Sunday, July 11, 2010

HAPPY BIRTHDAY ALYA..

Alhamdulillah..Syukur kehadrat Allah kerana dengan rahmatNYA, alya dapat mencapai usia 3 tahun..Sambutan hari lahir alya dibuat dengan cara yang sederhana..Itu pun sambutan dibuat lebih awal iaitu 10 julai..Kalau diikutkan tarih lahir alya 11 julai..Tak apalah..asalkan semua happy..Ditambah pula semalam sahajalah masa yang paling sesuai..Masing2 ada hal..Papa hari ini pula kerja..So, buatlah sambutan tu semalam sekali dengan sambutan ulangtahun kelahiran Mak Long..2 in 1 lah ni..

Alya paling suka dengan Ben 10..Memang tengah giler Ben 10 sekarang..Upin ipin dah kurang sikit..So, untuk memenuhi hasrat alya, acu alya dah tempahkan kek Ben 10 spesel untuk alya..Bukan main suka...Tak sabo alya nak makan..Kakak alya pun sibuk ngalahkan birthday girl..Sebagai hidangan tambahan, belilah ayamas 2 ekor dan sate..Minuman ala2 A&W..Rootbear float tu..Yummyy...Sayangnya majlis berjalan tanpa atok yang kena kerja oveeeertiiime dan nenek yang dapat call kena urut orang..Huhu...memang kurang bestlah sambutan kali ni..Tapi insyaallah tahun depan nak buat sambutan kat luar..Ada rezeki, jalan..

Mmmm....Sempena besday alya yang ke 3 tahun ni, ibu dan papa ucapkan selamat hari lahir sayang dan ibu juga papa selalu doakan semoga Alya menjadi anak solehah, mendengar kata, hamba Allah yang bertaqwa, dipermudahkan perjalanan hidup lagi2 semasa menuntut ilmu...Alya mempunyai perwatakan yang sangat berbeza berbanding kakaknya Ika..Yang paling ketara sikap alya..Nampak lembut, tapi ganazzz boleh tahan..tak macam kakaknya..nampak je ganazzz..tapi alahai...Lembut bak sutera dan ciwek..

Alhamdulillah sepanjang mengandungkan alya, ibu tak banyak masalah..Tidur malam pun lena..Baik semasa mengandung atau dalam pantang..Alya tido lena waktu malam..siang pun begitu juga..Sampai sekarang kalau nak tido, tak perlu peluk2 macam kakaknya..Alya cuma akan kata ' ibu, adik nak tido'..tak sampai 1minit lepas alya beritahu ibunya, alya dah lelap...Bangun tido pun tak menangis atau merengek macam kakaknya yang manja ..Syukur..Masa bersalinkan alya pun cukup mudah..Turun tanda di sekolah, dalam perjalanan tak sampai 1/2 jam ke hospital bersalin Sheela, masuk bilik bersalin..15 minit selepas itu dah keluar..
Semoga alya terus menyenangkan ibu dan papa...Sekali lagi sayang, Happy Birthday dan ibu, papa juga kakak sayang alya..Mmmuah..

Sambutan besdya ala kadar dan sederhana..Tapi tetap best sebab dapat luangkan masa bersama..

Anak ibu dan papa yang comel..


No comments:

Post a Comment