Wednesday, November 4, 2009

SENARAI KERJA AKU...

Tak tahu nak mula dari mana..Banyak sangat rasanya nak cerita..Lama bebenor tak berblog..Bukan lupa atau dah tak suka.Tapi memang betul2 sibuk..Maklumlah nak tutup sekolah..banyak sangat kerja yang nak diselesaikan..Sekarang sibuk menanda kertas exam pelajar.Puas jegilkan mata nak habiskan menanda..Target minggu depan markah dah kena key in..Antara kerja2 yang sedang menunggu q untuk disettlekan :

- Laporan Kelab persatuan
- Plan taktikal Kelab Seni Kreatif 2010
- Sijil PMR (SENI)
- Sijil SPM (SENI)
- Buku stok dan inventori (Selesai beli barang kena masukkan dlm stok pulakkk)
- Fail panitia yang perlu dikemaskini.
- Borang justifikasi untuk SKT
- Pembahagian tugas untuk menyiapkan Rancangan Pelajaran 2010..

Dan lain2 lagi..Baaaaaanyaknyer..kena Selesaikan satu persatu..Dek kerana minggu lepas sibuk membuat back drop sempena Hari Apresiasi Gemilang, Peperiksaan Akhir Tahun dan sibuk mengurus anak2 juga suami di rumah, kerja2 di atas masih dalam list yang tersusun seperti itu..Belum pun sempat nak di tengok2..Dahulukan pengurusan kelas ( ambil alih kelas Siti Zaleha yang bersalin )..Mana nak sediakan sijil berhenti budak2 tu, sijil koko dan kutipan yuan..Tu belum lagi baru sudah settlekan sesi bergambar untuk dokumentasi sekolah..Em...macam2 kerja..Mujur lah jugak sempat habiskan bajet last minit yang pengetua bagi sebanyak RM 5000 untuk dibelanjakan dalam tempoh 2minggu..tak kalu, selamat bajet tu dipindah peruntukkan ke LPBT..Kes naya..

Macam manapun hati mesti mahu senang..Kerja sekolah kena setllekan di sekolah..Balik rumah, masa yang berkualiti untuk keluarga perlu ada..Hanya kerja bertaip sahaja boleh dibawa balik memandangkan rajin juga ngadap lap top, sambil2 onnline, bolehlah juga tengok2 pe yang patut..Dah seminggu balik lewat sebab ada meeting sampai pukul 3 petang.. sampai rumah dekat pukul 4.Duduk kejap dahh nak siapkan anak p mengaji..Malam dah penat tido..Petang tadi baru balik meeting mengawas MUET..Dapat pulak surat untuk mengawas STPM..Maksudnyer sepanjang cuti nanti dok sekolahlah walaupun bukan sekolah sendiri..Tak pe cari pengalaman..Dekat2 akhir tahun nilah juga sibuk mesyuarat akhir tahun JPD PSV..layan..

Hujung minggu ni tak leh nak buat kerja sekolah..tak tahulah kalu datang satu kuasa hebat yang boleh buat mata ni bolehh segar untuk menanda kertas ataupun badan ni larat untuk lalui hari2 yang memenatkn..Esok dah kena jaga MUET..Malam sok mentua dan ipar duai nak datang dari kampung..Bermalam di rumah untuk menghantar adik ipar menunaikan haji keesokan harinya..Tak pelah, bukan selalu penat2 macam ni..Harap2 bertenagalah..Ke kena beli kacip fatimah atau livita..hehehe..Sok cari..

Sabtu depan rehatkan minda dan beriadah bersama keluarga ke hari Keluarga SMKSKI..Minggu seterusnya dah jaga STPM....Semoga selamatlah aku melaksanakan tugasan yang dimanahkan..KERJA, KERJA, KErJA....

No comments:

Post a Comment