Friday, March 19, 2010

TINGGAL BERENAM..

Daripada 16 orang dalam umah mak mentua ni, tinggal kami berenam sahaja..Huhu..kena tinggal..Yang lain dah selamat ke kelantan..Nak kata bercuti taklah jugak, nak kata berjalan2 mmmm..boleh kot..Sambil hantar pengantin, sambil p rantau panjang tengok2 pe yg boleh dibeli..Kami tak join sebab abah tak p..Abah kena rewang kat umah selang 2 buah umah sini..Kesian pulak kalau semua p, abah tak berteman..Padahal dah planning nak ikut sebab nak cari baju batik abah..Teringin sangat dia..

Kosong dan sunyi rumah..Kalu selalu dah macam nursery atau tadika je. Kalau telefon berbunyi atau ada mesej pun tak dengar..Suara budak2 bukan main kuat..Ika dan alya pun hilang kawan2 bermain jap..Malam ni baliklah kakak2 dan abang sepupu budak berdua ni..Sementara tak berkawan ni, Cik ina lah jadi tempat bermain..Adik ipar yang sorang ni malas nak ikut sebab ahad ni ada kelas..Buat ijazah kat UKM..PJJ plak tu..Tabik springlah pada ina sebab larat berulang sabtu ahad untuk ke kelas disamping mengajar KAFA isnin hingga jumaat..Kalau aku, dah patah badan..

Sepanjang masa memang berehat dan santai..lagi2 rumah lengang tak de sesape..Mmmmm asal ngantuk sikit je terlena..zzzzz..zzz..Cuaca kat sini pulak..Mmmm nyaman..Cuma tengahari panas sikit..Hari ni last day kami di kampung..Esok pagi2 nak balik Klang dah..Sekejap je masa berlalu..Lagi 2 hari dah kena bekerja semula dan menjalankan rutin seperti biasa..tak puas rasanya bercuti..Tak pelah, nanti bulan 6 ada cuti lagi..Mana tahu ada rezeki dapat pulak pergi bercuti..Insyaallah..

Jumpa lagi di entri esok..Salam..

No comments:

Post a Comment