Showing posts with label Anak-anak. Show all posts
Showing posts with label Anak-anak. Show all posts

Sunday, July 11, 2010

HAPPY BIRTHDAY ALYA..

Alhamdulillah..Syukur kehadrat Allah kerana dengan rahmatNYA, alya dapat mencapai usia 3 tahun..Sambutan hari lahir alya dibuat dengan cara yang sederhana..Itu pun sambutan dibuat lebih awal iaitu 10 julai..Kalau diikutkan tarih lahir alya 11 julai..Tak apalah..asalkan semua happy..Ditambah pula semalam sahajalah masa yang paling sesuai..Masing2 ada hal..Papa hari ini pula kerja..So, buatlah sambutan tu semalam sekali dengan sambutan ulangtahun kelahiran Mak Long..2 in 1 lah ni..

Alya paling suka dengan Ben 10..Memang tengah giler Ben 10 sekarang..Upin ipin dah kurang sikit..So, untuk memenuhi hasrat alya, acu alya dah tempahkan kek Ben 10 spesel untuk alya..Bukan main suka...Tak sabo alya nak makan..Kakak alya pun sibuk ngalahkan birthday girl..Sebagai hidangan tambahan, belilah ayamas 2 ekor dan sate..Minuman ala2 A&W..Rootbear float tu..Yummyy...Sayangnya majlis berjalan tanpa atok yang kena kerja oveeeertiiime dan nenek yang dapat call kena urut orang..Huhu...memang kurang bestlah sambutan kali ni..Tapi insyaallah tahun depan nak buat sambutan kat luar..Ada rezeki, jalan..

Mmmm....Sempena besday alya yang ke 3 tahun ni, ibu dan papa ucapkan selamat hari lahir sayang dan ibu juga papa selalu doakan semoga Alya menjadi anak solehah, mendengar kata, hamba Allah yang bertaqwa, dipermudahkan perjalanan hidup lagi2 semasa menuntut ilmu...Alya mempunyai perwatakan yang sangat berbeza berbanding kakaknya Ika..Yang paling ketara sikap alya..Nampak lembut, tapi ganazzz boleh tahan..tak macam kakaknya..nampak je ganazzz..tapi alahai...Lembut bak sutera dan ciwek..

Alhamdulillah sepanjang mengandungkan alya, ibu tak banyak masalah..Tidur malam pun lena..Baik semasa mengandung atau dalam pantang..Alya tido lena waktu malam..siang pun begitu juga..Sampai sekarang kalau nak tido, tak perlu peluk2 macam kakaknya..Alya cuma akan kata ' ibu, adik nak tido'..tak sampai 1minit lepas alya beritahu ibunya, alya dah lelap...Bangun tido pun tak menangis atau merengek macam kakaknya yang manja ..Syukur..Masa bersalinkan alya pun cukup mudah..Turun tanda di sekolah, dalam perjalanan tak sampai 1/2 jam ke hospital bersalin Sheela, masuk bilik bersalin..15 minit selepas itu dah keluar..
Semoga alya terus menyenangkan ibu dan papa...Sekali lagi sayang, Happy Birthday dan ibu, papa juga kakak sayang alya..Mmmuah..

Sambutan besdya ala kadar dan sederhana..Tapi tetap best sebab dapat luangkan masa bersama..

Anak ibu dan papa yang comel..


Thursday, May 13, 2010

ANAK IBU DAH 6 TAHUN..

*bESdaY gIrL*
Selamat Ulangtahun kelahiran yang ke 6 tahun Nur Amira Zulaikha..Anak ibu, semoga menjadi anak yang solelah, sentiasa membanggakan kami dan cemerlang akhlak dunia dan akhirat..Hasrat kakak nak kek barbie doll as her birthday cake dapat ditunaikan walaupun keknya kecil..Al-maklumlah last minute cari kek..





Kek sponsor by nenek..Seminggu lebih awal nenek dah beri duit pada ika untuk beli kek..



Sambutan pertama dibuat di rumah bersama papa, ibu, adik, nenek, atok dan Mak Long..Pak Lang yang turut diraikan kerana besdaynya awal 3 hari daripada ika tak dapat nak join sebab ke Pera.." Out station "..Acu pulak belum balik dari kerja..Papa dah amik cuti untuk raikan besday anak kesayangannya..Pergi beli KFC seperti yang diminta sejurus selepas balik ke rumah dari sekolah dan amik kek tadi..



Insyaallah Esok malam ika akan sambut 2nd besday dengan nenek dan embahnya yang akan datang ke Selangor dari kampung..Pe pun we had a fun time together..Time2 macam nilah nak berkumpul dengan mak abah makan ramai2 selain daripada makan besar hujung tahun sempena bonus hehee..Rezeki dikongsi bersama..


------We are Happy Family------







Pe pun istimewa buat anak ibu, ibu, papa dan adik sayang kakak..Ibu doakan kakak yang terbaik dan belajar bersungguh2..Tahun depan dah darjah 1..Tak de tido peluk2 ibu dah tau..Kena belajar tido sendiri..Ne tahu ada rezeki, kakak kena tolong jaga adik2..hehhee..Semoga menjadi anak yang baik dan kakak contoh untuk adik2 dimasa akan datang....Insyallah..


One of the gift for ika from acu..tq2..Ika fancy sangat dengan warna pink and barbie pic..

Wednesday, April 21, 2010

KENALI ALIF BA TA..

Lebih kurang 5 bulan zulaikha mengaji dengan cikgu PASTInya dulu..Mungkin usianya yang masih muda atau minatnya membuatkan ika lambat sikit nak ingat huruf jawi berbanding A, B, C dan angka..Atau ibunya ni yang tak begitu menekankan sangat tentang jawinya..Balik2 yang diulangkaji english dan math juga B.M dia..Pun begitu ika tetap berusaha untuk memperbaiki kelemahannya dan cuba belajar sebaik yang mungkin.

Watak dan perwatakan ika yang lembut dan tidak agresif menjadikan ibu, papa malah cikgu2 sekolahnya mengajar ika dengan lemah lembut dan penuh kesabaran..Bukan tak boleh, tapi kalau dimarah dan dibentak2 sikit ika dah mula kecut dan sedih..Tapi semalam si ibu dah mula hilang sabar..Selalu sangat dah dengar ika kena tegur dengan Atok yang mengajarnya mengaji kenapa selalu lupa dan tak ingat..Tapi tak salahkan guru mengajinya..Memang itulah yang sebaik2nya..Marah dan tegur bila ika terlupa..

Malam smalam cuba2 ajar ika mengaji..Bukan tak boleh..Tapi ibu cepat hilang sabar bila huruf yang dibaca tak berbunyi..Tak pasti ika tahu atau takut salah..Mmmm...asal salah sebut je, cepat je tangan si ibu ni mencubit..Tu sebabnya tak mahu ajar anak2 mengaji..Macam singa lapar..Habis kang kena rotan..Tapi nak mendidik anak banyak caranya..Cuma mungkin semalam terkasar sedikit..Sampai lebam peha kakak kena cubit..Mengalir air mata bila tengok biru kesan cubitan pada anak sendiri..Menyesal pun ada..Ikut sangat perasaan..Papa kata, beri peluang..Kakak masih kecil..Banyak yang perlu dilalui dan dipelajari..Hwaa.haaaa..Makin berlinangan air mata si ibu mengalir..Mencubit tak ingat dunia..

Dengan kesal dan hiba, diusap peha ika..' Maafkan ibu ye kakak..Kakak marah ibu tak??'..Tanya ibu pada ika..Dengan lebut ika menjawab..' Tak ibu '..Allah..Makin sedih..Menitis air mata ibu di atas peha ika yang lebam kena cubit..Malam ni ajar ika mengaji lagi..Tapi guna kaedah berbeza..Hehhe..ugut juga kalau salah nanti kena rotan..Tapi alhamdulillah malam ni ika lebih mudah tangkap dan ingat huruf2 kompius yang lebih kurang sama..Si adik pun tak ketinggalan nak belajar sama..mmm...Boleh ajar anak2 mengaji sendiri lepas ni..Rupanya kena kreatif nak mengajar anak..Tak kiralah mengajar ape pun..Kalau di sekolah gunakan macam2 kaedah nak tarik perhatian dan tumpuan pelajr..Di rumah?? Kena lebih kreatif lagi..

Esok??? Mmm..kena luangkan masa 2 jam setiap malam untuk mengajar anak2 mengaji..Ya Allah..Berikanlah aku kekuatan itu..Berikanlah kami ruang dan masa..Semoga anak2 ibu cepat belajar dan tidak ketinggalan..Dalam mengejar ilmu dunia..Ilmu akhirat jangan dilupakan..Itulah bekalan yang kekal abadi buat nak2 ibu..Ibu sayang anak2 ibu..Mmmmuah..

Saturday, April 10, 2010

ANAK CAKAP OMPUTEH..

Hehehe..berhabuk kakak berbahasa inggeris semenjak 3 bulan selepas di sekolahkan di SMART READER KID'S..Asal ibunya cakap dalam bahasa Melayu je ..dia akan cakap Ibu, speak in English..Ada yang boleh difahami, ada yang dibelasah entah apa entah..Kadang dia akan panggil si Ibunya mummy atau mother..Heeee..geli plak telinga ni mendengarkannya..Tapi lama2 dah get used..Dah memang itulah objektifnya untuk kakak berbahasa inggeris dengan fasih di sekolah dan di rumah..Hantarlah ke sekolah Bapak Inggeris pun tapi kalau di rumah tak berkomunikasi dan sambung berbahasa inggeris, macam mana anak nak pandai..So, tergeliat lidah pun biarlah asal dapat praktis dengan anak..

Yang bagusnya bila ika berbahasa inggeris di rumah, alya pun akan turut belajar sama..I don't know..I want milk..I don't want..put here..whatt are u doing?? blaa.blaa..blaaa..Basic komunikasi yang ika dan alya akan cakap dalam perbualan seharian..Gembira ibu tengok perkembangan anak2..Alhamdulillah..Mungkin sebab ika suka membaca, buku dan menulis..Malah balik sekolah ika akan ulang balik apa yang ajar atau tuturkan..Kalau ada perkataan yang teacher ika sebut di sekolah dan dia tak faham, ika akan tanya ibu apa maksud tu, apa maksud ayat ni..

Harap2 perkembangan positif ika akan berterusan dan alya akan ikut jejak kakaknya yang suka membaca, menulis dan buat spelling..Dan doa ibu semoga anak ibu akan terus rajin belajar dan sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi yang terbaik..Kerana hanya dengan ilmu sahaja dapat menjamin hidup bahagia dan menjadikan anak2 ibu insan yang berguna..Hanya ilmu sahajalah yang dapat ibu dan papa wariskan untuk menjadi bekalan sepanjang hayat..

Mmmmmm..Puas ngajar anak murid yang tak nak belajar..Sekarang nak fokus pada anak2 yang masih kecil dan mudah terima pelajaran dan menyerap ilmu..Doa ibu agar anak2 ibu tak melalui kepayahan menimba ilmu dengan syarat jangan malas dan akan menjadikan perjalanan menuntut ilmu susah macam anak2 murid ibu..Nauzubillahhiminzalik..

Friday, January 1, 2010

ANAK IBU SOLAT

Alhamdulillah..Syukur...tu yang mampu seorang ibu ucapkan untuk menggambarkan kegembiraannya bila tengok anak ibu solat..Tak payah disuruh dan dipaksa..Mood tengah baik kot..Bagus juga..Walaupun tak berbunyi solatnya tapi tetap mengikut cara2 yang betul..Sekolah PASTI ika banyak mengajar ika tentang asas2 FARDHU AIN dan solat terutamanya..Biasalah anak kalau belajar dengan ibunya tak jalan sangat..Berkat sekolah selama 2 tahun, inilah sedikit hasil yang ditunjukkan..

Khusyuk anak ibu solat asar sebelum pergi mengaji petang tadi..

Alhamdulillah

Semalam ika solat jemaah dengan papanya..Sejuk mata memandang..Alhamdulillah jadi contoh pada adiknya alya..Semoga anak ibu menjadi hamba ALLAH yang sentiasa taat dan bertaqwa..Tahun depan harap ika boleh bangun pagi untuk belajar2 solat subuh puak..Insyaallah..Semoga berjaya anak ibu...Tahun depan dah 6 tahun..Kena belajar solat dan tutup aurat..

Friday, December 25, 2009

YANG TERBAIK UNTUK ZULAIKHA...

Memilih pendidikan yang terbaik untuk anak2..Bukan boleh main pilih sahaja..Nak kena tengok sukatan pelajarannya, jauh ke dekat, sesuai tak untuk anak kita..Dan macam2 lagi kriteria untuk memilih sekolah terbaik untuk anak2..

Entri kali ni nak cerita tentang payahnya dan peningnya kepala si ibu dan papa ika ni nak sekolahkan ika..Bukan apa ika dah 2 tahun di Pusat Asuhan Tunas Islam ( PASTI )..So, kalau tahun depan ika still di PASTI, takut dia boring pulak..Maklumlah kawan2nya pun dah tak de..Ke mana?? Masuk darjah 1 laa...Ika masuk sekolah 4 tahun..So, bila 5 tahun dia dah join kelas 6 tahun..Bila 6 tahun nanti, buku dan sukatan pelajaran tetap sama..Bla ditanya nak sekolah PASTI lagi tak?? Dengan pantas ika menjawab, tak nak..Tak kisahlah ..Itu pilihan dia..Asalkan ika nak sekolah tak pe..

So, misi mencari sampai pening pun bermula..Awal cuti @Menjaga stpm ari tu tak dapat ke mana2..balik rumah dah penat..Petang kena hantar ika ngaji pulak..Bila nak curi masa survey sekolah ika?? Kalau ada masa pun pukul 6 petang..Mana ada office yang buka?? Alahai..Tulah sebabnya tunggu sampai habis jaga exam baru jalan2 cari sekolah...Minggu pertama cuti dok rumah sesaja..Merehatkan badan, minda dan bersantai bersama anak2..Rehat punya rehat, tak sedar pulak dah tinggal 2 minggu je lagi..Minggu kedua dah bizi dengan mesyuarat di sekolah..Tertangguh lagi..Tapi curi2lah masa juga survey mana yang nampak..

Antaranya :

-Tadika Bestari ( tak macam bestari puunnnn...selebet jer..- cawangan yang terdekat..tempat

lain ok kot)

- HIRA' dah penuh..

- An-Najihin ( Cawangan Sungai Kapar Indah - jauhnya )..Tak jumpa cari..huhu..kat mana tu..

- SMART READER KIDS - Belum sampai lagi..Insyaallah lepas ni..

- PASTI pilihan terakhir..Kalau dah tak de sekolah lain kena gak ika sekolah kat situ..Dari 1

tahun melepak kat rumah saje2..hantam sahajalah..

Sambil2 pusing2 cari@menghabiskan minyak kereta..Survey jugalah melalui internet..Mujur ada kemudahan internet broadband yang slow ni..Tetap syukur sebab membantu juga dalam proses mencari..Macam2 tengok..Little Caliphs lah, Integrated Islamis School lah..dan banyak lagi..Rambang mata..Tapi bila tengok alamatnya..Huh..tak payyyahhh..Jauh banget..So, terpaksalah lupakan niat tu..Dalam memilih sekolah sebagai tempat anak menimba ilmu, kriteria utama yang dilihat ialah mesti islamic base..Bayaran bisa diatur..( Pengorbanan ..)Yang penting memberikan manfaat kepada anak2..Dan kena pastikan sukatan seimbang antara Islamic dan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia..Jangan kementerian pelajaran Dubai ke, China ke, Hindustan ke..So, bila surf banyaklah dapat..Cuma yang menepati kriteria tu agak susah..

Pilihan yang tersuka buat masa ni ialah Sekolah An- Najihin di SKI..Nak kena pergi tengok..Kalau ikutkan dah penuh ( arrangement oleh Cikgu Laili@cikgu PASTI&Ngaji ika )..Terima kasih..Temujanji dah dibuat pada hari selasa depan...Minggu terakhir tu...Boleh ke..Hopefully adalah kekosongan untuk ika..Tapi..Ada tapi lagi...Kalau ika masuk An-Najihin, ika akan join kelas darjah 1..Meaning bila darjah 6 ika still tak boleh amik exam UPSR@penilaian darjah Enam..Sebab tak cukup umur..Ada pro&cons nya kalu hantar anak sekolah awal sebelum usianya..Yang baiknya ika dah boleh membaca, mengira dan mengaji..Yang kureng..Sikit je kurengnya..Hehehe..

Moralnya 4 the 2nd daughter...( Alya ) and soo on.Papa dah pesan hantar sekolah pada umurnya 5 tahun..Tengoklah...Kalau si alya dah sibuk sangat nak sekolah 4 tahun macam kakak dia...NAK BUEK CAM NOOOO....Hehehe..tak pun hantar jelah ke sekolah bestari di no 22..Full package..Cikgu paling bertauliah dna serba boleh..Uncle Wazir dan Cik T..Pakar Agama dan Matematik..Amacaaamm????