Friday, November 27, 2009

SALAM AIDILADHA UNTUK SEMUA..

Sempena Hari Raya Aidiladha ini diucapkan selamat hari raya dengan pertanyaan apa pengorbanan anda semua pada tahun ini?? Saya?? Mengorbankan masa cuti sekolah yang sepatutnya menjadi hak milik mutlak suami dan anak2 di rumah untuk mengawas STPM di Sekolah Tinggi Klang..Atas permintaan sendiri dengan harapan dapat menimba pengalaman baru..Alhamdulillah Suami dan anak2 sangat memahami..

Menu untuk hari raya korban kali ini, lontong dan rendang ayam..Kebetulan pulak tak balik kampung untuk beraya bersama mentua, Sebenarnya nak masak macam2 lagi, bagi suami tak terasa sangat tak dapat balik..Semua gara2 si isteri yang sibuk menjaga exam..Sehari sebelum raya pun masih sibuk mengawas..Tapi perancangan tinggal perancangan..Mood nak masak macam2 menu tu tak menjadi..Atok dimasukkan ke wad ICU di Sungai Buloh..Mak dan abah mengorbankan masa mereka untuk menghantar dan hingga ke hari ini masih berulang-alik untuk menjaga atok..Pengorbanan..Nak masak macam2 pun dah penat..Tu yang sekadar lontong kosong dan rendang ayam..Lontong dah sedia ditempah daripada makcik yang menjaga atok ( adik abah )..

Tugas memasak rendang diserahkan kepada aku..Mak dah tak larat..Mak cuma belikan lauk..Bahan memasak hingga ke proses penyediaan aku yang buat..Tak pelah, kesian tengok mak penat walaupun pada hakikatnya aku pun penat sebab dari mengawas semalam terus ikut mak hantar atok ke hospital...Pengorbanan lagi..Hari ini, habiskan masa di rumah bersama anak2..Sambil menunggu suami pulang dari bekerja, dah rancang nak melukis untuk digunakan sebagai rujukan pelajar SPM bagi exam seni jumaat depan..Esok ke sekolah untuk bengkel menggambar..Pengorbanan juga..Yang pastinya semua yang aku lakukan adalah ikhlas..Semoga mendapat keredhaan daripada-NYA..Insyaallah..



No comments:

Post a Comment