Sunday, October 25, 2009

YANG KU SAYANG..

Bahagia rasanya punyai keluarga seindah sekarang ini..Alhamdulillah ditemukan dengan pasangan hidup yang cukup memahami dan saling melengkapi hidup..Ditambah pula dengan kehadiran dua orang cahaya mata yang sentiasa menceriakan dan memecah suasana..Syukur kehadrat Ilahi dan semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga ke penghujungnya..

Semoga aku dapat menjadi isteri yang baik dan ibu yang baik untuk suami dan anak2 aku..Semoga juga kasih sayang antara kami kian bertambah dan bertambah dari hari ke hari..Ya Allah rahmati dan lindungilah keluargaku...Aku sayang mereka semua...







Dikesempatan maya ini, ingin sekali dinyatakan dengan ikhlas dan setulus hati bahawa tak mungkin ada kegembiraan yang lain selain kegembiraan mempunyai insan2 tersayang ini..Kebahagian dunia juga antara penentu kebahagian akhirat kita...Kerana syurga sementara kita di dunia ialah mereka yang kita sayang..Sehingga menanti syurga yang kekal abadi..


Semoga sentiasa diberi kekuatan untuk terus memberikan yang terbaik buat mereka yang aku sayang...

Yang Ku Sayang

No comments:

Post a Comment