Wednesday, April 14, 2010

SUAMI YANG RAJIN MEMBANTU..

Alhamdulillah..Syukur...Bertuah bersuamikan Muhamad Arif bin Rahman..Rajin membantu memudahkan tugas dan urusan rumahtangga..Kalau kerja mengemas dan mengurus rumah bagi sesetengah orang adalah tugas isteri..Suami sesetengahnya tolong tengok sahaja kalau si isteri tunggang terbaliki mengurus dan mengemas rumah..Dengan alasan, itu kerja orang perempuan..Tak kiralah si isteri tengah penat atau tidak..Kerja2 rumah tu tetap kena buat sendirian tanpa bantuan si suami..

Semalam balik dari sekolah dah pukul 5.30 petang..( waktu biasa balik dari sekolah )..Tapi semalam ada perjumpaan kelab badminton..Jadi penatnya tak bolehlah nak kata macam mana..Sampai sahaja di rumah, solat asar dan tak sempat pun nak rehat dan kena hantar anak2 pergi mengaji..Jadi keadaan rumah yang ditinggalkan keluar pagi tadi sampai ke si isteri ni balik pun masih sama..Bukanlah bersepah..Tapi kenalah kemas2 sikit pinggan di dapur yang bertimbun di rak pinggan tunggu diletakkan di dalam kabinet dapur..Mr hubby pulak kerja..

Nak dijadikan cerita, balik dari hantar anak2 mengaji, lepak kejap kat umah mak sambil makan nasi..Tak makan tengahari..Kira sekali dengan dinnerlah tu..nak masak dah tak larat..Mr hubby pulak kerja..Dengan alasan mesti hubby makan kat tempat kerja..Kami bertiga dah selamat makan di rumah nenek..Hubby balik cepat semalam..Sampai sahaja di rumah, tak tunggu rehat dan duduk, terus hubby kemas dapur, clearkan apa yang patut di dalam peti ais dan cuci botol susu anak2..Leganyalah tengok hubby macam tu..Memang dia ringan tulang..Hubby tahu isterinya penat bekerja dan urus anak2..Dia tak cakap banyak..Terus buat apa yang patut..

Syukur dalam hati ni..Macam tulah hubby saya..Urusan rumah tak pernah diabaikan walaupun dia tahu kerja tu orang perempuan yang lebih tahu..Bila dah sama2 bekerja dan mencari rezeki, sama2lah juga kena uruskan rumah tangga..Kalau si isteri masak, mr hubby akan tolong cucikan perkakas memasak yang dah digunakan..Mudah kerja..Kalau si isteri dan cuci kain, mr hubby yang akan jemurkan..Cuma bila melipat kain hubby angkat tangan..tak reti katanya..Nanti tak kemas..Macam mana pun hubby dah cukup membantu..Ikut sikap dan contoh Rasulullah..Sentiasa membantu isteri2nya mengurus rumah..Kalau isteri tak masak lagi waktu suami balik, jangan masam muka..Tapi sama2 memasak dan menyediakan makanan..

Apa yang cuba disampaikan di sini ialah, saya saaaaaaayang suami saya..Mmmmmmuah..Terima Kasih sayang..

Saturday, April 10, 2010

ANAK CAKAP OMPUTEH..

Hehehe..berhabuk kakak berbahasa inggeris semenjak 3 bulan selepas di sekolahkan di SMART READER KID'S..Asal ibunya cakap dalam bahasa Melayu je ..dia akan cakap Ibu, speak in English..Ada yang boleh difahami, ada yang dibelasah entah apa entah..Kadang dia akan panggil si Ibunya mummy atau mother..Heeee..geli plak telinga ni mendengarkannya..Tapi lama2 dah get used..Dah memang itulah objektifnya untuk kakak berbahasa inggeris dengan fasih di sekolah dan di rumah..Hantarlah ke sekolah Bapak Inggeris pun tapi kalau di rumah tak berkomunikasi dan sambung berbahasa inggeris, macam mana anak nak pandai..So, tergeliat lidah pun biarlah asal dapat praktis dengan anak..

Yang bagusnya bila ika berbahasa inggeris di rumah, alya pun akan turut belajar sama..I don't know..I want milk..I don't want..put here..whatt are u doing?? blaa.blaa..blaaa..Basic komunikasi yang ika dan alya akan cakap dalam perbualan seharian..Gembira ibu tengok perkembangan anak2..Alhamdulillah..Mungkin sebab ika suka membaca, buku dan menulis..Malah balik sekolah ika akan ulang balik apa yang ajar atau tuturkan..Kalau ada perkataan yang teacher ika sebut di sekolah dan dia tak faham, ika akan tanya ibu apa maksud tu, apa maksud ayat ni..

Harap2 perkembangan positif ika akan berterusan dan alya akan ikut jejak kakaknya yang suka membaca, menulis dan buat spelling..Dan doa ibu semoga anak ibu akan terus rajin belajar dan sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi yang terbaik..Kerana hanya dengan ilmu sahaja dapat menjamin hidup bahagia dan menjadikan anak2 ibu insan yang berguna..Hanya ilmu sahajalah yang dapat ibu dan papa wariskan untuk menjadi bekalan sepanjang hayat..

Mmmmmm..Puas ngajar anak murid yang tak nak belajar..Sekarang nak fokus pada anak2 yang masih kecil dan mudah terima pelajaran dan menyerap ilmu..Doa ibu agar anak2 ibu tak melalui kepayahan menimba ilmu dengan syarat jangan malas dan akan menjadikan perjalanan menuntut ilmu susah macam anak2 murid ibu..Nauzubillahhiminzalik..

Sunday, March 21, 2010

TAK PUAS CUTI..

Tak puas rasanya cuti kali ni..Bukan tak puas ape, tak puas dok di rumah..Maklumlah Mr Hubby dah booking bercuti di kampung selama 1 minggu..Tu yang rasa cuti ni tak dok umah sangat..Hujung minggu lepas dah sibuk menghantar rombongan bertunang..So, tak berapa dok umahlah sangat..Isnin pulak berkejar ke sana ke mari membeli keperluan kek yang di pesan biras di kampung..Menangkutlah anak2 ke sana ke mari..Dari sekolah ke kedai dobi, singgah tempah banner Mesyuarat Agung PIBG, ke WK cari plastik pembungkus, terus ke pasar borong cari tepung kek..Barulah balik rumah..penat anak2..



Selasa kami dah bersiap untuk bertolak balik Pahang..Menghabiskan masa bersama keluarga di Pahang sampai hari Jumaat. Sabtu baru balik sini..hari ni, tak menang tangan rasanya nak buat kerja tu dan ni yang masih belum settle..Ingat nak bangun lewat sikit sebab lepas ni setiap hari kecuali hujung minggu..Lepas solat jemaah subuh tadi dan hubby pergi kerja, ibu ika dan alya ni sambung tidur

Banyak yg perlu dibuat..So, rehat dulu..Lepas tu baru kerja2..

Saturday, March 20, 2010

HOME SWEET HOME.

Pukul 11pagi tadi kami bertolak balik ke Klang..Alhamdulillah perjalanan lancar dan kami tiba dengan selamat..Singgah solat zohor di Genting Sempah dan makan tengahri di Tecso pada jam 3.30 petang. Sebelum memulakan perjalanan, zulaikha dah order mee goreng daripada papanya sebab tak sarapan pagi..Orang lain sedap2 makan roti canai yang embah beli, dia leka main dengan kakak2 sepupunya..Nak balik dah katakan..manfaatkan masa yang tinggal sebab masih belum puas main..

Mee goreng yang dicari tak de..Yang ada nasi ayam..Wah..sedap, lagilah zulaikha suka sebab itu favourite dia..makanlah dalam perjalanan..Licin, bersih..yang tinggal cuma tulang ayam yang perlu dihabiskan oleh ibunya ni..Papanya cuma ambil bau sahaja..Tengah drive tak lehlah nak join sekali..Alya?? Lena diulit intan..

Penat2 ni dah kena bersiap pulak nak ke kenduri arwah boyot zulaikha,alya@atok ibu mereka..Papa dah surrender..Tak larat katanya..Tulah dah kata tadi singgah saja sebelum balik umah..tak yah rewang atau tunggu lama2..Mesti orang sana faham yang kami baru balik dari kampung dan keletihan..Emmmm..nampaknya kena pergi dengan acu ajelah..Kenalah kami bertiga pergi sekurang2nya tunjuk muka..Apa pulak kata makcik dan pakcik nanti..MMmmm..hwa..hwaa...penat...

Harap kat sana kami tak buat tahi mata...hehehe..Untuk papa yang kat rumah..Rehat k..Tido, jalan melayan bola pulak..Esok nak kerja..Kami??? Adelah masa sehari lagi sebelum kena ke sekolah isnin nanti..Hwaaaa.hwaaaa....sekolah pulak...

Friday, March 19, 2010

TINGGAL BERENAM..

Daripada 16 orang dalam umah mak mentua ni, tinggal kami berenam sahaja..Huhu..kena tinggal..Yang lain dah selamat ke kelantan..Nak kata bercuti taklah jugak, nak kata berjalan2 mmmm..boleh kot..Sambil hantar pengantin, sambil p rantau panjang tengok2 pe yg boleh dibeli..Kami tak join sebab abah tak p..Abah kena rewang kat umah selang 2 buah umah sini..Kesian pulak kalau semua p, abah tak berteman..Padahal dah planning nak ikut sebab nak cari baju batik abah..Teringin sangat dia..

Kosong dan sunyi rumah..Kalu selalu dah macam nursery atau tadika je. Kalau telefon berbunyi atau ada mesej pun tak dengar..Suara budak2 bukan main kuat..Ika dan alya pun hilang kawan2 bermain jap..Malam ni baliklah kakak2 dan abang sepupu budak berdua ni..Sementara tak berkawan ni, Cik ina lah jadi tempat bermain..Adik ipar yang sorang ni malas nak ikut sebab ahad ni ada kelas..Buat ijazah kat UKM..PJJ plak tu..Tabik springlah pada ina sebab larat berulang sabtu ahad untuk ke kelas disamping mengajar KAFA isnin hingga jumaat..Kalau aku, dah patah badan..

Sepanjang masa memang berehat dan santai..lagi2 rumah lengang tak de sesape..Mmmmm asal ngantuk sikit je terlena..zzzzz..zzz..Cuaca kat sini pulak..Mmmm nyaman..Cuma tengahari panas sikit..Hari ni last day kami di kampung..Esok pagi2 nak balik Klang dah..Sekejap je masa berlalu..Lagi 2 hari dah kena bekerja semula dan menjalankan rutin seperti biasa..tak puas rasanya bercuti..Tak pelah, nanti bulan 6 ada cuti lagi..Mana tahu ada rezeki dapat pulak pergi bercuti..Insyaallah..

Jumpa lagi di entri esok..Salam..

Wednesday, March 17, 2010

NYAMANNYA KAMPUNG HUBBY..

Alhamdulillah perjalanan bermula pukul 10 pagi dengan lancarnya selamat tiba di kampung halaman Abah dan Mak mentua pada jam 2.30 petang..Lambat sikit daripada kebisaannya sebab singgah masjid untuk solat zohor dan ke pasaraya TF ( satu2 pasaraya yang best kat jerantut dan tak de di negeri lain.hehehe ) untuk membeli sedikit buah tangan untuk orang di kampung..

Seronok bukan main2 anak dapat balik kampung..Sepanjang jalan disebut nama kakak2 dan abang sepupu teman mainan mereka..Orang penting macam embah dan neneknya tak pulak disebut..Budak2..Main jelah yang mereka tahu..Tercapai juga hasrat nak balik kampung setelah hampir 4-5 bulan tak balik kampung dek kerana kesibukan hubby bekerja..Last balik kampung selepas cuti raya tahun lepas..Masih ingat lagi sebab adik ipar buat open house..Tulah kali terakhir..Pe nak buat dah tugas..

Hari ni kami ke pasar pekan sehari tengok abang ipar yang dah berhenti kerja hampir 8 bulan dan baru mula sebulan dua meniaga apam balik..Sedap ooo apam balik abang ipar ni..Resepi dari mana?? Jauh tu belajar buat apam balik sedap..Nu..kat terengganu..Belajar dengan kawan lama dia..Berhenti kerja juga di tempat kerja yang sama sebab nak balik kampung meniaga apam balik..tak sia2 usaha abang ipar belajar..Semoga Long sentiasa dimurahkan rezeki dan perniagaan kecil2an Long akan maju dan makin besar ..Insyaallah..

Alya bukan mainlah suka main dengan abang sepupunya..Si Irfan..Selalu kalau sampai di kampung, malam pertama tido di rumah embah, mesti alya dah merengek2 nak balik rumah..Kali ni tak pulak..Dah pandai main..Pagi tadi alya kata dia tak nak balik rumah ibu, alya nak balik rumah kak atin ( umah embah lah tu )..Bila ibu cakap kalau ibu balik, alya tinggal di kampung ye..Alya dengan pantas menjawab..haa ah..( maksudnya ok...)Mmmmm..ada potensi untuk ditinggal di kampung kalau balik kampung pada masa2 akan datang ni..Tak macam kakaknya..tak mahu langsung..

Okkay, nak tido dah ni..menikmati malam yang nyaman tanpa air-cond di umah mentua..Best ooo..Esok planning ke mana tak tahu lagi..Ke Kelantan kot?? Tak pun mandi kolam..Bagus juga cadangan add hock tu..kui3..Mana tahu dapat cari baju batik sepasang dua..Tapi kan...tak bestnyerlah dah nak hari khamis..Kejapnye cuti..huhu...K..jumpa lagi..

Sunday, March 14, 2010

TAHNIAH DAUS..

Adik sepupu depan umah aku dah selamat bertunang dengan gadis pilihannya orang kampung Sg Sireh..Set hantaran lengkap berwarna biru dihias cantik untuk dihadiahkan kepada si tunang yang ayu berpakaian serba pink..Dibalas pula dengan set dulang berwarna kuning diraja..Macam2 style orang sekarang mengisi dulang hantaran sebagai balasan kepada pihak lelaki..Bunjut tuala berisi rempah ratus, set sayur mentah untuk bekalan bakal mak mentua masak tengahari esok pun ade dan macam2 lagi..

Dalam pada si alya masih berbintik2..Tak comel sungguh berjalan ke rumah orang, lagi2 majlis majlis bertunang, kami belasah je..Alya pun ok je sepanjang di sana..Tak de merengek atau tak selesa..Kakaknya lagilah..Ok sepanjang masa..Cuma nampak ngantuk sikit je sebab tak tido langsung..Masa catatan ini dibuat, anak2 dah lena..Walaupun baru pukul 7.30 malam..Penat..Line clear nampak..hehehe.

Eh..merapu2 plak..Tahniah untuk Daus dan tunangnya..Dalam perbincangan tadi hantaran RM7000 something..Tapi ada 10sen..banyak gak tu..Kenalah daus kerja lebih kuat sebab tarikh langsung yang diminta pihak perempuan agak dekat juga..sama ada raya haji atau bulan 12..Tak sampai pun setahun bunyinya tu..MMmmmm..Acu plak nak langsung bulan 12..mana satu ni..Dibincangkan lagi..

Perut kenyang sepanjang hari ni..Menu nasi minyak di rumah pihak perempuan tadi, bersambung pula bihun tom yam yang makcik masak untuk hidangan rombongan pihak lelaki mengisi perut sebelum ke rumah pihak perempuan, cukup mengenyangkan..Nampaknya tak berasap lagilah dapur untuk kesekian kalinya..Hehehe..papa yang kerja, kenalah beli makanan kat kedai..jangan maraaa ye papa..Okkay time 2 rest and get back to work..Ada kertas kerja yang perlu di submit kepada pengetua sok..Mengadap lagi...