Sunday, May 3, 2009

DUNIAKU BERSAMA IKA DAN ALYA..

Seronok dan bahagia dikurniakan Allah dua insan yang sangat istimewa dan penyeri rumahtangga yang terbina antara aku dengan Muhamad Arif B. Rahman..Dari kecil tapak tangan hinggalah sudah pandai berjalan sendiri tanpa didokong ibunya..Hari ini anak2 cukup gembira..Setelah penat melihat ramai orang yang kenal, yang tak kenal datang menjadi tetamu di rumah nenek mereka kerana meraikan majlis pertunangan Acunya, mereka telah mendapat kembali kehidupan rutin mereka seperti biasa..Main....je..itulah yang dapat ku gambarkan situasi Si Kenits berdua tu..Tak kira penat, ngantuk dah makan ke belum dan sebagainya..mereka LAYAN....Si Ibu dah bengkak kaki dek kerana banyak berjalan dan bergerak semalam sepanjang majlis...'Yanti..wak nak bekas.., Yanti..Bibik nak serbuk kari..Yanti..Kak Ani nak asam jawa..Yanti tu..Yanti ni..' Tanpa banyak soal, aku patuh arahan. Balik rumah ambil..Rumah yang dekat rasa macam berbatu2 jauhnya..LAYAN..Masa jalan tak ingat dunia..Nah! sekarang masa untuk menikmati kesakitan..He2..Tak pe, aku redha..Itu yang hari ni tak banyak bergerak..Gerak sikit je, sakit kaki..Jalan pun memanjang menyeret..Tak boleh nak menapak..Tak tahulah esok kat sekolah macam mana..Insyaallah tak ada ape2..
Kakak sampai dulu..
Lokasi permainan..Halaman rumah Wak Shahtir (Abang Mak). Sebelah rumah jer..
Dek kerana tak boleh banyak bergeraklah..Si Kenit berdua tu khayal dengan dunianya sendiri..Main kat dalam..dah puas sepahkan pe yang boleh disepahkan..ganti pulak kat luar halaman..Ikutlah..janji kakak tengok2kan adik..Aku cuma mampu melihat dari dalam dan pasang2kan telinga..Kot2lah terdengar jeritan tangis Si Kenit Alya..Laju je aku langkahkan kakiku nanti..Tapi alhamdulillah, Ika pandai tengok2kan adiknya..Ke mana sahaja dia nak pergi dipelawa adiknya pergi bersama..Erat pengangan tangan Si Kakak memimpin tangan adiknya..Itulah eratnya Ika dan alya..Tapi kadang2 ika suka juga menyakat adiknya..Cuma tak sampailah Si adik mengadu sakit dibuat dek kakaknya..Petang sedikit..kakiku dah beransur pulih sakitnya..Pe lagi mula balik berjalan ke sana ke mari..Berulang-alik lagi dari rumah ke rumah Emak..Nak kumpul dan kutip harta tak berharga kepunyaan Kami yang terpakai semasa kenduri semalam..Bila kat rumah mak kurang, kat mana lagi nak cari 'Top-Up'nya..Rumah anak mak yang nilah dia..Tak ada yang lain dah..Sempat jugalah tolong2 mak kemas2 dan masukkan pinggan mangkuk yang dah siap dicuci ke dalam almari..Jap lagi nak guna lagi (Majlis Along pula..Bila tu..TUNGGU..). Masa tu macam dapat kuasa..Tak kira dah kaki yang sakit tadi..Pe yang penting dapat tolong mak settlekan rumah..Esok dah sekolah..Anak2 dah dengan mak..Bila pula orang tu nak ngemas?? Tak menang tangan dibuatnya..Mana nak layan karenah Si Kenits berdua tu, nak buat kerja rutin suri rumahtangga..Hish!..Mau demam kang..Kesian mak..Tak pe..Yanti ada..jangan risau ye..Biar rumah sendiri bersepah tak pe..Kalau rumah mak yang tunggang langgang..Naik semak mata dia katanya..Kalau anak sendiri tak faham emaknya, siapa lagi..Pandai2 sendirilah buat pe yang patut tanpa disuruh..
Dik hati2 dik..Mungkin itu yang dikatakan dalam hati Si Kakak..
Pandai Kakak melayan adiknya bermain..
Seperti biasa setelah selesai Si Kakak buat homework..Si Kenits berdua tu kembali dengan dunia mereka..Ibunya sibuk mengemas di rumah neneknya..Pandai2lah mereka berdua bawak diri..Itu yang untung dan mudahnya duduk kat kampung..Sebelah menyebelah semuanya saudara mara..Anak2 pun bermain di halaman saudara..Sekurang2nya ada yang ambil tahu dan tengok2kan sambil2 menyapu daun gugur di halaman..Jauh dari laluan kenderaan yang bawak kereta atau motor tak ingat dunia..Malam pukul 7.30 baru papa mereka pulang dari kerja..Legalah sikit kerana dapatlah tukar 'shift' dengan abang jaga dan tolong tengok2kan anak2..Selesai makan dan menjelang pukul 9.30 kami anak-beranak dah terlena..Tapi aku bangun untuk membuat rutin biasa..Membuka blog, membaca catatan blog rakan2 dan menulis catatan harian. Lepas ni, sambung tido sampai pagi..esok nak kerja..Nak pegi sekolah..Nak pegi sekolah..Banyaknye kerja yang menanti untuk dibereskan..
Tajuk : Pokok bunga nenek
Tajuk : Wajah diri
Tajuk : Usang
Lokasi penggambaran..halaman rumah nenek..
Emm...Sempat Si Cameragurlz men'snap' gambar. Pantang nampak kamera terletak begitu sahaja, diminta izin ibunya untuk tangkap gambar katanya..Biarlah itu yang dia suka..Tapi Ika memang punyai kecenderungan ke arah itu..Suka melukis, membaca dan men'snap' gambar. tak kiralah gambar apa..Asal yang menarik perhatiannya..Klik2 jelah dia.Lihatlah hasilnya..Walaupun tak seberapa, tapi punyai nilai makna dan estetikanya yang tersendiri..

No comments:

Post a Comment