Saturday, November 28, 2009

PERGINYA ATOK TAK AKAN KEMBALI...

Atok masih sihat dan ceria..( Aidilfitri tahun lepas )

Sedih, pilu dan cukup meruntun jiwa..Siapa sangka insan yang paling aku sayang telah pergi meninggalkan aku..Tepat jam 8.30 pagi sedang elok bermulanya kertas STPM, aku mendapat
panggilan dari abah mengatakan atok tenat dan mereka dalam perjalanan ke sana..Aku serba salah kerana aku sedang mengawas STPM..Alhamdulillah En.Khairul Anuwar ( ketua pengawas) sangat memahami..Diberikan keizinan untuk pulang lebih awal 1 jam sebelum tamatnya paper untuk balik menziarah atok..

Jam 10 malam ( sabtu ) mak mengajak kami adik beradik berkumpul di rumah pakcik kerana atok akan dibawa pulang dari hospital... Anak2 baru sahaja tidur..Jadi aku membuat keputusan untuk menziarah atok keesokan harinya sahaja memandangkan masih ada masa ( detik hati aku )..Biar abang sajalah yang menghantar mak dan adik ke Bukit Kapar..lagipun abang belum menjenguk atok kerana kerja..Entah kenapa hati tak tenang..Terus aku ke rumah mak menunggu mak bersiap..Telefon rumah mak berbunyi dan aku yang menjawabnya..Dengar sahaja suara abah yang bercakap sambil menangis, aku terus membuat keputusan untuk ikut..Biarlah anak2 tido dalam kereta sahaja..Mujur aku mengikut kata hati..Atok menghembuskan nafasnya sebaik sahaja pulang dari hospital..Kalau tidak menyesal tak sudah..


Sekejap sahaja masa berlalu..Baru semalam rasanya kami menghantar atok ke hospital..tak sampai 2 malam atok di hospital..Doktor menyarankan supaya atok dibawa pulang kerana tidak ada harapan..Setibanya atok di rumah pakcik, keadaan menjadi suram..Sedih melihatkan atok terlantar tak berdaya..Nafasnya pendek dan tercungap2..Anak2 dan cucu serta cicitnya sudah maklum yang atok tak akan bertahan lama..Rupa2nya oksigen yang dibekalkan oleh doktor hanya cukup untuk atok sampai rumah..Doktor juga ada berkata kemungkinan atok akan meninggal dunia dalam perjalanan balik sekiranya tidak sempat sampai..Mungkin atok memang nak berjumpa dengan semua sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir..Depan mata aku, depan mata abah dan mak..Depan mata ika dan alya kami melihat sendiri bagaimana atok bertarung dengan nyawa hingga ke hembusan nafas yang terakhir..Belum pun selesai bacaan yassin yang kedua, atok telah selamat kembali menghadap YANG ESA..Dengan mata inilah yang menjadi saksi perginya insan yang aku sayang..Insan tempat aku bermanja..

Ciuman terakhir aku hanyalah pada sekujur mayat yang kaku..Tak ada lagi pelukan dan kucupan sayang si cucu kepada atoknya..Akulah cucu pertama yang menanti untuk mengucup mayat atok setelah selesai dia dikafankan..Pilu betul kalau dikenang2kan saat itu..Ada kalanya aku menangis sendiri..Aku rindu atok..Aku sayang atok..Semua dapat bercakap dan berbual buat kali terakhir dengan atok..Aku???? Tak dapat..Malah atok tak sedar pun aku ada bersama ketika menghantarnya ke hospital..Cuma aku sempat memegang tangannya..Terkilan sangat..Namun aku redha..Mungkin akulah yang paling merindui atok kerana dulu akulah yang paling manja dengan atok..masih terngiang2 atok memanggil aku..

Cepat sungguh masa berlalu..Cepat sungguh kenangan itu pergi bersama..Insan yang paling aku sayang ( atok ) telah meninggalkan kami buat selama-lamanya..Kami semua redha dengan ketentuanNYA..Dengan sedih dan pilu masih berbaki, kami jalani kehidupan seperti biasa..


Dalam keadaan uzur atok tetap tak meninggalkan solatnya..

Penglihatan atok sahaja kurang jelas..Ingatan atok tetap kuat..

Inilah kerusi terakhir dan kunjungan terakhir atok ke rumah mak dan abah ( majlis pertunangan adik) Di kerusi ini jugalah aku menyuap dan melayan atok makan..RINDU ATOK...


Atok dalam kenangan..Kenangan bersama atok..Hari raya kali ini hari raya terakhir buat kami bersama atok..Suapan nasi terakhir aku buat atok..Sentuhan terakhir aku buat atok..Ciuman terakhir aku buat atok..Semoga atok berbahagia di sana..Semoga Allah meletakkan atok dalam kalangan orang2 beriman.. Semoga atok dipermudahkan di sana..Aku sayang atok..Aku rindu atok...Al- Fathihah untuk atokku sayang..YANTI TAK AKAN LUPAKAN ATOK..

No comments:

Post a Comment