Friday, October 15, 2010
berita gembira
Sunday, September 5, 2010
BARU ADA MASA..
Masa yang ada banyak diisi dengan melayan karenah anak2 yang semakin membesar..Penat dan tak larat..Lagi, dah belajar2 buat kek dan kuih raya..Tu yang ada masa je buat kek..Anak2 suka makan.So, buatlah daripada beli..2,3 jenis kuih raya hentam sajalah pun dah dicuba..Rasanya?? Wallahua'lam..Kepada yang nak rasa, datanglah rumah..Jangan tergelak sudah..Bukan je rasanya, tengok rupa kuih2 tu je dah tergelak..Kejap kecil, kejap besar...Maklumlah banyak tangan yang tolong..Terer plak tu..
Sepanjang puasa, setiap Jumaat kami rakan2 akan berbuka di rumah kawan..Macam baraan plak..Mula2 rumah sifu- kak mazidah, lepas tu rumah nazer, diikuti rumah Mirul dan akhir sekali semalam rumah saya..Menu???Macam2..Sampai rumah saya..mmmm..buntu dah nak masak apa..Dahlah masak pun belasah je..Tapi yang syukurnya En.Hubby sangat membantu..Dari teman beli barang sampailah ke penyediaan..Mencuci, menggoreng, mengemas..Tak perlu disuruh2..Laju je buat bekerja...Bertuah bersuamikan Muhamad Arif..Kalau hubby tak de,mmmm..kes naya..Kawan2 pun ramai yang datang..Tapi rasa masakan??Sorrylah tak sesedap kedai makan..hehe
Minggu depan nak balik kampung dah...Yey..Tahun ni turn raya di Pahang..Ahan ( raya ke3 ) baru balik Selangor..Dikesempatan yang ada kami sekeluarga mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya dan Maaf dipinta...Jumpa lagi..

Sunday, July 11, 2010
HAPPY BIRTHDAY ALYA..
Alya paling suka dengan Ben 10..Memang tengah giler Ben 10 sekarang..Upin ipin dah kurang sikit..So, untuk memenuhi hasrat alya, acu alya dah tempahkan kek Ben 10 spesel untuk alya..Bukan main suka...Tak sabo alya nak makan..Kakak alya pun sibuk ngalahkan birthday girl..Sebagai hidangan tambahan, belilah ayamas 2 ekor dan sate..Minuman ala2 A&W..Rootbear float tu..Yummyy...Sayangnya majlis berjalan tanpa atok yang kena kerja oveeeertiiime dan nenek yang dapat call kena urut orang..Huhu...memang kurang bestlah sambutan kali ni..Tapi insyaallah tahun depan nak buat sambutan kat luar..Ada rezeki, jalan..
Mmmm....Sempena besday alya yang ke 3 tahun ni, ibu dan papa ucapkan selamat hari lahir sayang dan ibu juga papa selalu doakan semoga Alya menjadi anak solehah, mendengar kata, hamba Allah yang bertaqwa, dipermudahkan perjalanan hidup lagi2 semasa menuntut ilmu...Alya mempunyai perwatakan yang sangat berbeza berbanding kakaknya Ika..Yang paling ketara sikap alya..Nampak lembut, tapi ganazzz boleh tahan..tak macam kakaknya..nampak je ganazzz..tapi alahai...Lembut bak sutera dan ciwek..
Alhamdulillah sepanjang mengandungkan alya, ibu tak banyak masalah..Tidur malam pun lena..Baik semasa mengandung atau dalam pantang..Alya tido lena waktu malam..siang pun begitu juga..Sampai sekarang kalau nak tido, tak perlu peluk2 macam kakaknya..Alya cuma akan kata ' ibu, adik nak tido'..tak sampai 1minit lepas alya beritahu ibunya, alya dah lelap...Bangun tido pun tak menangis atau merengek macam kakaknya yang manja ..Syukur..Masa bersalinkan alya pun cukup mudah..Turun tanda di sekolah, dalam perjalanan tak sampai 1/2 jam ke hospital bersalin Sheela, masuk bilik bersalin..15 minit selepas itu dah keluar..
Sunday, June 20, 2010
KUNJUNGAN YANG CUKUP BERMAKNA..
Antara hadiah yang diberi oleh pelajar paling manja dan dah 5 tahun tak jumpe cikgunya - thanks Iqbal..
So, mana yang sempat dimasak, masaklah..Bihun goreng kosong je sebab tak sempat nak berbelanja..Tapi biasanya bila datang untuk sambut hari lahir cikgunya, budak2 ni cuma pinjam pinggan, cawan dan sudu je..Makanan sampailah ke airnya pun dibawa..Cikgunya sediakan tempat sahaja..So,tak delah masak beria2 sangat..Janji pukul 9 tapi tak juga tiba..Biasalah kalau dah janji ramai2 mesti ada yang lambat..Biasanya 6-7 orang mesti ada..
Ternyata kunjungan kali ini cukup berbeza..Terharu sangat sebab ramai yang datang..Tak macam selalu..Lebih daripada 15 orang..Ada yang dah 5 tahun tak pernah jumpa semenjak habis sekolah pun ada..Gembira bercampur hiba sikit..Mulalah nak emosi..Tapi dek kerana kemeriahan suara2 mereka, hilang rasa sedih berganti dengan gembira..Kami punyai banyak kenangan bersama..Pertama kali bergelar guru, merekalah anak murid yang memanggil saya cikgu..Yang pertama dirotan, dicubit dan dimarah..
Rasa tak puas pertemuan 2jam tadi..Insyaallah lain kali kita berjumpa lagi..Kepada anak2 murid cikgu - zaiha, yanni dan bb, atikah,azmah, azira, abadi, iqbal, lutfi, fakhzan, fizi, amir, acid, iwan, rahmat, kodek ( tak ingat nama penuh ), rahimi..Sayang korang semua..Terima kasih..Inilah sambutan hari lahir yang paling bermakna buat cikgu..
Antara anak-anak dara dan seorang sahaja yang dah jadi mak dara..Tak cukup sorang..Sepatutnya 6 orang dara semuanya daripada 22 orang pelajar 5T2..Luv u all..
Friday, June 18, 2010
NASI AYAM & KEK COKLAT KUKUS
Thursday, June 17, 2010
FASA BARU..
Kini angka 20an atau 30an tidak menjadi ukuran dan mendatangkan banyak beza..Cuma diusia 30an inilah kita seharusnya lebih bersedia kerana entah sempat entahkan tidak kita mecapai usia 40an..jauh lagi tu..Tak pelah fikirkan apa yang nak dibuat dan apa yang kita nak jadi diusia sebegini..
Yang pastinya nak jadi lebih bertenang dan cool..Sebab rasanya diusia 20an dan belasan tahun aku agak agresif..Dan itu menjadikan kita cepat penat dan kurang bertenaga dek kerana kurang makan suppliment tambahan..Dan yang pasti sekali perancangan untuk menambah yang 3 semoga dimakbulkan olehNYA..Amin..Maklumlah usia pun bukan makin muda...Bila dah berusia, sistem badan dan ketahanannya pun berubah..Tak larat dah naik naik turun tangga sekolah tu selaju masa mengandungkan ika dan alya..Apa pun semuanya bergantung kepada rezeki..
Bercakap tentang rezeki semoga rezeki kami anak beranak makin murah..Alhamdulillah juga En. Hubby telah menghadiahkan sebuah motorsikal ego sempena hari ulantahun kelahiran yang ke30 ni..Kemudahan ke sana ke mari..Menghantar anak mengaji dan ke kedai..Malas nak drive kereta kalau setakat nak ke kedai runcit yang jauhnya tak sampai 100 meter..Tq sayang..Tetap bersyukur walaupun motor tu dah dibelikan bulan lepas..
Terima kasih buat rakan2 dan anak2 murid atas ucapan kalian semua..Cukup bermakna..Semoga doa kalian menjadi penguat untuk saya meneruskan hidup di era baru ini..Terharu dengan panggilan telefon bekas pelajar tahun 2003-2004..Zaiha..Membuat panggilan semata2 untuk mengucapkan Selamat Ulangtahun kelahiran cikgunya dari tempat kerja..Budak tu tak pernah lupa..Malah saban tahun ada kunjungan bersama rakan2 lain diiringi kek dan hadiah..Thanks Zaiha..Cukuplah tahun ini ucapan sahaja..Tak mahu menyusahkan awak dan rakan2 yang lain lagi..
Sekarang tengah menunggu En.Hubby balik dari kerja..Nak p makan2 atau celebrate kecil-kecilan kami 4 beranak..Semoga saya menjadi isteri solehah, ibu mithali dan yang penting hamba Allah yang bertaqwa dan sentiasa berusaha memperbaiki iman saya..Doakan saya k..Amin...
Tuesday, June 8, 2010
PERCUTIAN KELUARGA BESAR...
Alhamdulillah percutian yang dirancang sekian lama akhirnya terlaksana..Semua ahli keluarga dapat join percutian kali ni yang memilih terengganu sebagai destinasi percutian keluarga besar Haji Rahman dan Hajah Miskenam..6 Buah kereta melibatkan lebih daripada 30 orang..Ramai tu..Memang kenangan yang ta dapat dilupakan..Anak2 hepi, papa dan ibu anak pun hepi..masing2 seronok..
Malam pertama kami menginap di Saudagar Beach Resort dengan rate yang bolehlah..Rm70 semalam, kaum2 ibu dan anak2 ditinggalkan sebab bapak2 dah gian sangat nak memancing..Yang bestnyer depa semua p mencandat sotong..Nak buat barbeque malam keesokannya..Fuh! besar giler sotong yang dicandat..Sebesar lengan..Puas makan..Kalu kat Selangor mahunya sekilo rm40..Yang pastinya bukanlah suamiku yang mendapat hasil pancingnya..Mabuk laut..Sepanjang malam tido..Tak biasa naik bot..Melepek je..
Mula2 memancing dengan penuh gaya..Malamnyer??huhu mabuk2..
Anak2 seronok mandi laut..Alya yang takut2 nak mandi laut pun dah berani sebab ramai sepupunya yang mandi sama..Menjerit2 keseronokan..Rasa berbayarlah sikit hutang masa dengan anak2 bila sibuk bekerja sebelum ni..yang kelakarnya alya kata dia mandi wet world..Dah masuk bilik alya tanya "kenapa macam mandi kolam ni" sambil memegang pinggangnya..Terasa berombaklah tu..Tak pernah mandi lautlah katakan.
Malam pula akyiviti barbeque..Yang bestnye dari kerja menangkap hasil laut, menyiang, menyediakan bahan, membakar hinggalah ke mengemas dan mencuci semuanya dibuat oleh hero2..Masa nilah kami2 yang ibu2 nak berehat..Alhamdulillah seronok sangat dan tergambar kegembiraan pada wajah setiap ahli keluarga..Pertama kali planning bercuti beramai2 dapat disertai oleh semua..Insyaallah tahun depan boleh bercuti lagi..
Abang Ngah pakar memancing..Tengok tu sotongnye..besau punyer..
Abang terima kasih bawa kami anak beranak bercuti..Seronok sangat..Nak p Genting Highland bawa anak2 main kat kota keriangan tu pulak boleh??
