Wednesday, April 21, 2010

KENALI ALIF BA TA..

Lebih kurang 5 bulan zulaikha mengaji dengan cikgu PASTInya dulu..Mungkin usianya yang masih muda atau minatnya membuatkan ika lambat sikit nak ingat huruf jawi berbanding A, B, C dan angka..Atau ibunya ni yang tak begitu menekankan sangat tentang jawinya..Balik2 yang diulangkaji english dan math juga B.M dia..Pun begitu ika tetap berusaha untuk memperbaiki kelemahannya dan cuba belajar sebaik yang mungkin.

Watak dan perwatakan ika yang lembut dan tidak agresif menjadikan ibu, papa malah cikgu2 sekolahnya mengajar ika dengan lemah lembut dan penuh kesabaran..Bukan tak boleh, tapi kalau dimarah dan dibentak2 sikit ika dah mula kecut dan sedih..Tapi semalam si ibu dah mula hilang sabar..Selalu sangat dah dengar ika kena tegur dengan Atok yang mengajarnya mengaji kenapa selalu lupa dan tak ingat..Tapi tak salahkan guru mengajinya..Memang itulah yang sebaik2nya..Marah dan tegur bila ika terlupa..

Malam smalam cuba2 ajar ika mengaji..Bukan tak boleh..Tapi ibu cepat hilang sabar bila huruf yang dibaca tak berbunyi..Tak pasti ika tahu atau takut salah..Mmmm...asal salah sebut je, cepat je tangan si ibu ni mencubit..Tu sebabnya tak mahu ajar anak2 mengaji..Macam singa lapar..Habis kang kena rotan..Tapi nak mendidik anak banyak caranya..Cuma mungkin semalam terkasar sedikit..Sampai lebam peha kakak kena cubit..Mengalir air mata bila tengok biru kesan cubitan pada anak sendiri..Menyesal pun ada..Ikut sangat perasaan..Papa kata, beri peluang..Kakak masih kecil..Banyak yang perlu dilalui dan dipelajari..Hwaa.haaaa..Makin berlinangan air mata si ibu mengalir..Mencubit tak ingat dunia..

Dengan kesal dan hiba, diusap peha ika..' Maafkan ibu ye kakak..Kakak marah ibu tak??'..Tanya ibu pada ika..Dengan lebut ika menjawab..' Tak ibu '..Allah..Makin sedih..Menitis air mata ibu di atas peha ika yang lebam kena cubit..Malam ni ajar ika mengaji lagi..Tapi guna kaedah berbeza..Hehhe..ugut juga kalau salah nanti kena rotan..Tapi alhamdulillah malam ni ika lebih mudah tangkap dan ingat huruf2 kompius yang lebih kurang sama..Si adik pun tak ketinggalan nak belajar sama..mmm...Boleh ajar anak2 mengaji sendiri lepas ni..Rupanya kena kreatif nak mengajar anak..Tak kiralah mengajar ape pun..Kalau di sekolah gunakan macam2 kaedah nak tarik perhatian dan tumpuan pelajr..Di rumah?? Kena lebih kreatif lagi..

Esok??? Mmm..kena luangkan masa 2 jam setiap malam untuk mengajar anak2 mengaji..Ya Allah..Berikanlah aku kekuatan itu..Berikanlah kami ruang dan masa..Semoga anak2 ibu cepat belajar dan tidak ketinggalan..Dalam mengejar ilmu dunia..Ilmu akhirat jangan dilupakan..Itulah bekalan yang kekal abadi buat nak2 ibu..Ibu sayang anak2 ibu..Mmmmuah..

No comments:

Post a Comment