Thursday, June 17, 2010

FASA BARU..

Sabda Rasulullah S.A.W - Sebaik-baik kamu ialah yang panjang umurnya serta baik amalannya.Alhamdulillah..Diberikan kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk mencapai dan mengecapi nikmat hidup sehingga mencecah angka 30..Dulu masa umur 19 tahun nak mencapai era 20an, macam satu kejutan budaya sebab nak meninggalkan angka belas..Macam tak percaya dan rasa hidup terlalu singkat dan banyak benda yang belum diterokai..

Kini angka 20an atau 30an tidak menjadi ukuran dan mendatangkan banyak beza..Cuma diusia 30an inilah kita seharusnya lebih bersedia kerana entah sempat entahkan tidak kita mecapai usia 40an..jauh lagi tu..Tak pelah fikirkan apa yang nak dibuat dan apa yang kita nak jadi diusia sebegini..

Yang pastinya nak jadi lebih bertenang dan cool..Sebab rasanya diusia 20an dan belasan tahun aku agak agresif..Dan itu menjadikan kita cepat penat dan kurang bertenaga dek kerana kurang makan suppliment tambahan..Dan yang pasti sekali perancangan untuk menambah yang 3 semoga dimakbulkan olehNYA..Amin..Maklumlah usia pun bukan makin muda...Bila dah berusia, sistem badan dan ketahanannya pun berubah..Tak larat dah naik naik turun tangga sekolah tu selaju masa mengandungkan ika dan alya..Apa pun semuanya bergantung kepada rezeki..

Bercakap tentang rezeki semoga rezeki kami anak beranak makin murah..Alhamdulillah juga En. Hubby telah menghadiahkan sebuah motorsikal ego sempena hari ulantahun kelahiran yang ke30 ni..Kemudahan ke sana ke mari..Menghantar anak mengaji dan ke kedai..Malas nak drive kereta kalau setakat nak ke kedai runcit yang jauhnya tak sampai 100 meter..Tq sayang..Tetap bersyukur walaupun motor tu dah dibelikan bulan lepas..


Lesen L dah mati..ssssshhhh..rahsia tau..bawa motor tak de lesen..

Terima kasih buat rakan2 dan anak2 murid atas ucapan kalian semua..Cukup bermakna..Semoga doa kalian menjadi penguat untuk saya meneruskan hidup di era baru ini..Terharu dengan panggilan telefon bekas pelajar tahun 2003-2004..Zaiha..Membuat panggilan semata2 untuk mengucapkan Selamat Ulangtahun kelahiran cikgunya dari tempat kerja..Budak tu tak pernah lupa..Malah saban tahun ada kunjungan bersama rakan2 lain diiringi kek dan hadiah..Thanks Zaiha..Cukuplah tahun ini ucapan sahaja..Tak mahu menyusahkan awak dan rakan2 yang lain lagi..

Sekarang tengah menunggu En.Hubby balik dari kerja..Nak p makan2 atau celebrate kecil-kecilan kami 4 beranak..Semoga saya menjadi isteri solehah, ibu mithali dan yang penting hamba Allah yang bertaqwa dan sentiasa berusaha memperbaiki iman saya..Doakan saya k..Amin...

No comments:

Post a Comment