Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Saturday, June 11, 2011

WELCOME TO THE FAMILY MUHAMAD ADAM RAYYAN


Lena Adam tidur..Muka siapa agak-agaknya??? Kakak Ika@Kakak Alya??


Kakak dah tak sabar nak bawa Adam balik. Tapi kami kena stay 1 malam kat klinik..

Pagi khamis 2.6.2011 berlalu seperti biasa..Bangun pagi, solat subuh dan kemas rumah..Sambil menunggu En.Hubby balik dari kerja jam 9 pagi, sempat mengemas rumah, vacuum, sapu luar rumah sambil menyiram pokok2 bunga yang ada..tak cukup dengan tu, bunga kat rumah mak pun, aku siram sekali..Buat kerja tak ingat dunia..boleh pulak tolak 2 biji pasu bunga.Mujur tak larat angkat..kalau tak dah selamat...

Anak2 masih bermalas-malasan dalam bilik sambil menonton tom&jerry. Ibunya ni dah bising suruh mandi awal pagi sebab nak pergi klinik. Ada 1st appoinment dengan doktor Hawa untuk check dan booking nak bersalin kat sana sekali..Meneruskan tradisi bersalin dengan doktor Hawa dari bersalinkan Alya..Zulaikha sahaja tak disambut Dr Hawa. Bersalin tempat lain. Selesai menyiapkan anak-anak, turn ibunya pulak mandi..Masa nak mandi tulah nampak kesan darah..haaa???? nak bersalin ke?? awal lagi..10 hari lagi..Mungkin sebab wat kerja dan angkat vacuum yang bolehhlah berat jugak tu kot..

Tak panik, terus call En. Hubby.Cakap dengan dia, ada tanda darah..Cuma sakit nak bersalin tu, tak de langsung.. Biasalah bb dalam perut suka mengeras-ngeras..En. Hubby pulak sebenarnya ada kerja sikit..kena sambung dan mungkin lewat sikit..tapi dah dapat call si isteri ada tanda nak bersalin, cepat2lah dia balik..Sampai rumah tak sempat nak mandi, terus sarung baju bersih..Hai..tak kanlah tak mandi..Aitt...kena mandi..Aku pun masih steady lagi..mungkin sebab wat kerja tadi ada tanda darah..

Sebelum pergi sempatlah juga minta ampun dan maaf daripada mak, abah dan adik..Manalah tahu memang nak bersalin..Pe2, tak jumpe..Sambil minta doa sekali..Pakaian dan beg bayi awal2 dah ready dalam kereta..He2..pergi ke klinik tapi sempat pasang angan-angan nak pergi shopping kat jaya jusco dan kedai buku popular..sampai klinik, macam biasa mendaftar dulu..15-20 minit selepas tu Dr Hawa panggil masuk..Dr scan dan check, bukaan dan 4 cm..Haaa?????4cm???? betullah aku bersalin ni..Terus siap2 masuk labour room, call nenek minta tolong amik anak2 sebab tak de sape nak tunggu..Papanya nak kena masuk labour room sama..

Kakak dah takut. Tengok ibunya dicucuk tiub, terbaring atas katil dan pakai pakaian orang sakit..nampak jelas di muka, dia tak nak balik dan tinggalkan ibunya..Berpaut sepanjang masa pada tangan papanya..Alya pula kecil lagi..Belum tahu apa-apa..Sebelum balik sempat anak2 mencium aku.Doakan ibu selamat ye..Pesan aku pada kakak..Masuk labour room jam 11 bukaan 4cm..12.15 bukaan hampir 9cm..Syukur proses bersalin dipermudahkan..Pukul 12.39 p.m, bayi lelaki seberat 3.1kg dilahirkan.. Diberi nama Muhamad Adam Rayyan. Alhamdulillah Allah makbulkan doa kami yang mengidamkan bayi lelaki..Lepas ni, papa kenalah cukur botak. Ibu pula dah niat nak buat kambing golek masa majlis cukur jambul nanti..

Syukur kehadrat Allah, memudah serta melancarkan semuanya..Terima Kasih suamiku..atas doa dan perhatian selama mengandung, saat melahirkan hinggalah dalam berpantang..Seperti biasa Mr. Hubby memang suami idaman..Buat anak-anak ibu..Nur Amira Zulaikha dan Nur Alya Khaliesah, terima kasih kerana mendoakan ibu. Buat mak dan abah, ayah dan mak mertua yang tak putus-putus berdoa, terima kasih juga..Terima Kasih yang tak terhingga buat mak kerana mendoakan yanti dan menghalalkan semuanya hingga mudah untuk melahirkan..Buat Muhamad Adam Rayyan, terima kasih kerana menambah keceriaan ibu, papa dan kakak-kakak..WELCOME TO THE FAMILY...

Saturday, January 22, 2011

BILA LAGI SIBUK DARIPADA DULU...

Tahun 2011 banyak perubahan berlaku dalam hidup ni..1st ngandung anak ke3, Zulaikha ( anak per1 ) dah darjah 1, perubahan jadual dan aktiviti harian dan banyak lagi..Harapannya dapat laksanakan tanggungjawab dan tugas bukan sahaja sebagai isteri, ibu malahan guru..Insyaallah kalau tak dilayan ngada2 penat dan tak larat semasa mengandung ni, semuanya akan berjalan dengan lancar.

Rutin harian yang berubah, setiap kali zulaikha balik sekolah mesti nak kena check beg sekolah...Kena tengok homeworknya, raut pensel dan warna pensel yang dah tumpul dan susun2 sikit buku yang berterabur malah ada yang kena minyak dek kerana kuih yang dibeli di sekolah tak habis dimakan..huhu..anak...anak...Tu belum lagi hari2 nak kena cuci baju sekolah dan tudung yang makin hari makin bertukar warna tu...At last beli baju 6 pasang untuk sekolah Kebangsaan dan sekolah Agamanya..Iron sekali 6 pasang..Khamis baru iron lagi..Belum lagi iron baju sekolah sendiri 5 pasang seminggu dan baju kerja En.Hubby lagi...Hari pertama sekolah petang balik dari sekolah Zulaikha terus pengsan..Ingat tak bangun sampai ke pagi..Rupanya hilangkan penat je..Kesian anak ibu..Macam tulah nak pandai..Alya pula tak banyak karenah..Dalam pada sibuk tanya kenapa dia tak sekolah sedangkan kakaknya sibuk berulang alik ke sekolah sampai tak larat nak buka mata..Dia pandai bawa diri sendiri..Temankan neneknya dok umah.

Mujur dan syukur bersuamikan Muhamad Arif bin Rahman..Banyak membantu dan membereskan kerja rumah yang tak terbuat..Seperti??? Cuci pinggan, kemas rumah@sapu lantai dan banyak lagi..Terima kasih sayang..Itu belum cite hal tak larat nak masak..Balik kerja mesti si suami call tanya nak makan apa..Ngeh3..bukan isteri di rumah yang menunggu sambil menyiapkan makanan..Dek kerana penat ke sekolah, petang sempat lelap sekejap dah kena bersiap2 ambil Zulaikha balik sekolah, malam dah flat...Cuma kerja melipat kain je En.Hubby takkan buat..Tu yang seminggu sekali lipat baju..Macam gunung daa...Tapi kalau tengah rajin dan tak penat, hari2 sikit2 pun terus lipat...

Baby dalam kandungan dah masuk 18 minggu..Alhamdulillah sampai sekarang tak de alahan apa2..Mengah bila naik tangga tu biasa..anak2 pun bukan kecil lagi.Dah berkawan, bergaduh, main sama dan baik sendiri..Tak delah 24hours melayan karenah anak macam 2nd preggy dulu sampai nangis2 dibuatnya sbb pnat sgt..Yang dalam perut ni pun dah mula gerak aktif..Semoga semuanya baik2 sahaja dan anak yang bakal dilahirkan menjadi anak yang soleh@solehah, sihat dan cergas tak kira apa jantinanya..

Hal sekolah setakat ni berjalan seperti biasa..Nak ngejar due bersalin bulan 6 nanti, banyak kerja yang kena settlekan awal supaya dapat cuti bersalin dengan tenang..Pe jadi pun mesti nak amik cuti 90 hari. Tulah sebabnya nak selesaikan kerja yang boleh diselesaikan awal. Mujur kelas tingkatan 5 ( Folio KRSV ) cuma 1 kelas sahaja..Nak kena pulun dan dera budak2 tu supaya siapkan kerja bulan 5.Semoga 2011 ini Allah kurniakan kesihatan yang baik supaya apa yang dirancang berjalan dengan lancar. Amin..

Untuk suami tercinta, terima kasih kerana memahami dan banyak membantu..Anak2 ibu Zulaikha dan Alya, jangan nakal2 sebab perut ibu makin besar..Makin mengah..Untuk anak ibu yang dalam perut ni, dok elok2 dan sihat selalu ye..

Tuesday, June 8, 2010

PERCUTIAN KELUARGA BESAR...

KeLuaRga BesAr Rahman & Miskenam

Alhamdulillah percutian yang dirancang sekian lama akhirnya terlaksana..Semua ahli keluarga dapat join percutian kali ni yang memilih terengganu sebagai destinasi percutian keluarga besar Haji Rahman dan Hajah Miskenam..6 Buah kereta melibatkan lebih daripada 30 orang..Ramai tu..Memang kenangan yang ta dapat dilupakan..Anak2 hepi, papa dan ibu anak pun hepi..masing2 seronok..

Malam pertama kami menginap di Saudagar Beach Resort dengan rate yang bolehlah..Rm70 semalam, kaum2 ibu dan anak2 ditinggalkan sebab bapak2 dah gian sangat nak memancing..Yang bestnyer depa semua p mencandat sotong..Nak buat barbeque malam keesokannya..Fuh! besar giler sotong yang dicandat..Sebesar lengan..Puas makan..Kalu kat Selangor mahunya sekilo rm40..Yang pastinya bukanlah suamiku yang mendapat hasil pancingnya..Mabuk laut..Sepanjang malam tido..Tak biasa naik bot..Melepek je..

Mula2 memancing dengan penuh gaya..Malamnyer??huhu mabuk2..

Anak2 seronok mandi laut..Alya yang takut2 nak mandi laut pun dah berani sebab ramai sepupunya yang mandi sama..Menjerit2 keseronokan..Rasa berbayarlah sikit hutang masa dengan anak2 bila sibuk bekerja sebelum ni..yang kelakarnya alya kata dia mandi wet world..Dah masuk bilik alya tanya "kenapa macam mandi kolam ni" sambil memegang pinggangnya..Terasa berombaklah tu..Tak pernah mandi lautlah katakan.

Malam pula akyiviti barbeque..Yang bestnye dari kerja menangkap hasil laut, menyiang, menyediakan bahan, membakar hinggalah ke mengemas dan mencuci semuanya dibuat oleh hero2..Masa nilah kami2 yang ibu2 nak berehat..Alhamdulillah seronok sangat dan tergambar kegembiraan pada wajah setiap ahli keluarga..Pertama kali planning bercuti beramai2 dapat disertai oleh semua..Insyaallah tahun depan boleh bercuti lagi..

Abang Ngah pakar memancing..Tengok tu sotongnye..besau punyer..

Anak2 bergaya dengan baju kelawar baru beli..huhu..tak basuh lagi..

Memang tenang je dan nyaman pemandangan terpi laut..Asyiiiik..

Abang terima kasih bawa kami anak beranak bercuti..Seronok sangat..Nak p Genting Highland bawa anak2 main kat kota keriangan tu pulak boleh??

Wednesday, April 14, 2010

SUAMI YANG RAJIN MEMBANTU..

Alhamdulillah..Syukur...Bertuah bersuamikan Muhamad Arif bin Rahman..Rajin membantu memudahkan tugas dan urusan rumahtangga..Kalau kerja mengemas dan mengurus rumah bagi sesetengah orang adalah tugas isteri..Suami sesetengahnya tolong tengok sahaja kalau si isteri tunggang terbaliki mengurus dan mengemas rumah..Dengan alasan, itu kerja orang perempuan..Tak kiralah si isteri tengah penat atau tidak..Kerja2 rumah tu tetap kena buat sendirian tanpa bantuan si suami..

Semalam balik dari sekolah dah pukul 5.30 petang..( waktu biasa balik dari sekolah )..Tapi semalam ada perjumpaan kelab badminton..Jadi penatnya tak bolehlah nak kata macam mana..Sampai sahaja di rumah, solat asar dan tak sempat pun nak rehat dan kena hantar anak2 pergi mengaji..Jadi keadaan rumah yang ditinggalkan keluar pagi tadi sampai ke si isteri ni balik pun masih sama..Bukanlah bersepah..Tapi kenalah kemas2 sikit pinggan di dapur yang bertimbun di rak pinggan tunggu diletakkan di dalam kabinet dapur..Mr hubby pulak kerja..

Nak dijadikan cerita, balik dari hantar anak2 mengaji, lepak kejap kat umah mak sambil makan nasi..Tak makan tengahari..Kira sekali dengan dinnerlah tu..nak masak dah tak larat..Mr hubby pulak kerja..Dengan alasan mesti hubby makan kat tempat kerja..Kami bertiga dah selamat makan di rumah nenek..Hubby balik cepat semalam..Sampai sahaja di rumah, tak tunggu rehat dan duduk, terus hubby kemas dapur, clearkan apa yang patut di dalam peti ais dan cuci botol susu anak2..Leganyalah tengok hubby macam tu..Memang dia ringan tulang..Hubby tahu isterinya penat bekerja dan urus anak2..Dia tak cakap banyak..Terus buat apa yang patut..

Syukur dalam hati ni..Macam tulah hubby saya..Urusan rumah tak pernah diabaikan walaupun dia tahu kerja tu orang perempuan yang lebih tahu..Bila dah sama2 bekerja dan mencari rezeki, sama2lah juga kena uruskan rumah tangga..Kalau si isteri masak, mr hubby akan tolong cucikan perkakas memasak yang dah digunakan..Mudah kerja..Kalau si isteri dan cuci kain, mr hubby yang akan jemurkan..Cuma bila melipat kain hubby angkat tangan..tak reti katanya..Nanti tak kemas..Macam mana pun hubby dah cukup membantu..Ikut sikap dan contoh Rasulullah..Sentiasa membantu isteri2nya mengurus rumah..Kalau isteri tak masak lagi waktu suami balik, jangan masam muka..Tapi sama2 memasak dan menyediakan makanan..

Apa yang cuba disampaikan di sini ialah, saya saaaaaaayang suami saya..Mmmmmmuah..Terima Kasih sayang..

Wednesday, March 17, 2010

NYAMANNYA KAMPUNG HUBBY..

Alhamdulillah perjalanan bermula pukul 10 pagi dengan lancarnya selamat tiba di kampung halaman Abah dan Mak mentua pada jam 2.30 petang..Lambat sikit daripada kebisaannya sebab singgah masjid untuk solat zohor dan ke pasaraya TF ( satu2 pasaraya yang best kat jerantut dan tak de di negeri lain.hehehe ) untuk membeli sedikit buah tangan untuk orang di kampung..

Seronok bukan main2 anak dapat balik kampung..Sepanjang jalan disebut nama kakak2 dan abang sepupu teman mainan mereka..Orang penting macam embah dan neneknya tak pulak disebut..Budak2..Main jelah yang mereka tahu..Tercapai juga hasrat nak balik kampung setelah hampir 4-5 bulan tak balik kampung dek kerana kesibukan hubby bekerja..Last balik kampung selepas cuti raya tahun lepas..Masih ingat lagi sebab adik ipar buat open house..Tulah kali terakhir..Pe nak buat dah tugas..

Hari ni kami ke pasar pekan sehari tengok abang ipar yang dah berhenti kerja hampir 8 bulan dan baru mula sebulan dua meniaga apam balik..Sedap ooo apam balik abang ipar ni..Resepi dari mana?? Jauh tu belajar buat apam balik sedap..Nu..kat terengganu..Belajar dengan kawan lama dia..Berhenti kerja juga di tempat kerja yang sama sebab nak balik kampung meniaga apam balik..tak sia2 usaha abang ipar belajar..Semoga Long sentiasa dimurahkan rezeki dan perniagaan kecil2an Long akan maju dan makin besar ..Insyaallah..

Alya bukan mainlah suka main dengan abang sepupunya..Si Irfan..Selalu kalau sampai di kampung, malam pertama tido di rumah embah, mesti alya dah merengek2 nak balik rumah..Kali ni tak pulak..Dah pandai main..Pagi tadi alya kata dia tak nak balik rumah ibu, alya nak balik rumah kak atin ( umah embah lah tu )..Bila ibu cakap kalau ibu balik, alya tinggal di kampung ye..Alya dengan pantas menjawab..haa ah..( maksudnya ok...)Mmmmm..ada potensi untuk ditinggal di kampung kalau balik kampung pada masa2 akan datang ni..Tak macam kakaknya..tak mahu langsung..

Okkay, nak tido dah ni..menikmati malam yang nyaman tanpa air-cond di umah mentua..Best ooo..Esok planning ke mana tak tahu lagi..Ke Kelantan kot?? Tak pun mandi kolam..Bagus juga cadangan add hock tu..kui3..Mana tahu dapat cari baju batik sepasang dua..Tapi kan...tak bestnyerlah dah nak hari khamis..Kejapnye cuti..huhu...K..jumpa lagi..

Sunday, March 14, 2010

TAHNIAH DAUS..

Adik sepupu depan umah aku dah selamat bertunang dengan gadis pilihannya orang kampung Sg Sireh..Set hantaran lengkap berwarna biru dihias cantik untuk dihadiahkan kepada si tunang yang ayu berpakaian serba pink..Dibalas pula dengan set dulang berwarna kuning diraja..Macam2 style orang sekarang mengisi dulang hantaran sebagai balasan kepada pihak lelaki..Bunjut tuala berisi rempah ratus, set sayur mentah untuk bekalan bakal mak mentua masak tengahari esok pun ade dan macam2 lagi..

Dalam pada si alya masih berbintik2..Tak comel sungguh berjalan ke rumah orang, lagi2 majlis majlis bertunang, kami belasah je..Alya pun ok je sepanjang di sana..Tak de merengek atau tak selesa..Kakaknya lagilah..Ok sepanjang masa..Cuma nampak ngantuk sikit je sebab tak tido langsung..Masa catatan ini dibuat, anak2 dah lena..Walaupun baru pukul 7.30 malam..Penat..Line clear nampak..hehehe.

Eh..merapu2 plak..Tahniah untuk Daus dan tunangnya..Dalam perbincangan tadi hantaran RM7000 something..Tapi ada 10sen..banyak gak tu..Kenalah daus kerja lebih kuat sebab tarikh langsung yang diminta pihak perempuan agak dekat juga..sama ada raya haji atau bulan 12..Tak sampai pun setahun bunyinya tu..MMmmmm..Acu plak nak langsung bulan 12..mana satu ni..Dibincangkan lagi..

Perut kenyang sepanjang hari ni..Menu nasi minyak di rumah pihak perempuan tadi, bersambung pula bihun tom yam yang makcik masak untuk hidangan rombongan pihak lelaki mengisi perut sebelum ke rumah pihak perempuan, cukup mengenyangkan..Nampaknya tak berasap lagilah dapur untuk kesekian kalinya..Hehehe..papa yang kerja, kenalah beli makanan kat kedai..jangan maraaa ye papa..Okkay time 2 rest and get back to work..Ada kertas kerja yang perlu di submit kepada pengetua sok..Mengadap lagi...

Saturday, March 13, 2010

KESIAN MAK..

Tak tahu nak cakap macam mana kesedihan hati mak..Baru 4 hari lepas dompet mak hilang bersama duit..Mujurlah tak banyak..Bagi aku..Kalu bagi mak RM 60 tu cukup besar nilainya..Banyak yang boleh dibelanjakan..Lagi2 nak buat belanja dapur atau beli lauk..Kompius betul..hilangnya bukan kat mana..Dalam rumah sendiri..Nampaknya ada dah orang yang berani masuk rumah..Amik benda berharga..Tapi bijak pulak pencuri tu..Ada akal jugak sebab dia buang@keluarkan ic mak dekat belakang rumah..Mungkin kesian nanti mak tak de ic..

Pagi2 buta mak datang umah aku..Masa tu tengah bersiap nak ke sekolah..Mak tanya, petang sebelum mak sedar dompet mak hilang tu, aku ada masuk rumah tak?? Sebab mak p umah makcik kat sebelah umah aku..Lama gak mak lepak berborak dan tinggalkan rumah..Biasanya memang tak pernah berkunci sebab tak pernah berlaku kecurian..Sebelah menyebelah kan ke rumah saudara sendiri..Aku memang tak masuk umah mak petang tu..yang mak heran dan fikir mungkin aku yang masuk sebab, bubur pisang yang mak buat dok dalam peti ada di atas meja..Mungkin aku yang makan..Tapi mak memang maklum yang aku tak berapa minat makan bubur pisang..

Tak cukup kesedihan tu, malam semalam, baru mak sedar handphone mak dah tak de dalam simpanan..Biasanya kalau letak di tempat terbuka pun, benda tu takkan bergerak ke mana2..Yang mak frust sebab handphone tu kami adik beradik yang hadiahkan..Sedih mak tak terkata..Siapalah yang ambil ye?? Tak boleh nak agak sebab di kampung kami ada mat gian yang sibuk merayau2 masuk rumah orang kampung, ambil barang..Ada wak jalan depan tu, tengah dia sibuk mengemas, bila dia masuk bilik bukan main terkejut tiba2 mat gian tu dok dalam bilik macam mencari sesuatu..Bila ditanya buat apa dalam bilik?? Saje jalan..Ringkas je jawapannya..Mungkinkah dia?? Ntah..Ke ada benda yang pinjam barang mak??Alahai...

Hari ni mak minta tolong p belikan handphone yang lain..Cekau duit dari mana ntah..Tapi lepas urut doktor pagi tadi, mak terus bagi RM80..Selebihnya kalau kurang kami tambah..Tak jauh, p Carrefour je..Adik tak larat nak p jauh2..Tu satu lagi..Sedihnya mengalahkan mak..Tergambar hati yang tak tenang memikirkan masalah mak..Masa berborak tadi dia ada kata dia risau sape yang nak bawa mak p sana sini kalau mak nak beli barang atau keluar makan kalau dia dah kawin nanti..Adik..adik...Kesian tengok mak.Penat mengurut orang digagahkan juga..Nak cari belanja untuk hari2..Abah dah tak larat nak kerja..Kalau kerja pun buat penat..Bukan kerja senang..Kami adik beradik pun dibesarkan dengan duit hasil abah menukang dan buat rumah..Kalau abah kata nak bekerja buat rumah sekarang ni..Tak payah..Dok umah teman mak, layan cucu dan bersih2kan laman rumah lagi berfaedah..Sekurang2nya dapat bantu mak apa yang patut..

Sayang Mak...

Walau macam mana pun, memang respect giler dengan mak..Semangatnya kuat, wajahnya selalu tenang walaupun ada masalah..kalaulah aku setenang mak..Mak, insyaallah kami akan bahagiakan dan batu mak sebagaimana mak selalu ada di sisi mak ketika kami memerlukan mak selagi hayat dikandung badan..Sabar ye mak..Kami sayang mak..

LAMANYA..

Lama tak menulis dan berblog..Dekat sebulan baru bekesempatan buat catatan..Bukan tak mencatat..Dah elok2 taip, bila send, mmm hilang macam tu je..line tak clear punya pasallah..Udahlah macam2 cite yang ditulis untuk dikongsi bersama dalam satu catatan..Alih2..burn macam tu je bila dalam draf yang ada cuma intro je..MALAS..

Ni pun tak rancang nak catat banyak2..Takut nanti hilang lagi..Huhu..Dah masuk cuti sekolah pertengahan penggal I..Yahooo...dapatlah habiskan masa bersama anak2 dan suami..Tapi yang tal bestnya , rancangan untuk balik kampung mungkin terpaksa dibatalkan..Atau mungkin juga balik tapi tak lama seperti yang hubby dah plan baiiik punyer..Kenapa?? Sebab alya kena demam cacar..Kesian dia satu badan naik bintat2 berair..Gatal 1 badan..Bila datang pedihnya, menggarulah dia..Kang diselang pula dengan rimas dan nangis..Kat umah pun tak selesa..Inikan pulak kat kampung..

Tengoklah macam mana..Perangcangan memang macam2..Nak p tengok wayang tengok filem animasi Gajah Biru lah..Merealisasikan impian anak2 nak tengok wayang..nak tunggu Upin & Ipin Angkasa Teaser keluar panggung, berjanggutlah gamaknya..Kalau jadi balik kampung, nak mandi kolam dan air terjun pulak..Haihhh..macam2..Tapi tak pelah, dah ketentuan..terima sahajalah..Cuma yang frust papalah..dah amik cuti..Terpaksalah dibatalkan, dan sambung kerja..Rindu sangat dah kat kampung...Nak jumpe mak abah dan adik2..Lagi2 ada kehadiran ahli baru dalam keluarga besar kami..New baby born..Dengan alya yang tak sihat, takut pulak nak balik..Kang berjangkit kat bb, naya..

Semoga alya anak ibu cepat sembuh dan kita boleh balik kampung dan lepaskan rindu pada semua ahli keluarga yang berada di sana..Salam..

Monday, February 15, 2010

BILA NAK BALIK KAMPUNG...

Rindunya nak balik kampung..Rindu nak jumpa mak abah dan ipar duai..Last balik kampung masa jaga stpm tahun lepas..Tu pun sebab ada gap sebelum next paper..Baliklah 2 hari bukan lama sangat..Ni cuti tahun baru cina boleh saje kalau nak balik..TaPI..huhuhu..Macam biasalah, hubby kerja..Hanya isterinya ni yang faham jadual kerjanya..Cuti pada hari orang bekerja..Bekerja pulak pada hari orang cuti..MmmmMMmm...Apa nak buat dah macam tu kerjanya..Terima jelah..Syukur masih ada ruang untuk mencari rezeki..

Si isteri dah tanya je bila nak balik kampung..Anak2 pun dah rindu nak jumpa embah dan nenek malah nak main dengan kakak2 sepupu diorang..Terbalik pulak..Patutnya hubby yang sibuk nak balik kampung jumpa orang tuanya..TaPi, sebenarnya hubby dah rindu sangat dengan orang2 kat kampung lagi2 mak dan abah..Mana ada anak tak rindukan orang tuanya..Lagi2 dok jauh dan jarang2 balik ni..Sebagai isteri yang memahami, kenalah cari ruang dan peluang untuk balik kampung bila ada kelapangan..

Seronok kalau dapat balik kampung dalam cuti yang terdekat ni..tapi tak mungkin..Tak pelah tunggu dan bersabar sikit..Tak lama dah cuti bulan 3 nanti..Harap mak dan abah kat kampung leh sabar menanti kepulangan kami..Insyaallah..Tengok pulak gambar2 kawan kat fb yang ke janda baik..MMmmm...kempunan nak p jalan2 dan join sama..Nak balik kampung tak dapat..Nikan pulak join kawan2 tu..huhu...

SaBAArrrr JeLah...

Sunday, January 31, 2010

REZEKI KAMI..

Alhamdulillah..Syukur atas rezeki yang telah diberikan..Hubby dapat bonus..Anak2 dapat habuan masing2..Rezeki dikongsi bersama..Bak kata suami, dah ada bonus tu habiskan..Simpan pun sikit2 je..Untuk Zulaikha, Semalam papa mengotakan janji pada ika untuk membelikannya basikal baru yang lebih besar..Maklumlah anak ibukan dah besar..Jadi semuanya pun turus membesar bersama..Belanja pun jadilah besar..Bukan main seronok ika dapat basikal baru..Dek kerana besar banyak daripada basikal yang dihadiahkan masa umurnya 3 tahun dulu, ika tak mampu naik basikal tu sendiri..Walhal dah pandai naik basikal pun..Kenalah bantu..Tolong pegang..mana nak larat..So, basikal tu doklah dalam umah dulu..Ika kena makan roti sapu planta biar cepat tinggi dari hari ke hari..Biar dapat naik basikal tu sendiri..

Untuk alya pula?? Dapat apa??Kui3..Dapat roda sahaja..Untuk dipasangkan pada basikal lama kakaknya..Nak belikan basikal baru juga, membazirlah pulak..Basikal ika yang lama tu pun masih elok..Jadi buat sementara sebelum alya pandai minta yang besar macam kakaknya, alya naik dulu basikal beroda 4..Macam mana pun papa dah janji nak belikan something untuk alya juga..Biar sama rasa dan adil..Mujur alya pun tak banyak kata..Nak juga dia basikal baru di kedai basikal semalam..Bila ibunya kata semua basikal tu dah ada yang punya..Tak banyak bicara..Alya mengiakan sahaja..Masa nilah nak tipu sunat..he3..Seronok tak ingat si alya naik basikal lama tapi baru baginya tu..Asyik berbasikal sahaja dalam rumah..Yang tengok ni dah penat..Yang naik tu yang tak penat2..Penatnya dibawa masa tidur..Mengamuk2 dan mengigau2 sebut basikal2..Pagi ni pun celik sahaja mata terus naik basikal..Bukan minta susu seperti kebiasaan..Tengah kemaruk..

Untuk buah hati kesayangannya ni..Mmmm...hubby dah tanya nak apa?? Tak tahu nak minta apa..Kan seronok kalu ada keinginan atau ngidamkan sesuatu..Ni tak..Puaslah fikir..Ada juga terfikir nak minta something.Tapi mahal kot..So, malaslah nak minta..Kesian suami..So, apa yang hubby nak bagi, si isteri ni ambil..Tapi kalau dapat belikan kamera kan ke best..Lagi2 SLR..huh..boleh terbang ke bandung macam suami kak Mazidah..hehehe..Minat..Tapi nampaknya macam nak dibelikan TV baru je..maklumlah banyak habiskan masa dalam bilik..Tidurkan anak, temankan anak main dalam bilik..malah kadang2 makan pun dalam bilik..He3..Lagi2 kalau hubby kerja malam..Lepas hubby pergi kerja je, terus lepak kat bilik..Tengoklah apa yang nak diberi..Orang dah ikhlas nak beri, kita ikhlas juga menerimanya..

Pe pun rezeki kalau dikongsi bersama insyaallah berkat..Harap2 tahun depan kalau ada bonus lagi, bolehlah bawa kami melancong ke Sabah..Teringin sangat..K lah..tinggal dulu..Hubby dah balik..Hubby ajak p beli tv baru letak dalam bilik..Senang bila hubby kerja malam, kami lepak dalam bilik sahaja....yey..

Monday, January 25, 2010

SEBULAN SUDAH...

Lama sungguh tak mencoret dan membuat catatan di blog ni..Bukan lupa, jauh sekali nak meninggalkannya..Setiap hari membuka blog untuk membaca catatan rakan2 bloger yg lain..Cuma kesempatan untuk berada lebih lama untuk berkongsi cerita sepanjang 1 bulan di tahun 2010 ini sahaja kurang ada..hehehe..Allasssan..Layari FB hari2 adalah pulak..( Tu kejap2 je )...

Sebulan sudah berada di tahun 2010..Perjalanan kerja di sekolah, alhamdulillah berjalan seperti tahun2 sudah..Lancar dan menyeronokkan..Maklumlah berjumpa kawan2 dan anak murid..Dapat pula pengalaman baru iaitu mengajar Tingkatan Enam untuk subjek Seni Visual..Benda lama tapi baru...Yang lamanya sebab masih dalam subjek yang sama..Cuma kali ini kena mengajar pelajar dewasa ( Pra-U )..Jadi pengalaman yang berbeza..Biarpun kurang bersedia, namun dengan bantuan rakan2 tak kira sokongan ataupun berkongsi idea membuatkan sedikit demi sedikit semangat nak mengajar tu ada..

Bercerita tentang kehidupan di rumah bersama suami dan anak2 tersayang, alhamdulillah life is getting much better year a year..Ika dah bersekolah di Smart Reader Kid's di Mutiara Bukit Raja..Walaupun agak jauh, tapi semuanya jadi mudah dengan bantuan dari acu ika yang dalam satu perjalanan pergi ke tempat kerjanya..Jadi pukul 7.30 pagi ika dah bersiap2 untuk ke sekolah..Tumpang acunya..Balik pula seperti biasa atok ika akan jemput..Naik motor bertopi keledar..Hehehe..Balik merempitlah dengan atoknya..Manalah nak atok naik kereta walaupun minyak kereta waja dah diisi untuk memudahkan atok menjemput ika..Jalan jam katanya..Ikutlah..kalau papa cuti, papa akan hantar dan jemput ika..Naik apa?? Merempitlah juga..

Dalam pada kakaknya sibuk bersekolah, si Alya pun tak ketinggalan..Sibuk juga alya nak ke sekolah..Tak habis2 kata nak ke smart reader kid's juga..malah masa mula2 kakaknya dapat uniform, kasut,stokin dan beg, alya pun nak uniform yang sama..Mujur ika tak kedekut dan faham situasi adiknya..Dibagilah pinjam sekejap untuk adiknya pakai..tapi si Ibu ni pula yang sorokkan sebelum alya kata uniform tu jadi milik kekalnya..Kes Naya..Macam mana pun alya akan bersekolah pada umur 5 tahun di PASTI..Pendidikan awal yang terbaik untuk kanak2..Lagi pun, uniform kakaknya 4 pasang termasuk uniform sukan masih elok dan cantik..Jimaaat... Tinggal beli sepasang lagi, cukup pakaian untuk seminggu..hehehe..Baik punya planning..

Jadual kerja hubby pun dah berubah..Kalau dulu masuk pukul 7 pagi, balik 7 malam atau masuk 7 malam balik 7 pagi..Sekarang dah tukar timing..Masuk pukul 8 balik 8..Kena pulak dijadualkan cover kekurangan seorang pekerja di depatmentnya, kerja over timelah..Kami nilah kena tinggal selalu..tak pe, cari duit lebih..Perbelanjaan makin bertambah, tahun depan pulak ika nak bersekolah..Mesti banyak nak pakai rm..

As 4 me..Sekarang follow the flow..layyyaaan...Asalkan hati gembira, rasa bahagia dan masih kuat, insyaallah semua akan berjalan dengan baik..Yang penting perancangan menambah ada..Misi diteruskan..hehehe..

Tuesday, December 29, 2009

MAKAN-MAKAN @ CUTI..


MUARA IKAN BAKAR..YUMMMMYYY.....( 26.12.09 )

Planning nak p makan2 dgn mak, abah dan adik beradik serta keluarga tercinta sabtu lepas, alhamdulillah terlaksana..Planning dah lama dibuat..Tunggu masa yang sesuai sahaja..Yang pastinya masa terbaik ialah cuti sekolah@hubby cuti..Maklumlah cuti suami bukan macam orang lain..Hehehe..ayat ulang nampak..Cuti time orang lain tak cuti..

Teringin sangat bawa mak dan abah makan kat Jeram ikan bakar..Bukan senang nak ajak mak makan luar..Ada sahaja alasannya..Makan kat umah jelah, beli bungkus jelah, tulah nilah..Malah nak ajak mak pergi bercuti pun susah..Orang tua..Ikut jelah..Tapi bila kata nak bawa makan kat ikan bakar..May be itu menarik perhatiannya..Lagi pulak kak long dan adik beradik lain ikut sama..Nilah masanya nak berkumpul..Tapi kalau mak tak setuju pun, kami akan paksa gak pergi..

Sebelum pergi tergerak nak telafon ( nak tanya buka ke tak ) tu je sebabnya..Tapi bila difikirkan malam sabtu lepas adalah malam minggu, jadi buatlah tempahan tempat sekali..Takut tak dapat tempat..Mujur niat hati nak call dan booking tempat tu diteruskan..Mak aiiii..ramai giler...Full tempat makan. Tak ada meja kosong langsung..Ada yang berdiri sambil menunggu meja dikosongkan..Kalau ada yang kosong pun...Nu...Dekat dengan tempat orang masak2..Naik hangit bau baju..Berasap memanjang tempat makan tu..Tapi ramai gak..Dah..orang datang nak makan gak..

Heheheh..tempat kami special..Dah siap ditempahlah katakan..Cuma order makannya sahaja kemudian...Tak delah kena berdiri..Cuma menunggu lama sikit untuk hidangan sahaja..( Lain kali buat tempahan makan sekali..) Sedap, lazat dan puas hati...Along suka sangat makan sea food..Jadi dia yang pilih menu..Tomyam udang dan sotong, udang goreng kunyit, sotong goreng tepung, siakap masak 3 rasa, kailan goreng belacan, sup tulang dan air belimbing..( kes air fresh orange habisss )..Sedap..Kenyang alhamdulillah..Rezeki Allah beri dikongsi bersama dalam satu meja makan..Insyaallah tahun depan datang lagi..Kali tu adik sponsor plak..

Harga??? Berpatutan dengan amaun ( banyak+kilogram ) sea food yang diambil..Under bajet..Hehehe..Berbanding makan di Muara Ikan Bakar ( Tanjung Harapan )..Adik lelaki sponsor tahun lepas..Menu dan amaun yang sedikit daripada apa yang kami makan di Jeram..Harganya mencecah RM400..Huh...Mahal giler...Lain kali tak makan dah kat situ..Tak kisahlah nak kena jalan jauh sikit ke jeram dibandingkan tak sampai 15 minit ke Tanjung Harapan..tak ape...Anak2 pun mood okay malam tu..Kalau diikutkan masa tu dah bed time untuk diorang..Maknlah dengan seleranya..Tomyam tak dapat dihabiskan..banyak sangat..Bungkuslah bawa balik untuk bekalan mak yang makan langsung tak bertambah tu..( Biasalah kat rumah sendiri jugalah yang berselera..)

Apa yang penting, kami sekeluarga dapat berkumpul dan meluangkan masa bersama..Maklumlah masing2 sibuk dengan kerja..Kenalah cari ruang dan peluang untuk berkumpul...Yang pastinya kegembiraan dan keberkatan dapat dikongsi bersama..Semoga kami diberikan lagi peluang dan kesempatan untuk aktiviti murni sebegini...hehehe..

Waiting time..Borak2..

Alya mula2 bad mood..lama2 okkay..Maklumlah ngantuk sikit..

Bila makanan nak sampai ni..lapo dah..

PORT DICKSON@MANDI KOLAM..

Malam semalamnya pergi makan2..Lepas tu terus ke PD pulak keesokan harinya..Planning asalnya nak bercuti bersama keluarga besar dan makan besar di PD juga..Tapi mak ada hal..So, hubby, anak2 dan adik bongsu sahajalah yang ikut..

1 hari je pergi PD..Tak planning pun nak stay lama2..Sewa rumah cikgu mazlan..Not bad..Facilities pun k..Tak lah jauh sangat dengan kolam renang tempat mandi manda anak2..yan paling seronok depa 2 lah..Sampai tak mahu balik..Betul kata kak shaskinah..Anak2nya pun tak mahu balik..Penangan mandi kolam gaknye...Bertolak pukul10 pagi sampai di Tiara Beach Resort kul 12.30tengahari..K lah tu tak sampai 3 jam..Tak sempatlah pinggang ni sakit2..

Tak banyak cerita menarik di PD sebab kami tek keluar ke mana2 pun..Sempat jenguk Teluk Kemang petang isnin tu je..Tu pun jalan2 tak sampa 1/2 jam..Masa banyak dihabiskan di rumah cikgu mazlan dan menemankan anak2 mandi kolam..ramainya masyaallah..Tak boleh nak kata...Berlaga punggung je pulak rasanya..( tak delah sangat )..Air kolah pun dah rasa makin tak bersih..Mana sempat nak dibersihkan..Ada orang memanjang..Kebanyakan yang datang tu sebab nak bawa anak2 mandi di kolam renang..Bukan main riang kanak2 tu..Anak2 awak kecil lagi..jadi tak bolehlah dilepaskan mandi sendiri..Terpaksalah terjun sama..Kolam tak dalam puuunnn...

Tobat tak mahu mandi kolam..Kenapa?? Heeee..geli...Nak muntah kalu teringat2...kalaulah dapat sape tuan empunya Tuuuuuuut tu...Nak sahaja sayya tunjal2 kepala dia..Tak ada kesedaran sivik punya manusia..Nak sahaja aku doakan biar buncit perut tuan empunya tuuuuut tu...Apa yang tuuut tu...eiiiiii..gelilah..Agak2 kalau dalam kolam renang yang ramai manusia tu apa yg anda akan jumpe??..Tak tahulah orang lain geli tak kalu jumpe benda tu..tapi kalu sayyyyaaaa, sayya geli..Ada ke patut jumpe hingus@kahak terapung dihanyutkan air...uwwwwweeeeekkk...kembang terus tekak ni..Tak boleh ke buang kat luar kolam renang ke, kat rumput ke..eeiii...Kalu menda yg tak nampak..kira halal jelah..Contohnya...( anda fikirlah sendiri )..Ni menda nampak...Gatal2 badan..

So, pasni kalu nak mandi manda kenalah ke air terjun macam geng2 sayya p tu..Huhu..tak join pun..Selalu ketinggalan keretapi..Tak pe, oleh kerana saling memahamilah, masing2 faham2 sendiri..Air terjun tu, alam semula jadi..Air mengalir..Nyaman..dapat dibayangkan betapa bestnyer..huuuuu....So, nak p mandi air terjunlah..Mesti mak nak pergi..Mak suka tu..tengoklah masa dan kelapangannya nanti..Yang pasti bukan sekarang...Insyaallah....

Semapat posing dekat kolam sebelum balik..Ika nak mandi lagi...
Petang lepas mandi kolam ke Teluk Kemang..Tengok2 pantai..

Monday, December 21, 2009

BAHAGIANYA AKU...

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KITA SAYANG...



Bahagia sungguh rasanya..Syukur alhamdulillah di panjatkan kehadrat Ilahi kerana hingga kini kami masih bersama sebagai sepasang suami isteri..Sepasang suami isteri yang bahagia, saling sayang menyayanyi dan sentiasa memperbaiki hubungan..Ditarikh keramat inilah dengan lafaz ijab dan kabul yang telah disempurnakan, sahlah aku bergelar isteri kepada Muhamad Arif Rahman jejaka pilihan hati aku..


Selamat ulangtahun sayang..Ulangtahun yang ke 7....Lagi tahun usia perkahwinan kita bakal mencecah 10 tahun..Semoga diberikeizinan dan keredhaan oleh YANG MAHA ESA untuk sampai ke tahap itu seperti kedua2 orang tua kita..Insyaallah..7 tahun menyemai cinta, 7 tahun membenih kasih dan 7 tahun jugalah cinta kita kian bercambah..Dikurniakan 2 orang cahaya mata ( Puteri kedua2nya )..Cukup bahagia rasanya..Inilah kebahgiaan dunia..Bahagia kita di dunia ditentukan melalui kebahgiaan rumah tangga..Andainya rumah tangga pincang, tidak sejahteralah kita di dunia.Kerana isteri dan anak2 adalah harta paling bernilai buat seorang lelaki bergelar suami dan papa..


Untuk sambutan ulangtahun perkahwinan kami, seperti biasa dalam cara yang cukup sederhana..mengamalkan seruan Islam untuk mengamalkan Wasatiah dalam kehidupan..Love wishes, kek, hug and kisses sudah memadai dan cukup syarat..Sebagai simboliknya, adalah sedikit hadiah kecil before the big one akan diberikan..Tapi kebiasaanya kami lebih suka sama2 membeli dan memilih hadiah..Bukan tak suka surprise2 atau tak tahu taste pasangan masing2..Tapi lebih elok kalau dibeli ikut kehendak dan kemahuan masing2..Kalau setakat saiz suami, insyaallah dah dalam tangan..tak kanlah saiz suami@isteri yang hari2 dipandang juga dipeluk kita tak tahu..Betul tak???Isunya kalau dibeli tak berkenan dihati atau sebenarnya berkehendakkan hadiah yang lain..dah kena ambil juga..kang kecil hati pasangan..( jadi hipokrit )..dah jadi membazir...tak mau..tak mau.Tuhan marah..hehehe..



The best gift ever during our wedding anniversary is a family holiday..Best and quality time to spent with..Tahun2 sebelum ni ke Genting Highland ( mengandung anak sulung 7minggu takperasan )., Fraser's Hill, Cherating dan banyak lagi..Cuma yang frust dan bukan rezeki adalah pada tahun lepas..Bercuti di kampung sahaja..Terperangkap dalam banjir..Jalan utama nak keluar dari kampung suami ditenggelami air..Maklumlah anniversary pun pada musim tengkujuh..So, impian nak bercuti tenggelam dalam banjir tu..Huhu..sedih2..So, kali ni nak teruskan tradisi..percutian@sambutan ulangtahun perkahwinan..Planning nak ke Tiara Beach resort PD..Rumah Cikgu Mazlan..Booking pun dah dibuat..Nak habiskan cuti yang berbaki ni dengan hubby tercinta dan anak2 tersayang..Tak kiralah musim hujan ke tak...Nak pergi jugak..



Diulang tahun perkahwinan yang ke 7 insyaallah diberi kesempatan olehNYA untuk sampai ke akhir hayat..yan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan yang yan sayang dan cinta abang selalu..Didoakan semoga abang menjadi suami soleh dan papa mithali buat anak2 kita..Tak lupa menjadi hamba ALLAH yang lebih bertaqwa dan sentiasa menambah keimanan yang ada..Semoga juga yan dapat menjadi isteri solehah dan idaman buat abang selamanya..Buat anak2 ibu..Nur Amira Zulaikha dan Nur Alya Khaliesah, terima kasih kerana menjadi penyeri dan pengukuh kasih sayang antara ibu dan papa..Semoga anak2 ibu menjadi anak solehah, taat pada Allah dan RasulNYA..Hormat orang tua dan berjaya dunia dan akhirat..Amiiinnn...



Azam tahun 2010 ini nak menambah bilangan ahli keluarga..hehehe...Meramaikan zuriat..Nak bagi lagi ramai kawan untuk Ika dan Alya..Harapan menggunung tinggi lagi kalau dapat bb yang boleh jadi best friend papa..Biar papa jadi role model terbaik untuk menjadikan dia nanti anak yang soleh sebagai jaminan kita di alam sana nanti..Insyaallah..

SALING MENCINTAILAH HANYA KERANA ALLAH

SALING MENYAYANGILAH HANYA KERANA ALLAH

SALING MEMBAHAGIAKANLAH HANYA KERANA ALLAH

KERANA HANYA ALLAH LAH YANG DAPAT MENUMBUHKAN


RASA CINTA, SAYANG DAN KEBAHAGIAAN TERSEBUT...


Gambar2 akan dimasukkan kemudian..Nak berehat kejap dengan anak2..petang ni nak hantar kakak mengaji..hehehe..jumpe lagi..assalam..

Tuesday, December 15, 2009

ROMBONGAN KE TELUK INTAN

Majlis walimatul urus fizah dan habib di sebelah pihak perempuan dan selamat diadakan..Kini tiba giliran majlis di sebelah pihak lelaki pulak..Di mana?? Teluk Intan..Laluan perjalanan yang mengundang kembali nostalgia zaman belajar dulu..Naik bas, scene nangis2 masa naik bas..semuanya recall balik..Cantik betul pemandangan sepanjang perjalanan ke sana..Macam dulu juga tak berubah..Kami ikut jalan kampung..Malas nak ikut highway..ok pandang hutan je kiri dan kanan..

Sebanyak 9 buah kereta..Banyak tu..Yelah masing2 nak menghantar..Lagipun makcik dah ajak..Pergilah..Bukan selalu dapat jalan jauh beramai2 ni..Kalu hantar adik bongsu bertandang ke rumah pengantin lelaki tak de jauh mana..Nun....dekat Meru tu..Tak sampai 1/2 jam dah sampai..Belum pun panas punggung..Rombongan bertandang ke rumah pengantin lelaki pada 12.12 ( ahad ) lepas bergerak dari klang jam 10 pagi dan tiba di destinasi jam 12.30 tengahari..yang tak bestnya, sekali lagi hubby tak dapat join..Kerja, Kerja, Kerja...Jadi kegembiraan tu kuranglah sikit..Tak 100%..Tapi tetap komited..Sebelum bertolak ke perak, sempat juga hantar adik ipar balik UiTM Shah Alam..Mujur dekat..

Selesai majlis, kami bertolak balik pukul 2 petang..Hajat hati nak menyinggah mana2 yang patut..Masing2 dah bawa haluan..Ada yang terus balik..Ada yang berhajat nak ke Teluk Batik..Kami?? Konon nak singgah kedai kain di Sabak Bernam..Nak lah belik kain sepasang dua..Hampeh..Baik lagi beli kain kat nagoya atau Kedai Kain Kak Siti..Sudahlah mahal2..Tak lawa plak tu..Mungkin kena cari tempat yang betul kot..Adik main hemtam je berhenti mana2 kedai kain yang dia nampak..On the way balik dari Sabak Bernam bertukar driver pulak..Adik lelaki dah menguap2..Bawa kereta pun macam tak ok..Jadi kakak take over..Fuh..penat gak drive jauh2 ni..Lagi2 bila mata mengantuk dan perut kenyang..Selalu kalu balik kampung, kami bertiga tido..Papa sahaja yang berjaga..Terer juga papa ni..

Alhamdulillah...Jam 6.30 petang baru sampai rumah..Penatnya...Malam 8.30 lepas solat isya' kami bertiga dah tido..Tinggallah papa sorang2 melayan tv sendiri..Kesiaaaaaann papa..
Rakaman foto sepanjang majlis..Pengantin je tak de..Diorang dah puas bergambo..

Nyum2..makan2..lapooo jalan jauh..

Ni pengantin lama yang masih baru....Sama cun kan??
Mana papa..Alya selalu dengan papa..Kali ni jalan jauh tanpa papa..Boleh je pun..

Giliran adik tahun depan..tak jauh..Meru je..Masa nilah kakak nak bermanja dengan Acu..


Muka penat..Make up pun tak sempat touch-up..



Sunday, December 13, 2009

KAMI DALAM KOMUTER..

IKA DAN ALYA..

Lajunye komuter ni...

Seronok betul anak2 dapat naik komuter..Kenderaan darat yang paling laju..Tak ada jam..Selalu dok tengok je komuter tu bergerak..Kalu ada komuter lalu, bukan main khusyuk anak2 menengok..Sampai hilang komuter pun depa dua dok tengok saja..Sabtu lepas..Dan penuhi hajat anak2 nak naik komuter atau dengan kata mereka keretapi..Excited betul bila ajak naik komuter..Mula2 terbelit2 lah juga lidah si alya nak sebut komuter..Dah biasa sebut komputer..jadi komuter dengan komputer lebih kurang samalah..Nak dijadikan cerita kenapa tetiba berhajat naik komuter ni sebab adik ipar yang belajar di UKM nak balik Bangi ( seperti dalam entri yang lepas )...So, kami pun terjebak...

Kakak yang paling suka..

Alya baru bangun tido..

Dalam perjalanan ke stesen komuter alya tidur..Awal pagi dah bangun tapi tak tidur2..Sampai dalam perjalanan barulah nak terlelap..Tapi tak sempat si alya nak bermimpi, ibu dah kejutkan dia..Tak mahu alya terlepas saat2 menyeronokkan naik komuter..Huhu...komuter penuh..Tak dapat sit lansung..Naik bahagian komuter yang paling belakang pulak tu..Mujurlah ada tempat bersandar dan berpaut (tiang)..Tapi anak2 cukup sporting..Maklumlah Excited sangat nak naik komuter..Tak kisahlah kena berdiri pun..Pengalaman paling menyeronokkan dengan anak2..Sayangnya papa tak dapat nak kongsi dan saksikan kegembiraan kanak2 riang dua orang tu..Kerja, Kerja, Kerja..Mujur diberi keizinan..kalu tak, jangan mimpilaa.

Berjalan dengan anak2 tanpa suami.memang mencabar..Sabar..je..

Sampai di stesen KL Sentra, ronda2..dan tengok2 apa yang ada..Terbelilah jugak buah tangan untuk hubby ( Hadiah wedding anniversary nanti )..Untuk anak2 belikan makan je..Harga barang kat Pasar Shah Alam lagi best..Tak sampai 2jam kami dah nak balik ke klang..Sekali lagi komuter penuh masa nak balik..Aduh..Anak2 dah mula mengantuk dan penat..Sure depa mengamuk atau buat hal..Kali ni komuter padat giler..Tak de space lansung..Mahu saje punggung bertemu punggung..Kalu dengan perempuan tak pe..Ni dengan lelaki..Adusss...Tak rela..Mujur ada hamba Allah yang sangat prihatin ni..Dia bagi kami duduk..Itupun berpangku..Thanks to that kind man..Muka ala2 pakistanis..Tapi Melayu..ada kacukan kot ( sempat pulak perhati ).hehehe..Yelah naklah tengok wajah siapa pemilik hati yang baik tu..( tak de niat lain yek )..Cuma tak tergamak nak snap gambo curi untuk dimasukkan ke dalam blog sebagai tanda terima kasih..

Penat sungguh berjalan tanpa suami ni..Macam nak tercabut tangan dokong si alya..Kalau ada papa, memang papalah yang rajin melayan dia..Kakak?? Survivor..Dah besar..Cuma bila dah mengantuk sangat, dia meragam sikit..Pulak tu tak de sit kosong..Kenalah berhimpit sikit...Dah sampai stesen Padang Jawa barulah ada yang turun dan sit kosong..Lambat..Bekalan dalam beg takleh cakaplah..Macam beg susu bergerak..Tak pelah untuk pengangkutan yang digunakan untuk berjalan2..Alahai..sorrylah..Bukan tak selesa..Cuma payah sikit kalau dengan anak2 yang banyak karenah ni..Penat mengalahkan berjalan kaki..TAK MAU...Terasalah mudahnya diberi nikmat Allah untuk mampu berkereta..( Insaf kejap.. )

Kesian Cik Ina dan Cik Efa..Sepanjang perjalana kena berdiri gara2 tak de sit kosong

Pe pun pengalaman yang tak mungkin dilupakan..Kalau ditanya Nur Amira Zulaikha dan Nur Alya Khaliesah pernah naik komuter???? PERNAH Cikguuuu...Lepas ni nak pasang angan2 naik kapal terbang pulak..Ke mana?? Ke Langkawi..Destinasi percutian keluarga yang belum dikunjungi..Insyaallah..Bandung?? Belum lagi...

Tuesday, December 8, 2009

WELCOME TO THE CLUB PUAN FIZAH..

HABIB DAN FIZAH 6 DISEMBER 2009

Sama cantik sama padan..


Alhamdulillah, majlis walimatulurus Norhafizah dan sumainya Muhamad Hasbullah telah selamat dan berlansung dengan lancar..Untuk fizah atau panggilan mesra kami di sini dengan nama pijat juga suami habib, tahniah..Semoga berbahagia hingga ke anak cucu hendaknya..Welcome to the club..Bertambah ahli..Bertepuk tangan tanda gembira kami..Yang bersedih, si syaitan kerana sepasang anak adam telah melengkapkan lagi keperluan hidup di dunia mengikut sunnah Nabi kita..Syukur..

Tersipu2 malu si pijat bergambar dengan suami yang secara rasminya baru beberapa minit

Lega..Selesai sudah majlis akad nikah..Bergelar puan adik sepupu aku ni..

Mak pengantin merangkap tuan khemah.hehehe..


Bapa pengantin merangkap tuan tanah..hehhee..

Dalam letih2 mengawas STPM tetap dapat memberikan yang sehabis baik untuk menyumbang sedikit wang dan tenaga bagi memastikan semuanya berjalan dengan baik..Anak2 pun alhamdulilah tak meragam..Pandai main sendiri..Al-maklumlah ibu dan papa mereka bizi ke sana ke mari menolong apa yang patut..Berkat kerjasama ahli keluarga dan saling bantu membantu telah meringankan kerja2 yang berat..Walaupun masing2 penat tapi kegembiraan jelas terpapar di wajah2 mereka..Yang penting kerjasama..

Si kecil berdua ni penyeri suasana

Mak jadi tukang masak ( orang dapur ), abah tukang masak nasi, Abang runner..Semua kerja dibuatnya, aku dan adik lelaki jadi penanggah..Tukang setting lauk dan senduk nasi..Adik, tukang make up merangkap penanggah juga..Anak2, tukang menyeri suasana..Yang tak ada along je..Tak sihat..

Mak ( bertudung kelabu ) dan kakak2 sepupu..
Mak dan kakak sepupu sebagai tukang masak pro..Tak de mereka, tak lengkaplah majlis..


Jawatan besar Abah jadi tukang masak nasi di kenduri2 kahwin
adalah tetap dan berpencen..

Serba ungu..nostalgia warna majlis sehari aku dolu2..
Menu masakan ala2 jawa yang lazat sehingga menjilat jari..yummy..



Banyak foto yang aku snap sepanjang majlis..Sambil2 jadi penanggah, sambil gak mensnap gambo..curi2..Nak tunjuk skill lepas tu belajar edit2..Kerja yang paling aku suka..Semalam pun dah printkan 2,3 keping untuk kenang-kenangan si pengantin..Seperti biasalah..yang tak de dalam ini cerita??? kulah si pen'snap' gambo..huhu..tak pelah..Yang penting hasilnya nampak dan boleh dinilai oleh mata2 yang melihatnya..Lagi pun dolu2 masa kawin dah puas bergambo..Penuh 1 album..Insaf2lah..hehehehe..

Saturday, November 28, 2009

PERGINYA ATOK TAK AKAN KEMBALI...

Atok masih sihat dan ceria..( Aidilfitri tahun lepas )

Sedih, pilu dan cukup meruntun jiwa..Siapa sangka insan yang paling aku sayang telah pergi meninggalkan aku..Tepat jam 8.30 pagi sedang elok bermulanya kertas STPM, aku mendapat
panggilan dari abah mengatakan atok tenat dan mereka dalam perjalanan ke sana..Aku serba salah kerana aku sedang mengawas STPM..Alhamdulillah En.Khairul Anuwar ( ketua pengawas) sangat memahami..Diberikan keizinan untuk pulang lebih awal 1 jam sebelum tamatnya paper untuk balik menziarah atok..

Jam 10 malam ( sabtu ) mak mengajak kami adik beradik berkumpul di rumah pakcik kerana atok akan dibawa pulang dari hospital... Anak2 baru sahaja tidur..Jadi aku membuat keputusan untuk menziarah atok keesokan harinya sahaja memandangkan masih ada masa ( detik hati aku )..Biar abang sajalah yang menghantar mak dan adik ke Bukit Kapar..lagipun abang belum menjenguk atok kerana kerja..Entah kenapa hati tak tenang..Terus aku ke rumah mak menunggu mak bersiap..Telefon rumah mak berbunyi dan aku yang menjawabnya..Dengar sahaja suara abah yang bercakap sambil menangis, aku terus membuat keputusan untuk ikut..Biarlah anak2 tido dalam kereta sahaja..Mujur aku mengikut kata hati..Atok menghembuskan nafasnya sebaik sahaja pulang dari hospital..Kalau tidak menyesal tak sudah..


Sekejap sahaja masa berlalu..Baru semalam rasanya kami menghantar atok ke hospital..tak sampai 2 malam atok di hospital..Doktor menyarankan supaya atok dibawa pulang kerana tidak ada harapan..Setibanya atok di rumah pakcik, keadaan menjadi suram..Sedih melihatkan atok terlantar tak berdaya..Nafasnya pendek dan tercungap2..Anak2 dan cucu serta cicitnya sudah maklum yang atok tak akan bertahan lama..Rupa2nya oksigen yang dibekalkan oleh doktor hanya cukup untuk atok sampai rumah..Doktor juga ada berkata kemungkinan atok akan meninggal dunia dalam perjalanan balik sekiranya tidak sempat sampai..Mungkin atok memang nak berjumpa dengan semua sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir..Depan mata aku, depan mata abah dan mak..Depan mata ika dan alya kami melihat sendiri bagaimana atok bertarung dengan nyawa hingga ke hembusan nafas yang terakhir..Belum pun selesai bacaan yassin yang kedua, atok telah selamat kembali menghadap YANG ESA..Dengan mata inilah yang menjadi saksi perginya insan yang aku sayang..Insan tempat aku bermanja..

Ciuman terakhir aku hanyalah pada sekujur mayat yang kaku..Tak ada lagi pelukan dan kucupan sayang si cucu kepada atoknya..Akulah cucu pertama yang menanti untuk mengucup mayat atok setelah selesai dia dikafankan..Pilu betul kalau dikenang2kan saat itu..Ada kalanya aku menangis sendiri..Aku rindu atok..Aku sayang atok..Semua dapat bercakap dan berbual buat kali terakhir dengan atok..Aku???? Tak dapat..Malah atok tak sedar pun aku ada bersama ketika menghantarnya ke hospital..Cuma aku sempat memegang tangannya..Terkilan sangat..Namun aku redha..Mungkin akulah yang paling merindui atok kerana dulu akulah yang paling manja dengan atok..masih terngiang2 atok memanggil aku..

Cepat sungguh masa berlalu..Cepat sungguh kenangan itu pergi bersama..Insan yang paling aku sayang ( atok ) telah meninggalkan kami buat selama-lamanya..Kami semua redha dengan ketentuanNYA..Dengan sedih dan pilu masih berbaki, kami jalani kehidupan seperti biasa..


Dalam keadaan uzur atok tetap tak meninggalkan solatnya..

Penglihatan atok sahaja kurang jelas..Ingatan atok tetap kuat..

Inilah kerusi terakhir dan kunjungan terakhir atok ke rumah mak dan abah ( majlis pertunangan adik) Di kerusi ini jugalah aku menyuap dan melayan atok makan..RINDU ATOK...


Atok dalam kenangan..Kenangan bersama atok..Hari raya kali ini hari raya terakhir buat kami bersama atok..Suapan nasi terakhir aku buat atok..Sentuhan terakhir aku buat atok..Ciuman terakhir aku buat atok..Semoga atok berbahagia di sana..Semoga Allah meletakkan atok dalam kalangan orang2 beriman.. Semoga atok dipermudahkan di sana..Aku sayang atok..Aku rindu atok...Al- Fathihah untuk atokku sayang..YANTI TAK AKAN LUPAKAN ATOK..

Monday, November 23, 2009

DAH GRADUATED IKA ANAK IBU..

ALA-ALA MAJLIS KONVOKESYEN GITU..SOO CUTE..


Majlis ihtifal Zulaikha telah diadakan pada jumaat yang lepas pukul 8 -10 malam di PASTI AL-MAWADDAH tempat ika bersekolah selama 2 tahun bermula dari 4 tahun hinggalah 5 tahun..Tak sangka dah abis sekolah anak ibu..Tahun depan masih kena bersekolah lagi untuk menambah ilmu yang ada..Alhamdulillah semuanya telah selamat..Zulaikha pun dari tak pandai mengeja sampai dah boleh membaca..Sejuk hati bila dengar ika membaca walaupun tak berapa lancar.Sesuai dengan usianya yang baru 5 tahun..

Mengimbas kenangan lalu sewaktu ika 4 tahun sudah bersekolah membuatkan ibu terenyum sendirian dan kini boleh tersenyum gembira juga puas..Dek kerana masih kecil sudah disekolahkanlah papa ika terpaksa masuk kelas dan belajar sekali pada hari pertama dan kedua sekolah..Hari ketiga atok yang jaga..Tapi atok pandai pakai psycology..Mungkin dah berpengalaman dengan anak2 sekolah zaman dulu2 kot..Hari ke3 je atok masuk dgn ika..Tapi atok buat2 nak ke toilet..Hari ke4 atok dah dok kat luar je..Tengok2 dari luar..Bila ika dah leka sikit-sikit atok tinggal..tu pun kejap2..Lama kelamaan ika dah boleh sendiri..Malah kalau dihantar pun, ika dah tahu malu..Tak nak dihantar sampai ke pintu pagar..


Cerita nak siapkan kerja sekolah..bagai nak hilang nyawa si ibu dibuatnya..Biasalah budak kecil lagi..Tapi selalunya kerja sekolah ika akan siap pada hari jumaat lagi..Ibu susun strategi..Moodbelajar ika masih berbaki, masa tu ah buat kerja sekolah..Kalu dah dalam mood cuti..susah pulak nak menyuruhnya menulis walaupun huruf simple je..Tapi selalunya ika yang akan ingatkan ibunya ika ada kerja sekolah nak dibuat..Risau kena marah dengan cikgulah agaknya tu..Dalam ngantuk2 pun ika akan siapkan..Malah percutian ke Pualu Pangkor yang lepas pun ika bawa sekali kerja sekolahnya sebab weekend masih di sana..Bila pula nak buat? Ika tetap tekun menulis..Syabas anak ibu..



Ujian pertama ika dia mencapai kedudukan ke3..Alhamdulilah..Bijak juga anak ibu..Walaupun usinya 4 tahun dan sekelas dengan rakan2 5 tahun, ika tetap berusaha untuk memberikan saingan sengit..Macam tulah anak ibu..yang pasti ika tak pernah di belakang sekali walaupun adakalanya tergelincir sedikit..Harap ika dapat teruskan semangat belajar tu sampai bila2..Tahun depan ika dah 6 tahun..Masih dilema nak hantar ika ke mana..Smart Reader atau sekolah agama swasta kat ski tu..Tengoklah dulu macam mana perancangannye..Yang penting sekarang ika dah cuti..Cutilah sepuas2nya..Persekolahan 2010 ika nak bersekolah lagi..Harap semuanya berjalan lancar ..



PERSEMBAHAN DIKIR BARAT DARIPADA KELAS 6 AISYAH..IAK PUN JOIN SEKALI..


SABAR MENANTI TURN UNTUK MENYANYI..WALAUPUN DIKIRNYA TAK SEHEBAT UNCLE WAZIR..MEREKA TETAP COMEL..

Tuesday, September 22, 2009

AIDILFITRI 2009

Keluarga besar kami..Tak ramai tapi tetap best...

Aidilfitri menjelang lagi..Tahun ini sambutan hari raya ikut turn di rumah mak..Jadi banyaklah rumah saudara mara yang nak dikunjungi berbanding di pahang..Sambutan Hari Raya tahun ini disambut dengan cara sederhana..Tapi tetap meriah..Tema tahun ini warna biru..Jadi sedondonlah biru bergerak dari rumah ke rumah..Baju raya hujung tahun lepas dah siap..Tukang jahit nak bersalin dekat2 raya..Cepat2lah hantar baju raya..Tak tengok dah kain up to date tak up to date..Bia' p..Janji siap..Baju hubby dan anak2 hantar pada kakak ipar jahit..

Sehari sebelum raya sibuk memasak rendang daging, ayam masak merah dan kuah kacang ikut permintan hubby..Biasanya bila beraya di rumah mak dan abah di kampung, emak mentua buat makanan kesukaan dia..turn raya tahun ni di sini, hubby mintalah si isteri yang pandai masak campak2 ni memasak..Alhamdulillah semua menjadi..Hubby pun tolong mudahkan kerja..Banyak yang dia bantu..Pukul 2 semua dah siap.Cuma rendang daging nak masak lepas zohor..Bahan2 semua dah tersedia..Pukul 6 petang semuanya selesai..Tunggu 1jam nak berbuka terasalah lamanya..Maklumlah penat..Kaki macam nak tercabut..Berdiri sepanjang masa..

Yang tua dihormati..yang muda disayangi..

On the way nak p umah atok kat Bukit Kapar

Macam mana pun, semua berjalan dengan lancar..Raya tetap disambut dengan gembira sebab adanya anak2 dan suami..ditambah pula dengan keseronokan beraya bersama mak,abah..Syukur..Tahun ni sesi bermaaf maafan kelihatan lebih syahdu daripada tahun2 sebelumnya..Deras air mata abah dan mak..Begitu juga dengan kakak dan adik lelaki..Alhamdulillah masih bernafas untuk sambut raya dan memohon kemaafan sesama ahli keluarga..Dengan kenangan arwah wak yang tak sempat nak beraya telah dulu pergi menyahut panggilan ILLAHI..Semuanya menambah lagi hiba yang ada..

Seronok beraya tahun ni dengan hubby dan anak2 yang makin membesar

Hari ini kami dah berada di kampung..Semalam pukul 10.30 pagi dah bertolak..Elok perjalanan hanya mengambil masa 4jam menjadi 6 jam gara2 hubby tertinggal wallet..Mujur berhenti di petronas damansara untuk top up touch n go..Kalau tak, mahu kami dah selamat balik kampung tanpa ic dan lesen memandu..Setakat duit, si isterinya ni ada..Cuma tak mungkin dia benarkan aku memandu jauh2..Mem besarlah katakan...Hubby suh relax je..Emmmmm..Patah balik..bukan main marah si isteri ni..Mahunya tak..Adik ipar yang menunggu di KL nak balik sama pun kenalah tunggu lebih lama..Mood balik kampung pun makin kureng..Udahlah lapo tak sarapan..Elok je ambil wallet singgah carefour, hubby belikan nasi goreng ayam mamak..Panas2 makan dalam kereta..Sedap..Tambah macaroni n cheeze dari KFC..Hilang marah..hik2..

Sok dah balik Klang..Hubby dah kena kerja khamis ni..Jadi balik nanti sambunglah beraya..Kat sini tak beraya sangat..Sebelah menyebelah bukan saudara mara..Tanah rancangan. (Felda).Semua orang2 mendatang..Mak abah pun bukan orang pahang..Orang Selangor..Yang lain2 dari kedah, Kelantan, Terengganu dan macam2 ada..So, misi beraya dihentikan seketika..Bersambung raya ke 4 nanti..Tungguuu..

Friday, September 18, 2009

SAJE SUKA-SUKA..

Puas mencari idea untuk menghias dinding..Frame gambar cap ikea sudah dibeli..Tunggu di cat esok untuk dimasukkan gambar..Esok hubby baru cuti..Jadi proses hari ini memilih gambar untuk diprint dan dikreatifkan menggunakan apa sahaja yang ada dalam dunia IT ni..Tak payah dah ke kedai gambar..Tak perlu dah pening2 kepala nak cari shot atau angle yang cantik memandangkan aku bukannya terer sangat snap gambo..Tapi cukuplah sekadar menjadikan gambar seolah2 cover majalah..Beranganlah sekejap..Puaslah memilih dan meng'upload' gambar..Nilah antara hasilnya..Banyak yang dibuat, cuma perlu memilih yang terbaik untuk diprint..Emmm...banyak2 pun tukang snap gambo ni jugaklah yang tak de gambo..yang ada gambar2 candid anak snap menggunakan handphone..Tu pun time tido dan gondol ( tak bertudung )..Dilemanyelah nak memilih gambar sendiri..Last2 kena mengalahlah jawabnye..



Hehe..macam model baju baby..

Seperti biasa gambar kanak2 riang ni menjadi pilihan

One of the best momment yang boleh dikongsikan bersama2 viewer..

Isn't she cute with the tudung?? Ikon kanak2 Islam..hehehe..

Majalah2 ini...bakal menghiasi dinding rumah untuk tatapan umum sempena Hari Raya nanti..Baru namanya rumah editor majalah..hehehehe..Berangan..Saje je nak menghiasi dinding kosong rumah yang lama tak lama jugalah..Baru pun tak baru juga..Cuma foto2 ni mungkin tak sehebat sentuhan fotographer sehebat abang aminur rashid hubby kesayangan kak mazidah..Betul tak sifu??..