Saturday, April 10, 2010

ANAK CAKAP OMPUTEH..

Hehehe..berhabuk kakak berbahasa inggeris semenjak 3 bulan selepas di sekolahkan di SMART READER KID'S..Asal ibunya cakap dalam bahasa Melayu je ..dia akan cakap Ibu, speak in English..Ada yang boleh difahami, ada yang dibelasah entah apa entah..Kadang dia akan panggil si Ibunya mummy atau mother..Heeee..geli plak telinga ni mendengarkannya..Tapi lama2 dah get used..Dah memang itulah objektifnya untuk kakak berbahasa inggeris dengan fasih di sekolah dan di rumah..Hantarlah ke sekolah Bapak Inggeris pun tapi kalau di rumah tak berkomunikasi dan sambung berbahasa inggeris, macam mana anak nak pandai..So, tergeliat lidah pun biarlah asal dapat praktis dengan anak..

Yang bagusnya bila ika berbahasa inggeris di rumah, alya pun akan turut belajar sama..I don't know..I want milk..I don't want..put here..whatt are u doing?? blaa.blaa..blaaa..Basic komunikasi yang ika dan alya akan cakap dalam perbualan seharian..Gembira ibu tengok perkembangan anak2..Alhamdulillah..Mungkin sebab ika suka membaca, buku dan menulis..Malah balik sekolah ika akan ulang balik apa yang ajar atau tuturkan..Kalau ada perkataan yang teacher ika sebut di sekolah dan dia tak faham, ika akan tanya ibu apa maksud tu, apa maksud ayat ni..

Harap2 perkembangan positif ika akan berterusan dan alya akan ikut jejak kakaknya yang suka membaca, menulis dan buat spelling..Dan doa ibu semoga anak ibu akan terus rajin belajar dan sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi yang terbaik..Kerana hanya dengan ilmu sahaja dapat menjamin hidup bahagia dan menjadikan anak2 ibu insan yang berguna..Hanya ilmu sahajalah yang dapat ibu dan papa wariskan untuk menjadi bekalan sepanjang hayat..

Mmmmmm..Puas ngajar anak murid yang tak nak belajar..Sekarang nak fokus pada anak2 yang masih kecil dan mudah terima pelajaran dan menyerap ilmu..Doa ibu agar anak2 ibu tak melalui kepayahan menimba ilmu dengan syarat jangan malas dan akan menjadikan perjalanan menuntut ilmu susah macam anak2 murid ibu..Nauzubillahhiminzalik..

No comments:

Post a Comment