Sunday, November 8, 2009

BAKAL TETAMU ALLAH..

Untuk Norfarizah Binti Rahman yang telah dapat menunaikan ibadah haji ke tanah suci mekah..Didoakan semoga nor dapat menunaikannya dengan tenang dan mendapat haji mabrur..Semoga juga nor kuat menempuhi dugaan dan ujian Allah di sana..Sesungguhnya nor bertuah kerana dalam usia yang muda sudah mampu dan dibukakan jalan oleh Yang Maha Esa untuk menjadi tetamu Allah..

Tak lupa buat Kak Roszana dan suami yang sedang menjalankan ibadah haji, semoga mendapat ketenangan yang abadi di sana..Doakan kami di sini agar berpeluang untuk menjadi tetamu Allah juga satu hari nanti..




Wednesday, November 4, 2009

SENARAI KERJA AKU...

Tak tahu nak mula dari mana..Banyak sangat rasanya nak cerita..Lama bebenor tak berblog..Bukan lupa atau dah tak suka.Tapi memang betul2 sibuk..Maklumlah nak tutup sekolah..banyak sangat kerja yang nak diselesaikan..Sekarang sibuk menanda kertas exam pelajar.Puas jegilkan mata nak habiskan menanda..Target minggu depan markah dah kena key in..Antara kerja2 yang sedang menunggu q untuk disettlekan :

- Laporan Kelab persatuan
- Plan taktikal Kelab Seni Kreatif 2010
- Sijil PMR (SENI)
- Sijil SPM (SENI)
- Buku stok dan inventori (Selesai beli barang kena masukkan dlm stok pulakkk)
- Fail panitia yang perlu dikemaskini.
- Borang justifikasi untuk SKT
- Pembahagian tugas untuk menyiapkan Rancangan Pelajaran 2010..

Dan lain2 lagi..Baaaaaanyaknyer..kena Selesaikan satu persatu..Dek kerana minggu lepas sibuk membuat back drop sempena Hari Apresiasi Gemilang, Peperiksaan Akhir Tahun dan sibuk mengurus anak2 juga suami di rumah, kerja2 di atas masih dalam list yang tersusun seperti itu..Belum pun sempat nak di tengok2..Dahulukan pengurusan kelas ( ambil alih kelas Siti Zaleha yang bersalin )..Mana nak sediakan sijil berhenti budak2 tu, sijil koko dan kutipan yuan..Tu belum lagi baru sudah settlekan sesi bergambar untuk dokumentasi sekolah..Em...macam2 kerja..Mujur lah jugak sempat habiskan bajet last minit yang pengetua bagi sebanyak RM 5000 untuk dibelanjakan dalam tempoh 2minggu..tak kalu, selamat bajet tu dipindah peruntukkan ke LPBT..Kes naya..

Macam manapun hati mesti mahu senang..Kerja sekolah kena setllekan di sekolah..Balik rumah, masa yang berkualiti untuk keluarga perlu ada..Hanya kerja bertaip sahaja boleh dibawa balik memandangkan rajin juga ngadap lap top, sambil2 onnline, bolehlah juga tengok2 pe yang patut..Dah seminggu balik lewat sebab ada meeting sampai pukul 3 petang.. sampai rumah dekat pukul 4.Duduk kejap dahh nak siapkan anak p mengaji..Malam dah penat tido..Petang tadi baru balik meeting mengawas MUET..Dapat pulak surat untuk mengawas STPM..Maksudnyer sepanjang cuti nanti dok sekolahlah walaupun bukan sekolah sendiri..Tak pe cari pengalaman..Dekat2 akhir tahun nilah juga sibuk mesyuarat akhir tahun JPD PSV..layan..

Hujung minggu ni tak leh nak buat kerja sekolah..tak tahulah kalu datang satu kuasa hebat yang boleh buat mata ni bolehh segar untuk menanda kertas ataupun badan ni larat untuk lalui hari2 yang memenatkn..Esok dah kena jaga MUET..Malam sok mentua dan ipar duai nak datang dari kampung..Bermalam di rumah untuk menghantar adik ipar menunaikan haji keesokan harinya..Tak pelah, bukan selalu penat2 macam ni..Harap2 bertenagalah..Ke kena beli kacip fatimah atau livita..hehehe..Sok cari..

Sabtu depan rehatkan minda dan beriadah bersama keluarga ke hari Keluarga SMKSKI..Minggu seterusnya dah jaga STPM....Semoga selamatlah aku melaksanakan tugasan yang dimanahkan..KERJA, KERJA, KErJA....

Sunday, October 25, 2009

YANG KU SAYANG..

Bahagia rasanya punyai keluarga seindah sekarang ini..Alhamdulillah ditemukan dengan pasangan hidup yang cukup memahami dan saling melengkapi hidup..Ditambah pula dengan kehadiran dua orang cahaya mata yang sentiasa menceriakan dan memecah suasana..Syukur kehadrat Ilahi dan semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga ke penghujungnya..

Semoga aku dapat menjadi isteri yang baik dan ibu yang baik untuk suami dan anak2 aku..Semoga juga kasih sayang antara kami kian bertambah dan bertambah dari hari ke hari..Ya Allah rahmati dan lindungilah keluargaku...Aku sayang mereka semua...







Dikesempatan maya ini, ingin sekali dinyatakan dengan ikhlas dan setulus hati bahawa tak mungkin ada kegembiraan yang lain selain kegembiraan mempunyai insan2 tersayang ini..Kebahagian dunia juga antara penentu kebahagian akhirat kita...Kerana syurga sementara kita di dunia ialah mereka yang kita sayang..Sehingga menanti syurga yang kekal abadi..


Semoga sentiasa diberi kekuatan untuk terus memberikan yang terbaik buat mereka yang aku sayang...

Yang Ku Sayang

Wednesday, October 21, 2009

KERJA BERPASUKAN...

PAKAR DALAM BAB POSING MEMOSING, TANGKAP GAMBO CURI DAN BUAT ALBUM SENDIRI..

Program RIMUP gabungan SMKSKI dan SMKTIS yang diadakan pagi tadi berjalan dengan lancar..Meriah dan havoc suasana..Walaupun tidak sepanjang masa camerawomen tak berbayar ni duduk di Dewan terbuka untuk menyaksikan dan men'snap' gambar juga aksi2 yang sepatutnya..Keseronokan tetap terasa..Dibantu dengan rakan2 dan gelak tawa mereka. Yang mana sepenuhnya mengajar tingkatan 3 memaang syok giler..Sebab bebudak dah habis PMR..So, no more teaching..Just monitoring, looking and 'lepak'ing among teachers and students..Huhu..but im not the part of them..


Tapi tanggungjawab tetap dijalankan seperti kebiasaan..Masuk kelas tingkatan 5 dan mengajar..Itu yang berlaku tadi..Tak salahkan sesiapa...Semua dibuat kerana amanah..Tak delah nak memonteng atau curi2 turun dek kerana nak sangat tengok..Memang terkilan dengan dikir barat berpasukan yang diterajui oleh Wak Jier, Amirul dan Din..Hebat korang semua..Tabik springgg..Tak segan nak mengaku persembahan hebatt dari SKI..Walaupun hanya dengar dari tingkat 4, bunyinya dah cukup gah..



Kepada rakan guru lain yang terlibat depan tabir, belakang tabir, atas pentas, belakang pentas..Hang pa semua memang best..Dalam penat still boleh well organized all the things..Pada Kak Azia, alhamdulillah sedikit tunjuk ajar dari yan dan selebihnya usaha dari akak menampakkan hasil back drop yang sangat menarik..Well done..Tahun depan tahulah nak cari siapa untuk buat back drop..Kalu tak tetap dan berpencen Dak Yan ni jugalah..Boring gak..Nak tukar2 angin..hehehe..Tak lupa buat jurukamera bersama Kak Mazidah..Thanks sebab cover yan..Maklumlah kena lari sana sini..lagi2 ada kelas..Yang tak bestnyer bateri kong..keh2..Mujur ada back up dari Kak Mazidah..Nanti kita bagi je gambo kat ajk dokumentasi ye..

Keep up all the good works...Semoga anda semua cemerlang dan kerja bersama2 secara berpasukan dalam apa juga tugas yang diberikan..All the best..


Antara persembahan pelajar mengikut tema yang diberi..Gabungan SKI dan SMKTIS memang Mantoop

Yang ini barisan guru hebat dan orang kuat sepanjang program berjalan termasuklah bekas cikgu aku sekolah rendah dulu.hehehe..Garang jugak tu..

tema berpakaian hari raya dan deepavali..Meriah sekolah tadi..Kalu pakai name tag, dah macam cikgu bebudak ni..

Monday, October 12, 2009

BARAAN SAKAN

Puas, seronok, meriah, menyeronokkan..Tiada kata2 yang dapat menggambarkan betapa havocnya baraan ke desa bak kata Kak Mazidah semalam..Seronok giler walaupun penat.. Bayangkan dari 9 pagi sampai 6 petang kami berjalan merata kampung, masuk kot jalan ni keluar kot jalan tu, mencari rumah yang nak dikunjungi..Tentatif program 3 hari sebelum ahad dah diberi..Wah..banyaknye rumah yang tersenarai untuk dikunjungi..Ikutt..

Rumah pertama - rumah sendiri ( tempat berkumpul dan sarapan pagi )

Rumah kedua - rumah Amirul..dijamu dengan bubur kacang durian..sedaaapp..

Walaupun hubby tak dapat join sama kerana kerja, hubby dah beri keizinan untuk follow baraan yang diketuai oleh Kak Mazidah..Sebelum keluar rumah dah pesan dengan anak2 kena be good..Sebab ibu drive sendiri..Jangan buat hal, nanti ibu tinggal kat tepi jalan..Biar ada orang ambil..Walaupun tak berapa nak faham, kenalah diorang buat2 paham..Tapi dah bagitahu awal2 pada hubby, agak2 anak2 mengamuk dan tak larat, kami tak teruskan perjalanan..Cukuplah mana yang mampu..

Hehehe..nampaknya anak2 kuat..Seronok beraya kot..Cuma adelah kejap2 mengamuk..Mula mengantuklah tu..Kejap ke depan, kejap ke belakang..Mujur MyVI tu auto..Tekan jelah..Papanya tak ada, mengendenglah kat Abah orang..Jap dengan hubby Kak Mazidah kejap pulak dengan Abang Din..Kejap plak dengan Abang Amirul..Pandai si Mirul layan budak..So, tak adelah penat sangat melayan anak2..Tempat tido si alya kat umah Kak Bib..Rumah kampung, sejuk dan nyaman..Best betul..Mujur tak terlelap sama..Dari rantau panjang, ke sementa, terus ke Bukit Kapar rumah Kak Zah, sambung umah Kak Bib di Bukit Kerayong..


Anak2 seronok berlari2 ke sana ke mari di rumah Nenek Zah..Menu mee sup..banyak alya makan

Alya baru bangun tidur dan kakak dapat ramai kawan..Duit raya pun banyak..hehehe..

Fuh..tak sangka ibu ika dan alya ni kuat juga..dalam penat2 dan ngantuk leh drive ke sana ke mari..Hilang sikit penat, terus sambung ke destinasi terakhir iaitu Sungai Serdang..Tapi 3 buah rumah..Emm...memang menambah berat berat badan..Makan jer..Rumah Cik Pah dijamu pecal, terus ke rumah Cikgu Hanafi dijamu laksa dan nasi impit berlaukkan rendang daging..Last sekali ke istana baru milik Kak Nani..Perghhh cun giler rumah dia..semua serba baru..Kat sana makan nasi dagang..Feveret hubby..tak pandai makan..Tapi cubalah..sedap...

Destinasi ke 2 terakhir..Rumah Cikgu hanafi..Memang riuh..Havoc giler..Isterinya sporting..Tengoklah kemeriahan kami..


Last rumah Kak Nani..Baru, bau cat baru pun still ada.Keh2..Tengok jelah si Mirul ni, dari pagi ngecek alya.Siap nak culik lagi..Emm..cepat2 kawin, buat anak sendiri..Hehehe..

Yang tak bestnyer sebab tak dapat nak join kawan2 baraan ke umah Mak Kak Mazidah minum air kelapa..Badan dah rasa tak larat dan anak2 pun dah bertanya ini rumah ke berapa..Dah janji nak belikan masing2 payung mini sorang 1..Kebetulan singgah di kapar, jadi belilah..Bukan main suka mereka..Dalam kereta pun berpayung..Sampai rumah dekat pukul 5.30petang..alhamdulillah selamat..Badan baru terasa penat..Tapi tetap kuat..

1 lagi hari yang menyeronokkan..Cuma tak best sebab hubby tak ikut..Lain kali, tahun depan kena pastikan baraan dirancang semasa hubby cuti..dapatlah join dan penat sama2..Sambil kenal2 dan megeratkan hubungan dengan rakan2 sekerja isterinya..Tungggguuuuuuu....

Thursday, October 8, 2009

ALL THE BEST TO PMR STUDENTS



Semalam dah bermula peperiksaan Penilaian Menengah Rendah untuk pelajar2 SMK Sungai Kapar Indah dan tingkatan 3 seluruh Malaysia..Cikgu doakan semoga semuanya memperoleh kejayaan seperti yang diimpi2kan dan dapat menggembirakan ibubapa masing2..Buktikan kepada mereka yang anda mampu melakukannya dan jangan kecewakan harapan orang tua..

Bagi guru2, tinggi harapan ibu bapa, tinggi jugalah harapan kami..Tiada balasan yang setimpal atas usaha kami dlam mendidik anda semua melainkan dengan menghadiahkan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti..Buat sehabis daya..Amalkan formula paling mujarab


Usaha + Doa + Tawakkal = Kejayaan


Saturday, October 3, 2009

6 HARI BERLALU..

Alhamdulillah diberi kesempatan olehNYA untuk menyempurnakan ibadah puasa ganti@puasa 6..Hubby pun beri keizinan untuk berpuasa..Jadi line clearlah..Memandangkan mood puasa pun masih ada, teruskan jelah niat yang ada..

He2..hari ini hari terakhir..Esok kali kedua aku beraya..Yahooo...Hari ini ramai kawan2 pergi baraan ke rumah Pn Amiah, Pn Rosz, Kak Zah dan Kak Nah..Kak Is dah ajak join, tapi tak dapat ikut sebab nak habiskan puasa hari ini..Lain kali bolehlah join..Ne tahu minggu depan ada baraan lagi..Ketuanya Kak Mazidah..hehehe...

Puasa kali ni diiringi dengan tak sihat dan pecah mulut..Huiihh..Sakit Giler bak kata budak2..Tapi tahan jelah..Dari makan tak rasa apa..Mulut pahit memanjang dan pedih telan makanan, elok benarlah pose..Kena pulak timing sakitnya..Dugaan..Asal berbuka je nak muntah..Sahur 4 hari pertama elok je makan nasi..Masuk hari kelima sahur burger MC D..Dan last sahur pagi tadi hehehe...Makan maggi daa...Layan jelah..Deria rasa dah makin hilang dek kerana tak sihat,,Makanan menyelerakan pun jadi tak sedap..Berbuka 3 hari makan nasi, 3 hari makan MC D, laksa dan hari ni still tak lalu..Jap lagi minta hubby belikan nasi goreng mamak..hehehe..3 hari berbuka air je dulu...

Esok nak beraya umah kawan2..Yahoooo beraya sakan..Merayakan selesai pose 6 sekali..Seronoknya tak terkata...Apa lagi kawan2, mohler pose 6..