Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Friday, November 27, 2009

SALAM AIDILADHA UNTUK SEMUA..

Sempena Hari Raya Aidiladha ini diucapkan selamat hari raya dengan pertanyaan apa pengorbanan anda semua pada tahun ini?? Saya?? Mengorbankan masa cuti sekolah yang sepatutnya menjadi hak milik mutlak suami dan anak2 di rumah untuk mengawas STPM di Sekolah Tinggi Klang..Atas permintaan sendiri dengan harapan dapat menimba pengalaman baru..Alhamdulillah Suami dan anak2 sangat memahami..

Menu untuk hari raya korban kali ini, lontong dan rendang ayam..Kebetulan pulak tak balik kampung untuk beraya bersama mentua, Sebenarnya nak masak macam2 lagi, bagi suami tak terasa sangat tak dapat balik..Semua gara2 si isteri yang sibuk menjaga exam..Sehari sebelum raya pun masih sibuk mengawas..Tapi perancangan tinggal perancangan..Mood nak masak macam2 menu tu tak menjadi..Atok dimasukkan ke wad ICU di Sungai Buloh..Mak dan abah mengorbankan masa mereka untuk menghantar dan hingga ke hari ini masih berulang-alik untuk menjaga atok..Pengorbanan..Nak masak macam2 pun dah penat..Tu yang sekadar lontong kosong dan rendang ayam..Lontong dah sedia ditempah daripada makcik yang menjaga atok ( adik abah )..

Tugas memasak rendang diserahkan kepada aku..Mak dah tak larat..Mak cuma belikan lauk..Bahan memasak hingga ke proses penyediaan aku yang buat..Tak pelah, kesian tengok mak penat walaupun pada hakikatnya aku pun penat sebab dari mengawas semalam terus ikut mak hantar atok ke hospital...Pengorbanan lagi..Hari ini, habiskan masa di rumah bersama anak2..Sambil menunggu suami pulang dari bekerja, dah rancang nak melukis untuk digunakan sebagai rujukan pelajar SPM bagi exam seni jumaat depan..Esok ke sekolah untuk bengkel menggambar..Pengorbanan juga..Yang pastinya semua yang aku lakukan adalah ikhlas..Semoga mendapat keredhaan daripada-NYA..Insyaallah..



Monday, October 12, 2009

BARAAN SAKAN

Puas, seronok, meriah, menyeronokkan..Tiada kata2 yang dapat menggambarkan betapa havocnya baraan ke desa bak kata Kak Mazidah semalam..Seronok giler walaupun penat.. Bayangkan dari 9 pagi sampai 6 petang kami berjalan merata kampung, masuk kot jalan ni keluar kot jalan tu, mencari rumah yang nak dikunjungi..Tentatif program 3 hari sebelum ahad dah diberi..Wah..banyaknye rumah yang tersenarai untuk dikunjungi..Ikutt..

Rumah pertama - rumah sendiri ( tempat berkumpul dan sarapan pagi )

Rumah kedua - rumah Amirul..dijamu dengan bubur kacang durian..sedaaapp..

Walaupun hubby tak dapat join sama kerana kerja, hubby dah beri keizinan untuk follow baraan yang diketuai oleh Kak Mazidah..Sebelum keluar rumah dah pesan dengan anak2 kena be good..Sebab ibu drive sendiri..Jangan buat hal, nanti ibu tinggal kat tepi jalan..Biar ada orang ambil..Walaupun tak berapa nak faham, kenalah diorang buat2 paham..Tapi dah bagitahu awal2 pada hubby, agak2 anak2 mengamuk dan tak larat, kami tak teruskan perjalanan..Cukuplah mana yang mampu..

Hehehe..nampaknya anak2 kuat..Seronok beraya kot..Cuma adelah kejap2 mengamuk..Mula mengantuklah tu..Kejap ke depan, kejap ke belakang..Mujur MyVI tu auto..Tekan jelah..Papanya tak ada, mengendenglah kat Abah orang..Jap dengan hubby Kak Mazidah kejap pulak dengan Abang Din..Kejap plak dengan Abang Amirul..Pandai si Mirul layan budak..So, tak adelah penat sangat melayan anak2..Tempat tido si alya kat umah Kak Bib..Rumah kampung, sejuk dan nyaman..Best betul..Mujur tak terlelap sama..Dari rantau panjang, ke sementa, terus ke Bukit Kapar rumah Kak Zah, sambung umah Kak Bib di Bukit Kerayong..


Anak2 seronok berlari2 ke sana ke mari di rumah Nenek Zah..Menu mee sup..banyak alya makan

Alya baru bangun tidur dan kakak dapat ramai kawan..Duit raya pun banyak..hehehe..

Fuh..tak sangka ibu ika dan alya ni kuat juga..dalam penat2 dan ngantuk leh drive ke sana ke mari..Hilang sikit penat, terus sambung ke destinasi terakhir iaitu Sungai Serdang..Tapi 3 buah rumah..Emm...memang menambah berat berat badan..Makan jer..Rumah Cik Pah dijamu pecal, terus ke rumah Cikgu Hanafi dijamu laksa dan nasi impit berlaukkan rendang daging..Last sekali ke istana baru milik Kak Nani..Perghhh cun giler rumah dia..semua serba baru..Kat sana makan nasi dagang..Feveret hubby..tak pandai makan..Tapi cubalah..sedap...

Destinasi ke 2 terakhir..Rumah Cikgu hanafi..Memang riuh..Havoc giler..Isterinya sporting..Tengoklah kemeriahan kami..


Last rumah Kak Nani..Baru, bau cat baru pun still ada.Keh2..Tengok jelah si Mirul ni, dari pagi ngecek alya.Siap nak culik lagi..Emm..cepat2 kawin, buat anak sendiri..Hehehe..

Yang tak bestnyer sebab tak dapat nak join kawan2 baraan ke umah Mak Kak Mazidah minum air kelapa..Badan dah rasa tak larat dan anak2 pun dah bertanya ini rumah ke berapa..Dah janji nak belikan masing2 payung mini sorang 1..Kebetulan singgah di kapar, jadi belilah..Bukan main suka mereka..Dalam kereta pun berpayung..Sampai rumah dekat pukul 5.30petang..alhamdulillah selamat..Badan baru terasa penat..Tapi tetap kuat..

1 lagi hari yang menyeronokkan..Cuma tak best sebab hubby tak ikut..Lain kali, tahun depan kena pastikan baraan dirancang semasa hubby cuti..dapatlah join dan penat sama2..Sambil kenal2 dan megeratkan hubungan dengan rakan2 sekerja isterinya..Tungggguuuuuuu....