
Formula paling berkesan :
Usaha + Doa + Tawakkal = Kejayaan

Cikgu Sayaaaang anda semua..
CIKGU ARYANTI

Formula paling berkesan :
Usaha + Doa + Tawakkal = Kejayaan

Cikgu Sayaaaang anda semua..
Dikesempatan maya ini, ingin sekali dinyatakan dengan ikhlas dan setulus hati bahawa tak mungkin ada kegembiraan yang lain selain kegembiraan mempunyai insan2 tersayang ini..Kebahagian dunia juga antara penentu kebahagian akhirat kita...Kerana syurga sementara kita di dunia ialah mereka yang kita sayang..Sehingga menanti syurga yang kekal abadi..
Semoga sentiasa diberi kekuatan untuk terus memberikan yang terbaik buat mereka yang aku sayang...
Yang Ku Sayang
Program RIMUP gabungan SMKSKI dan SMKTIS yang diadakan pagi tadi berjalan dengan lancar..Meriah dan havoc suasana..Walaupun tidak sepanjang masa camerawomen tak berbayar ni duduk di Dewan terbuka untuk menyaksikan dan men'snap' gambar juga aksi2 yang sepatutnya..Keseronokan tetap terasa..Dibantu dengan rakan2 dan gelak tawa mereka. Yang mana sepenuhnya mengajar tingkatan 3 memaang syok giler..Sebab bebudak dah habis PMR..So, no more teaching..Just monitoring, looking and 'lepak'ing among teachers and students..Huhu..but im not the part of them..
Antara persembahan pelajar mengikut tema yang diberi..Gabungan SKI dan SMKTIS memang Mantoop
Rumah pertama - rumah sendiri ( tempat berkumpul dan sarapan pagi )
Rumah kedua - rumah Amirul..dijamu dengan bubur kacang durian..sedaaapp..
Walaupun hubby tak dapat join sama kerana kerja, hubby dah beri keizinan untuk follow baraan yang diketuai oleh Kak Mazidah..Sebelum keluar rumah dah pesan dengan anak2 kena be good..Sebab ibu drive sendiri..Jangan buat hal, nanti ibu tinggal kat tepi jalan..Biar ada orang ambil..Walaupun tak berapa nak faham, kenalah diorang buat2 paham..Tapi dah bagitahu awal2 pada hubby, agak2 anak2 mengamuk dan tak larat, kami tak teruskan perjalanan..Cukuplah mana yang mampu..
Hehehe..nampaknya anak2 kuat..Seronok beraya kot..Cuma adelah kejap2 mengamuk..Mula mengantuklah tu..Kejap ke depan, kejap ke belakang..Mujur MyVI tu auto..Tekan jelah..Papanya tak ada, mengendenglah kat Abah orang..Jap dengan hubby Kak Mazidah kejap pulak dengan Abang Din..Kejap plak dengan Abang Amirul..Pandai si Mirul layan budak..So, tak adelah penat sangat melayan anak2..Tempat tido si alya kat umah Kak Bib..Rumah kampung, sejuk dan nyaman..Best betul..Mujur tak terlelap sama..Dari rantau panjang, ke sementa, terus ke Bukit Kapar rumah Kak Zah, sambung umah Kak Bib di Bukit Kerayong..
Anak2 seronok berlari2 ke sana ke mari di rumah Nenek Zah..Menu mee sup..banyak alya makan
Alya baru bangun tidur dan kakak dapat ramai kawan..Duit raya pun banyak..hehehe..
Fuh..tak sangka ibu ika dan alya ni kuat juga..dalam penat2 dan ngantuk leh drive ke sana ke mari..Hilang sikit penat, terus sambung ke destinasi terakhir iaitu Sungai Serdang..Tapi 3 buah rumah..Emm...memang menambah berat berat badan..Makan jer..Rumah Cik Pah dijamu pecal, terus ke rumah Cikgu Hanafi dijamu laksa dan nasi impit berlaukkan rendang daging..Last sekali ke istana baru milik Kak Nani..Perghhh cun giler rumah dia..semua serba baru..Kat sana makan nasi dagang..Feveret hubby..tak pandai makan..Tapi cubalah..sedap...