Thursday, July 23, 2009

SIKIT JE LAGI..

Emm..dalam sibuk2 menanda folio sempat2kan juga tengok2 dan baca blog kawan2..Tentu2nye sambil mengupdate blog sendiri..Ngadap folio sepanjang masa bosan gak..Naklah cuci2 mata..Nampaknya kengkawan lain pun sibuk memanjang juga..Dengan pepriksaan, selesai periksa, kertas budak nak ditanda pula..Tu tak kira kerja2 sampingan lain yang menanti untuk diusik..Tak juga gerak2..Jadinya pandai2lah susun masa..Biar semua benda tak terlepas pandang..

Hal folio ni, tinggal 9 folio sahaja yang nak ditanda..Gara2 melayan anak2 nak tengok upin dan ipin dalam laptop nilah yang melambatkan sikit kerja..Ibunya pun joinlah sama bila video tu dah dibuka..Masa untuk anak2 juga perlu ada..Nah..sekarang, terimalah..Tak siap2 juga menanda..Sikit....je lagi..Tapi syukur..masih boleh celik mata lagi..Kalau gagah walau tengah hujan sekarang ni, katil pun dah memanggil2..ajak tido..Cubalah untuk teruskan menanda..Bagi siap..Sebab esok malam banyak lagi yang nak dibuat sebagai persediaan nak ke SMK Meru untuk pentaksiran berkelompok..Lagi pun, kain dan baju dalam bakul tu dah berhari2 tak berlipat..Sampai dah ulang sekali lagi pakai..Tak ambil kat almari pun..Tuang, amik mana yang nak disarung pas tu masukkan balik baki yang belum dilipat..Dahsyat kan??Buat malu je..

Semoga esok hari yang bakal dilalui makin mudah..Dah agak lapang sikit sekarang..Fail panitia pun dah dikemaskini..Tinggal kewangan ( nak berbelanja ) belum berkesempatan..Order barang2 yang perlu je..Emmm..Esok mesyuarat panitia..Ape nak dimesyuaratkan ye..Tak tahu nak cakap pe..Sikit....je lagi nak habis tahun 2009..Kalau dah selesai folio ni..lega rasanya..Macam melepaskan batu besar yang duduk di kepala..

Sekali lagi terima kasih buat suami dan anak2 yang sangat2 memahami..Khas buat papa yang sanggup jaga anak terutamanya alya yang tengah demam lagi dan beli juga makan makanan cap kedai..Sangat membantu dan memudahkan kerja yan..Untuk anak2, sabar ye..SIKIT......JE LAGI.....

Tuesday, July 21, 2009

PENING KEPALA..

Kerja folio bebudak spm yang selesai dikutip dan dibawak balik rumah dah sedia untuk ditanda.Kereta waja dah bertukar menjadi lori nampaknya..Mujur tenaga kerja yang mengangkut dari bilik seni ke kereta ada..tak lain tak bukan bebudak yang mewakili kelas masing2..Tak de upah atau balasan,, Cuma ucapan terima kasih..Insyaallah cikgu akan cuba sebaik dan seadil mungkin untuk memberi markah Folio KRSV korang semua..

Selesai bebbudak pulun buat kerja folio dan artifaknya..Tiba giliran cikgunya ni nak pecah kepala dan naik pening menanda dan bagi markah..3 hari 3 malam tidur dekat kul 4 pagi bagi markah..Tak juga siap..Mujur anak2 dan suami memahami..Dapur memang tak berasap 2,3 hari ni..Sempat menumis sayur dan buat sambal sotong je sabtu lalu..Pas tu..senyap..Suami pun tolong sikit2 tulis markah yang selesai diberi ke dalam borang markah yang dah siap disusun..Terima Kasih Sayang..Anak2 pun main sendiri dan rajin papanya melayan..Sayang anak2ku..

Ada hikmahnya juga laptop dihantar service..Tak delah menghadap internet sepanjang masa..Malam ni nak pulun lagi satu kelas..Tak boleh kelam kabut..Nanti yang menjadi mangsa adalah pelajar.Kena jujur dan telus dalam memberi markah sebab seni ni subjektif..I can do it..

Wednesday, July 8, 2009

SAKIT DAH BERALIH ARAH..

Kesian papa..Ibu ika dan alya dan sihat..Passing batton pulak pada papa mereka..Nak buat macam ne..Penyakit yang paling mudah dan mesra untuk mendekati dan menjangkiti orang ialah demam selsema..Macam yang pernah dikata, penyakit Allah beri tanda kita perlu beringat dan berfikir sejenak..Dah cuba sedaya upaya untuk tidak memindahkan virus selsema ni pada hubby, tapi dah tinggal pun serumah..Kalau rumah tu sebesar banglo 4 tingkat..Si isteri di tingkat 2 suami di tingkat 4, masing2 tak bertembung tak pe..Kemungkinan untuk dijangkiti agak susah kot..Ini, rumah sekangkang kera..Pergi dapur nak amik air untuk minum, bergesel..Dok tengok TV, berhimpit2..Senanglah berpindah..MESRA...

Pe pun harapan kami tiga beranak pada papa, janganlah sampai melarat sangat..Nanti sunyi rumah dari usikan dan gurauan papa..Lagipun papa dah janji nak bawa ika dan alya mandi kolam..Pelampung pun dah beli..Macam2 pattern pulak tu..Tak sabar anak2 nak bawak terjun masuk kolam..Tapi ibu cukup respect dengan papa ika dan alya..Mana taknya, dalam pada getting sick because of the flu..Sempat juga dia melayan anak2nya mandi kolam cetek yang dibeli kat giant masa ika kecil2 dulu..Diisi kolam penuh2 dengan air..Dengan harapan anak2nya dapat mandi dan melepaskan gian nak mandi kolam..Dekat Pulau Pangkor hari tu, bebudak berdua tu tak berani nak mandi laut..Luas sangat..Lagipun berombak..Elok je balik sini minta pelampung nak mandi kolam pulak..Papa mereka layan juga walaupun poket dah kering sebab berbelanja kat Pulau Pangkor minggu lepas..
Kolam mandi tempat ika dan alya belajar main2 air sebelum masuk kolam betul2..

Dalam tak sihat ni pun still layan si alya nak tu dan ni..Nak dokong, nak p sana, nak p sini..And lastly, layan alya nak tidur..Ditepuk2 si anak yang dah kekenyangan minum susu buatan tangan papanya sampai tertidur..Dengan papanya sekali tidur..Dah dipesan tadi sebelum tidur dan sebelum penyakit tu getting worst and worst, makan ubat yan yang tak abis lagi tu..Emm..tak sempat..Tulah dia papa ika dan alya..Dalam tak sihat2 diketepikan kehendak dan penatnya demi anak2..Macam tu juga guru..Tak kira penat, tak larat atau tak cukup masa..Kadang2 time rehat dan makan kita dijengah murid untuk meminta bantuan atau tunjuk ajar pun, si Cikgu tak merungut..Malah kita layan dengan penuh sabar..Dengan harapan perhatian dan bantuan kecil kita pada pelajar akan membuatkan mereka sedar yang kami ini ibarat ibu dan bapa di sekolah dan mereka ibarat anak kami di rumah..Minta dihormati dan disayangi sama seperti orang tua mereka..Tak minta balasan atau hadiah, cuma berikanlah kami kegembiraan dan bangga mempunyai anak murid seperti mereka...
Ni pelampung alya..Sweet macam alya
Yang ni pulak pelampung ika..Comelnye..

Emm..dah melencong ke mana pulak..Teringatkan rakan yang sedang kecewa kerana tersalah kata dari anak muridnya..Kesian dia..Last, ceria2kanlah hari anda dengan senyuman..Untuk hubby, cepat sembuh..Kalau boleh, jangan bagi demam tu singgah lama pun..Mak dan Abah kat kampung dah menunggu2 kepulangan kita..Hujung minggu ni, mesti kena balik lawat mereka..Leh ralisasikan impian ika dan alya nak mandi kolam betul2..Tak pelah dah kering poket sebab bercuti hari tu..Nanti yan bagi berisi balik poket tu buat belanja pergi dan balik..Wookey??
Lauk dimasak mengikut selera dan tekak si suami yang tengah tak sihat..Besar selera tu..

p/s : Sempat masakkan lauk udang masak lemak cili padi dan sayur campur kegemaran hubby sebagai hidangan makan malam..Tapi tengok makannya tak selaju dan seselera selalu..orang tak sihat..Dan sempat gak hantar sikit kat rumah mak..Bak kata Kak Mazidah sikit dikongsi bersama..Sama2 rasa..

Tuesday, July 7, 2009

DUA HARI DIREHATKAN..

Alhamdulillah..kesihatan bertambah baik..Jenuh juga dok makan ubat 3 kali sehari ..Berbiji2 pulak tu..Tahan jelah..Nak baik..Nanti kalau tak betul2 sembuh, p sekolah esok, aku jugak yang susah..Kali ni memang betul2 rehat..Hubby pun tak ada di rumah..Kerja..Jadi sepanjang masa lepas makan ubat tidurlah..Itu yang dinasihatkan oleh doktor..Oleh kerana dah kebah sikit demam ni, dapatlah p amik ika balik sekolah tadi..Dapatlah tengok gelagat dia tercari2 ibu atau atuknya yang ambil..Semalam tak dapat jemput ika..Atuknya yang jemput..Jadi dah terlepas 1 peluang melihat anak pulang dari sekolah..Tak pe, masih banyak masa lagi..

Kesilapan hari ini yang tidak disengajakan ialah tidak memberitahu pihak sekolah yang aku hari ini mc lagi..Tak pernah2 dapat mc 2 hari..Pertama kali dalam tempoh berkhidmat 6 tahun di SMKSKI, nilah baru dapat 2 hari cuti sakit..Emmm..tu yang jadi terlupa sangat2..Rasa bersalah dan macam2 perasaan lagi..Biasanya tak jadi macam tu..Kalau aku mc, bukan kepada guru yang buat relief aku sms, juga kepada pengetua, pk1, kwn2 rapat..Takut info tak sampai..Tapi hari ini...masaaallah..Tak perasan missed call daripada kak is dan sms daripada kak Shaskinah..Barulah aku tersedar yang aku lupa nak inform..Mulalah gelabah..Takut Puan Amiah marah, relief lambat dibuat dan menyusahkan si pembuat relief..Cepat2 call pejabat dan beritahu kak zana hari ni cuti lagi...Ampuuunnn....Maaaaffff..Tak sengaja..Mungkin kerana masih kurang sihat pagi tadi..Tu yang lupa..Yang teringat hari ni kena siap2kan ika ke sekolah..Inilah yang pertama dan yang terakhir..Aku janji..

Perasaan hari ini, macam biasalah kalau orang dah cuti..Mulalah tak tahu nak buat apa kat sekolah nanti..Malas sikit tu..confirm ada..Tipulah kalau aku cakap tak ada..Betul tak kawan2??He2..Macam mana pun aku tetap sedia untuk apa sahaja..Yang penting masa 2 hari rehat yang diberi ini dah cukup untuk aku memulihkan tenaga..Anak2 juga memahami ibunya tak sihat..Masing2 main sendiri..Suami pulak kebetulan kerja siang..Jadi tak delah sibuk2 nak masak..Malam dia balik, tak banyak karenah..Faham si isteri tak dapat berikan perhatian lebih2..Takut berjangkit..Kalau dua2 demam..susah..
Si kakak pandai melayan adikknya main..

Esok dengan harapan aku dapat bangun dengan penuh bersemangat dan meneruskan tanggungjawab aku sebagai guru di sekolah..Yang kat sekolah ( anak murid ) dah tentu2nya bersorak sakan kalau si cikgu tak datang..Boleh dikira yang sedih atau kecewa cikgunya tak dapat hadir untuk meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran..Pe pun..tunggu...im comingggg...
Peneman ibu di rumah..Tak banyak ragam..
Menceriakan dan meriuhkan suasana rumah yang suram dan sepi..

Monday, July 6, 2009

KE MANA PERGINYA SI YAN..

JUMAAT - 3 Julai 2009

Jumaat petang, elok sahaja waktu persekolahan tamat, akulah orang pertama yang laicik dan cabut balik..Tak sabar2 rasanya nak balik..Hati dah memang di rumah..Sampai je di rumah..pack barang..Dah kata nak bawa diri..Betul2 lah ni..Bukan cobaan..Memang nak pergi.Tapi bukan sorang dengan family..Mak, abah dan adik beradik yang lain pun join..Dah lama plan untuk bawa mak abah bercuti..Jadi yang terdekat,pergilah Pulau Pangkor..Bukan nak bawa diri ke mana pun..Tak delah nak larikan diri dari masalah..Saje nak berehat..Lagipun cuti sekolah hari tu tak ke mana2..Jadi terlaksanalah plan nak bercuti..Tu yang tak menulis dalam blog berhari2..Mesti kengkawan bloger tercari2...He2..kan dah bagi hint2 nak bawa diri..
Lokasi perjalanan inilah yang paling aku suka sebab lalu sawah padi..Luas mata memandang.

Memang nostalgia sepanjang perjalanan ke Lumut Perak...Al-maklumlah dulu 4 tahun belajar di UiTM cawangan Perak..4 tahun jugalah berjauhan dari keluarga dan pakwe ( hubby sekarang )..dan 4 tahun jugalah menuntut ilmu demi membawa balik segulung ijazah kebanggaan mak dan abah..Sepanjang jalan tak henti2 berbicara..Dah lain tempat tu, dah berubah tempat ni..Dah maju dan banyak bangunan baru..Saje je adik lelaki bawak pusing2 sekitar rumah kedai bekas UiTM Manjung sebelum terus ke Lumut..Tempat belajar adik lelakiku 'Im' juga di sini..( IKM lumut )..






Lot kedai bekas tapak UiTM Manjung..Di atas dulu kedai runcit tempat membeli keperluan..






Yang paling berubah, lot kedai UiTM Manjung yang digelar UiTM rumah kedai..Aku batch terakhir yang menamatkan pengajian di UiTM Manjung..UiTM Perak dah bertukar lokasi di Sri Iskandar..Kini semuanya dah berubah..Di tempat itulah aku berbasikal ke kedai untuk membeli keperluan pengajian, berjalan kaki untuk ke kuliah yang dekat tak sampai 10 langkah..Dan di public phone itu jugalah aku menghubungi mak dan melepaskan rindu.. Di situ jugalah adikku meminta duit untuk belanja..Macam2 lagi nostalgia di Manjung..Syukur aku berada di tahap sekarang..Tak sia2 belajar 4 tahun dan mempunyai kerjaya yang boleh dibanggakan..





Walaupun dah letih berjalan, sempat juga memberikan pose..he2..








Mak dan abah relax..Jadi tuan dan puan besar hari ini..




Kenangan semalam bersama keluarga setibanya di Lumut yang banyak meninggalkan nostalgia bagiku..





Lumut juga dah banyak berubah..Makin cantik dan menarik..Sesuai untuk lokasi percutian..Tak salah aku memilih lokasi percutian..Menginap di hotel berhadapan jeti 1 malam sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Pangkor pada keesokan paginya..Excited sangat nak bawa anak2 dan mak abah berjalan2..
Menunggu suami dan adik lelaki survey hotel..
Dulu pergi lumut bersama anak, kini bersama cucu.
ika dan alya sempat possing dengan acunya setibanya di Lumut..Sabar menanti sambil menikmati keindahan pemandangan senja di Jeti Lumut..

SABTU - 4 Julai 2009


Pertama kali naik bot..Mujur tak ada yang mabuk lauk dan muntah2.

Terlaksana impian ika dan alya nak naik bot..Selalu dapat tengok bot bergerak di Tanjung Harapan je..Hari ni..antara saat bahagia bagi kami sekeluarga..Tergambar keceriaan dan kegembiraan di wajah mak, abah dan adik-beradik..Inilah masanya kami sekeluarga berkumpul dan merapatkan lagi hubungan. Sebelum ni masing2 sibuk bekerja. Sampai kadang2 tak sempat pun nak berbual atau bertegur sapa..Saja juga bawa mak dan abah berjalan..Dulu nak berjalan susah..Tak ada kenderaan..Mak hantar aku mendaftar di UiTM pun sewa kereta orang..Boleh dikira..2 kali je mak dan abah datang tengok di UiTM sepanjang 4 tahun dulu..Banyak kos yang nak dibelanjakan kalu nak pergi sana..Kami bukan orang senang..Kini masing2 dah berkereta..2 kereta MyVI memecut laju menuju ke destinasi..
Dulu sendirian di Lumut..Kini berempat..
Sebelum check out, sempat bergambar dalam bilik hotel yang tak seberapanya..Bolehlaaa..
Pak Lang ika dan alya paling banyak menyumbang dan sponsor itu ini sepanjang percutian..TQ















Alya yang ketakutan dipukul ombak..Acunya paksa alya mandi laut..Menangis dia..

Memori sepanjang di Teluk Nipah..Tak dapat digambarkan kegembiraan mereka..Lihat sajalah..
Masa untuk merehatkan minda...














Sempat ika buat homework..Siap pulak kedua2 buku..Tahniah anakku..Kalu tak, balik sok..mau dia tak buat..Alya pun join sama..














AHAD - 5 Julai 2009
Sebelum balik dah plan nak mandi manda awal pagi..Em..Tak kesampaian..Hujan yang turun membataskan pergerakan..Tak dapatlah aku merasa mandi laut...Semalam sekadar tengok2 je..Adik bongsu pun agak kecewa..Tak pe, lepas ni kita p Cherating atau Pulau Redang pulak..Tak pun buat masa terdekat ni..lepaskanlah gian kat wet world..Ok??Tak pun datanglah balik untuk spend honeymoon dengan Hadi pas kahwin nanti...He2..















Masing2 dah penat..Selesai perjalanan family trip untuk tahun ni..Tahun depan leh plan lagi..Insyaallah.. Harap2 akan ada rezeki lebih..

Tiba di rumah agak lewat..6 petang baru sampai..Menempuh jalan jam yang agak lama di tanjung karang..Akhirnya dengan selamat sampai juga..Dapat juga merehatkan minda dan menghabiskan masa bersama yang tersayang..Sepanjang perjalanan balik, aku bersin tak berhenti2..Badan dah rasa sejuk semacam..Nak demam ke??Hai..orang mandi laut pun tak pe2..Yang jadi pemerhati kat tepi pantai yang demam?? Tu yang MC hari ni..Dapat pulak MC 2 hari daripada doktor..Alhamdulillah..dapatlah berehat dan pulihkan tenaga untuk mengajar rabu nanti...Kelas Folio lagi..Semangat2...
p/s: Lepas makan ubat ni..Nak tidur dan berehat..Doktor kata, Ubat ni buat orang jadi mengantuk..Jadi layaaan..

































































































Thursday, July 2, 2009

BILA KITA BERSEDIH..

Bila kita bersedih..Perasaan kita langsung tak menyeronokkan..Rasa macam kita keseorangan..Tak ada teman..Mujur masih ada iman..Ingat Tuhan dan berserah pada-NYA..Macam mana pun perasaan tak gembira sangat membebankan hati kita..Buat apa semua tak kena..Rasa salah je..Rasa apa yang dibuat semuanya tak kena..Masa ni jugaklah rasa nak lari daripada semua ni..Tinggalkan segala yang membebankan hati dan perasaan..Sampai satu tahap kita sendiri tak tahu apa yang dikejar dalam hidup ini..

Rasa bersalah satu lagi perasaan yang membunuh jiwa..Buat tu tak kena..Buat ni tak kena..Semuanya serba tak kena..Macam ada batu besar yang duduk dalam hati ni dan menyesakkan jiwa..Bila sekali buat salah..rasa diri dah tak dipercayai dan melenyapkan segala kepercayaan yang diberi..Malu, rasa hilang keyakinan diri dan tak mahu berdepan dengan kenyataan..Bila buat salah, kita akan merosakkan sesuatu hubungan..Walaupun dah dimaafkan..tetap tak sama seperti dulu..

Bila jiwa kosong..mulalah fikir yang bukan2..Mulalah fikir idea2 hebat yang terjangkau difikiran..Kalaulah aku boleh jadi invisible, nak aje aku hilangkan diri setiap masa..Ada kat sekolah, tapi tak boleh dicari..Ada di rumah tapi tak disedari..Kenapa aku jadi macam ni??? Sebab rasa sedih dan bersalah..Macam mana agaknya perasaan sedih orang yang banyak masalah?? Tentu berbakul2 dan berkilo2 bebanan yang ditanggung..

Walau macam mana pun kerja, tanggungjawab tetap kena teruskan..Sesedih mana pun hati kita, anak-anak murid masih memerlukan perhatian cikgunya..Anak2 tetap memerlukan ibunya..Bilalah semua ni akan berakhir..Penat sangat dah..Nak kata banyak kerja..Orang lain pun banyak kerja..Tapi mereka still boleh hadapi dan tangani situasi dengan baik..Tak macam aku..Kerja yang diberi tak dibuat..Yang dirancang..tak dilaksanakan..Nak minta Allah tarik nyawa..belum bersedia..Amalan tak cukup untuk bawa masuk ke syurga..siapa nak masuk neraka?? Menakutkan..Jadi..Life Must Go On..Hadapilah kenyataan..Buat2lah happy dan senyum biarpun tawar..

Emmm....nak bawak dirilah..Pergilah mana2 tempat yang orang tak kenal..Tak pun mana2 tempat yang tak ada orang..Mana tu..Hutan kot..

Wednesday, July 1, 2009

BILA KEKALUTAN MELANDA.....

Masa nilah kerja tu nak hantar, dalam masa ni jugalah kerja ni nak hantar..Bukan sahaja budak2 kalut, cikgu pun turut kalut sama..Kalut bebudak keluar peluh jantan..Si Cikgu pulak keluar peluh betina..Emm semua ni gara2 tangguh kerja dan melambat2kan masa walaupun hakikatnya masa tak boleh dilambat2kan..Hari ni kelas terakhir untuk tingkatan 5P2 menyiapkan dan menghantar folio KRSV 2009..Esok tiba pula giliran 5P4 dan lusanya 5p5..Harap2 semuanya berjalan dengan lancar..

Bila disebut Kerja kursus Pendidikan Seni akan mengambil masa lebih kurang 7 bulan untuk menyiapkannya, bebudak ni bukan main relaks je dengar..Yang dia tak perasan bukan 7 bulan..Kalu dah ditolak cuti umum, cuti sekolah, cuti sendiri dan kadang2 Cikgunya pulak cuti atau berkursus, tinggal tak sampai lima bulan pun..Tu belum kira kalu missed class sebab ada program anjuran sekolah atau perhimpunan lambat habis..Tangguh lagi..Masa nak hantarlah kalut..Telinga dah tertutup..Kalau selalu, loceng habis waktu tak berbunyi pun, diorang cakap dah habis masa..Sekarang??Terbalik..Dihalau keluar pun buat derk je..Tu belum kira Time BM, Agama dan subjek2 lain, mulalah buat folio memanjang..Sampaikan macam tak de subjek lain dah kat sekolah..Maaf ye cikgu2..Tapi ucapan terima kasih buat cikgu2 yang memahami seperti Cikgu Suzanah, Ustazah Norhana yang bagi chance pada bebudak yang tak siapkan folio selepas kerja semasa yang diberi disiapkan..Hah! masa ni jugaklah, kalut tengok bebudak yang tak rajin bawa folio, dok usung folio hari2..Macam ada duit berjuta2 dalam fail folio tu..
Masing2 bizi..Bilik Seni dah rupa tongkang pecah..Janji kerja siap..
Yang duduk, yang buat kerja sambil berdiri..MAsing2 leka..Kalualah dari awal tahun macam ni..

Siapa yang susah hati??Cikgu nilah juga..Yang tenggelam timbul..Kejap ada, kejap tak ada macam biskut..Mau je ditelan biar hilang terus je bebudak ni..Folio seni memang agak membebankan bagi murid yang malas dan tak berbakat..Tapi kacang je bagi yang pandai, rajin atau yang tak berbakat tapi rajin..Semua bergantung kepada diri mereka sendiri..Kalaulah boleh dipinjamkan tangan, idea dan kreativiti cikgu2 seni kat sekolah mana2 pun, insyaallah si Cikgu sanggup..Kalau itulah caranya nak bagi murid lulus, cemerlang dan berjaya..Pengorbanan guru..Tapi tak boleh..Anyway tahniah pada korang semua kerana masih sedar yang folio penting untuk lulus Seni..Cikgu akan cuba sedaya upaya untuk membantu..Tapi taklah sampai tidur kat sekolah..
Antara murid rajin and gifted yang cepat buat kerja..Tahniah syahmi..

Harap everything will be settle by this friday..Cikgu wish good luck to all of u..Jangan sampai tak tido malam sebab nak sipakan folio..Bahagikan masa biar adil untuk ulangkaji subjek lain..Till then..Salam..