Sunday, June 20, 2010

KUNJUNGAN YANG CUKUP BERMAKNA..

Antara hadiah yang diberi oleh pelajar paling manja dan dah 5 tahun tak jumpe cikgunya - thanks Iqbal..

Biasanya kek dibaut sendiri oleh salah seorang bekas pelajar - abadi - tapi tahun ni tak sempat..namun tetap yummyyy...
Pukul 10 pagi dapat panggilan daripada anak murid 2004 ( zaiha )..katanya nak datang umah dengan kawan2..Memang dah agak diorang akan datang seperti kebiasaannya...Cuma tahun lepas missed sebab masing2 sibuk..Cukuplah dengan ucapan dan sms..Malah ada yang mengirimkan hadiah melalui adik yang masih bersekolah di SMKSKI..Kebetulan free, jadi dialu2kan kedatangan mereka..

So, mana yang sempat dimasak, masaklah..Bihun goreng kosong je sebab tak sempat nak berbelanja..Tapi biasanya bila datang untuk sambut hari lahir cikgunya, budak2 ni cuma pinjam pinggan, cawan dan sudu je..Makanan sampailah ke airnya pun dibawa..Cikgunya sediakan tempat sahaja..So,tak delah masak beria2 sangat..Janji pukul 9 tapi tak juga tiba..Biasalah kalau dah janji ramai2 mesti ada yang lambat..Biasanya 6-7 orang mesti ada..

Ternyata kunjungan kali ini cukup berbeza..Terharu sangat sebab ramai yang datang..Tak macam selalu..Lebih daripada 15 orang..Ada yang dah 5 tahun tak pernah jumpa semenjak habis sekolah pun ada..Gembira bercampur hiba sikit..Mulalah nak emosi..Tapi dek kerana kemeriahan suara2 mereka, hilang rasa sedih berganti dengan gembira..Kami punyai banyak kenangan bersama..Pertama kali bergelar guru, merekalah anak murid yang memanggil saya cikgu..Yang pertama dirotan, dicubit dan dimarah..


Antara bekas pelajar yang hadir..Sayang anda semua..

Semua tu kenangan..Sekarang masing2 dah bujang..Dah ada biznes sendiri, ada gym sendiri, yang masih sambung belajar dan yang bekerja sendiri..Tak kurang yang dah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata..Dah bergelar nenek rupanya cikgu yan ni..Macam2 cerita dikongsi bersama..Yang dulu kini dan akan datang..Perancangan untuk reunion beramai2..Insyaalah cikgu sokong korang..

Rasa tak puas pertemuan 2jam tadi..Insyaallah lain kali kita berjumpa lagi..Kepada anak2 murid cikgu - zaiha, yanni dan bb, atikah,azmah, azira, abadi, iqbal, lutfi, fakhzan, fizi, amir, acid, iwan, rahmat, kodek ( tak ingat nama penuh ), rahimi..Sayang korang semua..Terima kasih..Inilah sambutan hari lahir yang paling bermakna buat cikgu..



Antara anak-anak bujang cikgu aryanti yang mempunyai kerjaya masing-masing..

Antara anak-anak dara dan seorang sahaja yang dah jadi mak dara..Tak cukup sorang..Sepatutnya 6 orang dara semuanya daripada 22 orang pelajar 5T2..Luv u all..

No comments:

Post a Comment