Saturday, May 16, 2009

AKU SEORANG GURU..

Minat dan kecenderunganku untuk mendidik telah mula mekar dan berputik sejak zaman persekolahan lagi..Mungkin juga pengaruh dan contoh yang diberikan oleh guru2ku yang terdahulu..banyak mendorong aku untuk menjadi seperti mereka..Malah alam persekolahan dan menghabiskan masa bersama guru sangat menyeronokkan..Kini aku telah menjadi guru seperti guru2ku..Dan aku sangat bertuah dan berbangga kerana ALLAH memberikan aku peluang untuk meneruskan usaha murni guru2ku untuk mendidik anak bangsa menjadi insan berguna dan memanusiakan mereka..
Kalau dulu, ucapan selamat dan salam sejahtera ku ucapkan kepada guru2ku tak kira masa..Kini giliran aku pula..Bagaikan satu kata2 ajaib yang dituturkan pada aku apabila murid2 memanggil aku dengan gelaran GURU..terasa bahagia dan besar tanggungjawab yang aku galas bagi memastikan amanah dan harapan ibubapa yang menghantar anak2 mereka kepada kami untuk dididik menjadi insan yang sedia pandai kepada bijaksana, brilliant, kreatif dan sebagainya..Tapi guru hanyalah pemudah cara, memberikan tunjuk ajar dan memandu anak2 muridnya ke hala tuju yang betul..Kepandaian dan kebijaksanaan mereka telah sedia ada yang dikurniakan Oleh ALLAH..Bertuahnya mereka, punyai ibubapa yang menyayangi mereka dan guru yang selalu memberikan perhatian..
Sememangnya banyak kenangan pahit dan manis yang ku lalui sepanjang mencecah enam tahun menjadi guru..tak mungkin ku lupakan kenangan2 yang terindah sepanjang mengajar, belajar dan diajar..Di sekolah jugalah aku bertemu dengan murid2 yang banyak karenah, yang membanggakan malah ada juga yang agak menyakitkan..Tapi semua itu aku ambil sebagai cabaran..Aku kuatkan semangat dan teguhkan tekad untuk tidak berganjak atau berputus asa bagi meneruskan perjuanganku sebagi guru hingga ke titisan terakhir..Di sekolah jugalah aku membina ikatan persahabatan yang penuh dengan kasih sayang dan memberikan makna yang cukup besar buatku..Kerana mereka jugalah aku masih di sini..Kerana sokongan mereka jugalah aku tak akan menyerah kalah..

Dikesempatan ini ingin ku ucapkan selamat hari guru buat guru2ku di SK Rantau Panjang, SMK Rantau Panjang dan pensyarah2 art&design ceramic department UiTM Perak. Jasa anda semua mendidik dan memberikan tunjuk ajar tak mampu dibalas..Semoga Cikgu2 semua bahagia dunia dan akhirat..Buat rakan2 guru..Selamat hari guru..Teruskan berjuang..Jangan menyerah kalah kerana ramai yang memerlukan perhatian dan tunjuk ajar kita..sayangilah mereka kerana mereka juga menyayangi kita..Perjuangan belum selesai..Hayatilah kata2 keramat ini..
' Amanah yang diberi..Kami tak persiakan..Apa yang kami janji..Tunai tetap kami tunaikan..'

Lihatlah wajah2 guru yang tenang dan merenung masa depan anak2 muridnya..
Riangnya mereka biarpun tugas guru menuntut banyak pengorbanan..
Anda semua guru-guru yang hebat...
SELAMAT HARI GURU..CERIA-CERIALAH SELALU..BERIKAN YANG TERBAIK KEPADA ANAK2 MURID KITA, INSYAALLAH ANAK2 KITA JUGA AKAN MENDAPAT YANG TERBAIK DARIPADA GURU-GURU MEREKA

p/S : Seronok dan gembiranya hari ini, sejak semalam hinggalah sekarang ini dapat sms bertubi2 daripada anak2 murid dan rakan guru mengucapkan Selamat hari Guru..Kalah ucapan selamat hari raya dan birthday wish..Bertuahnya menjadi seorang GURU..

No comments:

Post a Comment