Wednesday, July 1, 2009

BILA KEKALUTAN MELANDA.....

Masa nilah kerja tu nak hantar, dalam masa ni jugalah kerja ni nak hantar..Bukan sahaja budak2 kalut, cikgu pun turut kalut sama..Kalut bebudak keluar peluh jantan..Si Cikgu pulak keluar peluh betina..Emm semua ni gara2 tangguh kerja dan melambat2kan masa walaupun hakikatnya masa tak boleh dilambat2kan..Hari ni kelas terakhir untuk tingkatan 5P2 menyiapkan dan menghantar folio KRSV 2009..Esok tiba pula giliran 5P4 dan lusanya 5p5..Harap2 semuanya berjalan dengan lancar..

Bila disebut Kerja kursus Pendidikan Seni akan mengambil masa lebih kurang 7 bulan untuk menyiapkannya, bebudak ni bukan main relaks je dengar..Yang dia tak perasan bukan 7 bulan..Kalu dah ditolak cuti umum, cuti sekolah, cuti sendiri dan kadang2 Cikgunya pulak cuti atau berkursus, tinggal tak sampai lima bulan pun..Tu belum kira kalu missed class sebab ada program anjuran sekolah atau perhimpunan lambat habis..Tangguh lagi..Masa nak hantarlah kalut..Telinga dah tertutup..Kalau selalu, loceng habis waktu tak berbunyi pun, diorang cakap dah habis masa..Sekarang??Terbalik..Dihalau keluar pun buat derk je..Tu belum kira Time BM, Agama dan subjek2 lain, mulalah buat folio memanjang..Sampaikan macam tak de subjek lain dah kat sekolah..Maaf ye cikgu2..Tapi ucapan terima kasih buat cikgu2 yang memahami seperti Cikgu Suzanah, Ustazah Norhana yang bagi chance pada bebudak yang tak siapkan folio selepas kerja semasa yang diberi disiapkan..Hah! masa ni jugaklah, kalut tengok bebudak yang tak rajin bawa folio, dok usung folio hari2..Macam ada duit berjuta2 dalam fail folio tu..
Masing2 bizi..Bilik Seni dah rupa tongkang pecah..Janji kerja siap..
Yang duduk, yang buat kerja sambil berdiri..MAsing2 leka..Kalualah dari awal tahun macam ni..

Siapa yang susah hati??Cikgu nilah juga..Yang tenggelam timbul..Kejap ada, kejap tak ada macam biskut..Mau je ditelan biar hilang terus je bebudak ni..Folio seni memang agak membebankan bagi murid yang malas dan tak berbakat..Tapi kacang je bagi yang pandai, rajin atau yang tak berbakat tapi rajin..Semua bergantung kepada diri mereka sendiri..Kalaulah boleh dipinjamkan tangan, idea dan kreativiti cikgu2 seni kat sekolah mana2 pun, insyaallah si Cikgu sanggup..Kalau itulah caranya nak bagi murid lulus, cemerlang dan berjaya..Pengorbanan guru..Tapi tak boleh..Anyway tahniah pada korang semua kerana masih sedar yang folio penting untuk lulus Seni..Cikgu akan cuba sedaya upaya untuk membantu..Tapi taklah sampai tidur kat sekolah..
Antara murid rajin and gifted yang cepat buat kerja..Tahniah syahmi..

Harap everything will be settle by this friday..Cikgu wish good luck to all of u..Jangan sampai tak tido malam sebab nak sipakan folio..Bahagikan masa biar adil untuk ulangkaji subjek lain..Till then..Salam..

No comments:

Post a Comment