tak ketinggalan..Sumber inspirasi dan pencetus idea..Hehe..jangan marah ye zir..Ciplak idea sikit..Tapi taklah secantik kelas wazir..Alhamdulillah murid yang datang tak curi tulang..Masing2 seronok bila kelas dan dihias..Semangat sikit nak belajar..Tu yang kita nak sebenarnya..Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pembelajan murid..

Pukul 2 baru habis semuanya..Tapi taklah sempurna lagi..Masih banyak yang perlu ditambah dari masa ke masa..Insyaallah..Ada rezeki lebih apa salahnya dilaburkan untuk kelas sendiri..Bukan untukm orang lain..Anak murid juga..Sempat singgah ke Bilik mesyuarat menjenguk Kak Mazidah dan Wazir yang sedang sibuk menghias Bilik tu..MMMM....Cantik..Belum siap pun dah nampak cantik..Kalu dah siap?? mm...nganga je orang yang berkata tu dan ini tentang bilik mesyuarat..Teruskan usaha kawan2mmku..Tunjukkan yang anda sentiasa boleh diharap..Lagi2lah kalau gabungan Kak Majidah dan Wak Jier..Mmmmm...menjadi sahaja..Terima kasih juga datang jenguk yan dan budak2 tadi..Hehehe..sempat minta wazir tolong ajarkan teknik memintal kain untuk dijadikan bunga..Thanks Zir..Cuma tak kemas dan secantik hasil tangan wazirlah..

Haaaah..penat...Malam ni nak berehat..Hubby kerja..kena tinggal lagi..Kami bertiga pe lagi?? Lepak dan berkurung dalam biliklah..Esok ahad..Yey cuti..Nak rehat sepuas2nya..

No comments:

Post a Comment