Saturday, December 12, 2009

BARU MULA CUTI

LEGAAAAAA...Alhamdulillah..Dapat berehat dan cuti sepenuhnya..Setelah puas menghitung hari mengawas STPM selama 13 harix2kali sehari..huhu...At last...Sangat memenatkan..Dahlah jadi timbalan ketua pengawas..Hari2 kena ada..Tak leh miss langsung..Kalu pengawas dapatlah jaga 8 hari sahaja..Tu pun bukan pagi petang..Jadi penunggu bilik pepriksaan sepanjang STPM tu..Nak balik malas sebab ada sidang petang..Apa pun semua tu pengalaman dan alhamdulillah dapat kawan baru..


Akhirnya penantian berakhir..Sampai sahaja di rumah, suami ucapkan tahniah..TAHNIAH???Pelik tu..Tanya kenapa ucap tahniah?? Jawabnya, tahniahlah sebab dah selamat dan habis jaga peperiksaan..Emmmmm...ucapan berbaur perli nampak..hehehee..Al-maklumlah, memohon untuk jaga STPM tak minta izin dan berbincang dengan suami...Nilah padahnya..Yang jadi mangsa, suami dan anak2..Tak dapat masa cuti ibu semaksimum mungkin..Tak apelah..Ibu bukan ke mana..Kerja..Cari RM lebih..Nanti kita habiskan masa bercuti ke Tiara Beach Resort..Mandi kolam..


Macam2 perancangan dibuat untuk menghaabiskan masa cuti yang berbaki ni..Tak kan nak berehat dan tidur sepanjang masa?? Mmm...Macam2 jugalah idea kreatif yang nak diaplikasikan dekat rumah..Antaranya projek rak untuk meletakkan barang di belakang rumah..Perancang utama aku..Tukang pelaksana, papa..Termasuklah 2 budak comel peng'horor' suasana tu..lain2 projek, termasuk juga rak toy's anak2 dan rak kasut..Macam2 nak dibuat..Itu dan ini..Planning terdekat ialah nak menghabiskan quality time dengan hubby dan anak2 di Port Dickson..Tu pun lepas mesyuarat pertama 21.12 nanti..PD..Tungguuuu..We're coming...

So, hari ni punyer add hock planning ialah nak naik komuter..Kebetulan adik ipar nak balik bangi melalui KL Sentral menaiki komuter, jadi kami joinlah..Pergi dan balik..Pengalaman pertama untuk anak2 yang dah teringin sangat naik komuter..Selalu tengok je..Papa tak de..Harap2 semuanya ok..Kebetulan pulak planning nak ber'reunion' dengan kawan2 UiTM di Teluk Batik terpaksa dibatalkan atas2 sebab2 kerja..( Sorry guys, next time k..)..pandai2lah cari peluang untuk berjalan.hehehe..Esok nak bertandang ke Teluk Intan hantar adik sepupu..Berjalan lagi..Tapi tanpa suami juga..

Okkay, jumpe lagi...

No comments:

Post a Comment