Sunday, November 15, 2009

ANAK-ANAK IBU...

Anak-anak ibu..Dua-dua ibu sayan..takkan berbelah bahagi..Sama rata dan sama adil..Mungkin yang berbeza dari segi layanan.. Sebab cara melayan ika ( kakak ) yang lebih dewasa daripada alya ( adiknya )..mempunyai cara dan layanan tersendiri..Maklumlah dah namanya kakak..kenalah banyak mengalah..



Risau dan bimbang kakak bosan dan kecil hati..Walaupun tak pernah diluahkan dengan kata-kata..Ibu manalah yang tak memahami anak yang dikandungnya selama 9 bulan?? Faham sangat..Cuma ika taklah terlalu ketara menunjukkan cemburu..Sebab ika pandai control..Tambahan lagi ika seorang yg lembut dan tak pandai meluahkan..Apa sahaja yang adiknya dapat, ika akan cuba untuk mendapatkannya juga dalam masa yang sama..Tak kirahlah dapatkan apa..Dan yang pasti kasih sayang serta perhatian ibu juga papa ika..Kadang2 kesian juga..Mana tidak?? Asal adiknya menangis sahaja pasti terus dituding ke arah ika..Kalau kakak tak usik..manakan adik menangis..Sian ika..



Yang si Alya ni pula seorang yang lasak dan kasar sikit..Asal tak puas hati atau tak semena2 sahaja dipukul kakaknya..Tak kiralah pakai tangan ataupun objek yang dipegangnya..Ika?? Redha dan tak mengelak sikit pun...Masa untuk membalasnya akan tiba juga..Tu sebabnya ika ambil kesempatan yang ada untuk menarik perhatian ibu dan papanya..Kalu dah dua beradik tu tak de part2 usik mengusik dan babak2 nangis..Tak sah dan tak normal..Kalau mood kami okay..bertahan dan layan saje..Kalau temper pun dah makin naik, mulalah tangan ni gatal nak mencuitt dan mencubit..Jadi mangsa lagi..Tapi titik yang mendidiklah..Bukan
membunuh..Insyaallah..

Walau macam mana pun air dicincang tak kan putus..Kalau ditanya sayang tak dengan adik..Tanpa ragu ika jawab sayang..Belum lagi dengan pesanan berjela2 kalau kami ke shooping complex..Ibu, pegang adik, tengok adik.buat tu, buat ni..Risau adiknya kena sambar dengan orang jahat..Bagusss sangat...Lagi satu kalau dia mengusik je, terus kami kata ( ugut ) nak hantar adik ke Uncle Wazir.Adik nak..Dia saja yang tak nak dan tak bagi..Bukan main ye2 nangisnyer tu..Begitu juga dengan adik..Tak mahu kalah..Walaupun tak ditunjukkan dengan kata2..Melalui perbuatan dah cukup menggambarkan dia pun tahu sayang kakaknya..Pantang kakaknya nangis kena marah, tak kami kena marah balik pantas sahaja tangannya akan mengusap pipi atau rambut kakaknya..Dalam mengganas, mengganaslah juga..Time berkasih sayang..Dialah juara..

Itulah anak2 ibu...Dua-dua ibu sayang..Dua-dua ibu ambil berat..Dua-dua ibu kandungkan selama 9 bulan..Diusung ke sana, ke mai..Suka dan duka tetap bersama..Sehingga kini pun tak berubah..Ibu sayang anak2 ibu..Kalau terkurang dan terberat sebelah ibu minta maaff kerana semua tu berlaku secara tidak sengaja dan tanpa disedari..Ibu sayaaaaaang ika dan alya..mmmmmuahhh..

No comments:

Post a Comment