Monday, July 6, 2009

KE MANA PERGINYA SI YAN..

JUMAAT - 3 Julai 2009

Jumaat petang, elok sahaja waktu persekolahan tamat, akulah orang pertama yang laicik dan cabut balik..Tak sabar2 rasanya nak balik..Hati dah memang di rumah..Sampai je di rumah..pack barang..Dah kata nak bawa diri..Betul2 lah ni..Bukan cobaan..Memang nak pergi.Tapi bukan sorang dengan family..Mak, abah dan adik beradik yang lain pun join..Dah lama plan untuk bawa mak abah bercuti..Jadi yang terdekat,pergilah Pulau Pangkor..Bukan nak bawa diri ke mana pun..Tak delah nak larikan diri dari masalah..Saje nak berehat..Lagipun cuti sekolah hari tu tak ke mana2..Jadi terlaksanalah plan nak bercuti..Tu yang tak menulis dalam blog berhari2..Mesti kengkawan bloger tercari2...He2..kan dah bagi hint2 nak bawa diri..
Lokasi perjalanan inilah yang paling aku suka sebab lalu sawah padi..Luas mata memandang.

Memang nostalgia sepanjang perjalanan ke Lumut Perak...Al-maklumlah dulu 4 tahun belajar di UiTM cawangan Perak..4 tahun jugalah berjauhan dari keluarga dan pakwe ( hubby sekarang )..dan 4 tahun jugalah menuntut ilmu demi membawa balik segulung ijazah kebanggaan mak dan abah..Sepanjang jalan tak henti2 berbicara..Dah lain tempat tu, dah berubah tempat ni..Dah maju dan banyak bangunan baru..Saje je adik lelaki bawak pusing2 sekitar rumah kedai bekas UiTM Manjung sebelum terus ke Lumut..Tempat belajar adik lelakiku 'Im' juga di sini..( IKM lumut )..






Lot kedai bekas tapak UiTM Manjung..Di atas dulu kedai runcit tempat membeli keperluan..






Yang paling berubah, lot kedai UiTM Manjung yang digelar UiTM rumah kedai..Aku batch terakhir yang menamatkan pengajian di UiTM Manjung..UiTM Perak dah bertukar lokasi di Sri Iskandar..Kini semuanya dah berubah..Di tempat itulah aku berbasikal ke kedai untuk membeli keperluan pengajian, berjalan kaki untuk ke kuliah yang dekat tak sampai 10 langkah..Dan di public phone itu jugalah aku menghubungi mak dan melepaskan rindu.. Di situ jugalah adikku meminta duit untuk belanja..Macam2 lagi nostalgia di Manjung..Syukur aku berada di tahap sekarang..Tak sia2 belajar 4 tahun dan mempunyai kerjaya yang boleh dibanggakan..





Walaupun dah letih berjalan, sempat juga memberikan pose..he2..








Mak dan abah relax..Jadi tuan dan puan besar hari ini..




Kenangan semalam bersama keluarga setibanya di Lumut yang banyak meninggalkan nostalgia bagiku..





Lumut juga dah banyak berubah..Makin cantik dan menarik..Sesuai untuk lokasi percutian..Tak salah aku memilih lokasi percutian..Menginap di hotel berhadapan jeti 1 malam sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Pangkor pada keesokan paginya..Excited sangat nak bawa anak2 dan mak abah berjalan2..
Menunggu suami dan adik lelaki survey hotel..
Dulu pergi lumut bersama anak, kini bersama cucu.
ika dan alya sempat possing dengan acunya setibanya di Lumut..Sabar menanti sambil menikmati keindahan pemandangan senja di Jeti Lumut..

SABTU - 4 Julai 2009


Pertama kali naik bot..Mujur tak ada yang mabuk lauk dan muntah2.

Terlaksana impian ika dan alya nak naik bot..Selalu dapat tengok bot bergerak di Tanjung Harapan je..Hari ni..antara saat bahagia bagi kami sekeluarga..Tergambar keceriaan dan kegembiraan di wajah mak, abah dan adik-beradik..Inilah masanya kami sekeluarga berkumpul dan merapatkan lagi hubungan. Sebelum ni masing2 sibuk bekerja. Sampai kadang2 tak sempat pun nak berbual atau bertegur sapa..Saja juga bawa mak dan abah berjalan..Dulu nak berjalan susah..Tak ada kenderaan..Mak hantar aku mendaftar di UiTM pun sewa kereta orang..Boleh dikira..2 kali je mak dan abah datang tengok di UiTM sepanjang 4 tahun dulu..Banyak kos yang nak dibelanjakan kalu nak pergi sana..Kami bukan orang senang..Kini masing2 dah berkereta..2 kereta MyVI memecut laju menuju ke destinasi..
Dulu sendirian di Lumut..Kini berempat..
Sebelum check out, sempat bergambar dalam bilik hotel yang tak seberapanya..Bolehlaaa..
Pak Lang ika dan alya paling banyak menyumbang dan sponsor itu ini sepanjang percutian..TQ















Alya yang ketakutan dipukul ombak..Acunya paksa alya mandi laut..Menangis dia..

Memori sepanjang di Teluk Nipah..Tak dapat digambarkan kegembiraan mereka..Lihat sajalah..
Masa untuk merehatkan minda...














Sempat ika buat homework..Siap pulak kedua2 buku..Tahniah anakku..Kalu tak, balik sok..mau dia tak buat..Alya pun join sama..














AHAD - 5 Julai 2009
Sebelum balik dah plan nak mandi manda awal pagi..Em..Tak kesampaian..Hujan yang turun membataskan pergerakan..Tak dapatlah aku merasa mandi laut...Semalam sekadar tengok2 je..Adik bongsu pun agak kecewa..Tak pe, lepas ni kita p Cherating atau Pulau Redang pulak..Tak pun buat masa terdekat ni..lepaskanlah gian kat wet world..Ok??Tak pun datanglah balik untuk spend honeymoon dengan Hadi pas kahwin nanti...He2..















Masing2 dah penat..Selesai perjalanan family trip untuk tahun ni..Tahun depan leh plan lagi..Insyaallah.. Harap2 akan ada rezeki lebih..

Tiba di rumah agak lewat..6 petang baru sampai..Menempuh jalan jam yang agak lama di tanjung karang..Akhirnya dengan selamat sampai juga..Dapat juga merehatkan minda dan menghabiskan masa bersama yang tersayang..Sepanjang perjalanan balik, aku bersin tak berhenti2..Badan dah rasa sejuk semacam..Nak demam ke??Hai..orang mandi laut pun tak pe2..Yang jadi pemerhati kat tepi pantai yang demam?? Tu yang MC hari ni..Dapat pulak MC 2 hari daripada doktor..Alhamdulillah..dapatlah berehat dan pulihkan tenaga untuk mengajar rabu nanti...Kelas Folio lagi..Semangat2...
p/s: Lepas makan ubat ni..Nak tidur dan berehat..Doktor kata, Ubat ni buat orang jadi mengantuk..Jadi layaaan..

































































































Thursday, July 2, 2009

BILA KITA BERSEDIH..

Bila kita bersedih..Perasaan kita langsung tak menyeronokkan..Rasa macam kita keseorangan..Tak ada teman..Mujur masih ada iman..Ingat Tuhan dan berserah pada-NYA..Macam mana pun perasaan tak gembira sangat membebankan hati kita..Buat apa semua tak kena..Rasa salah je..Rasa apa yang dibuat semuanya tak kena..Masa ni jugaklah rasa nak lari daripada semua ni..Tinggalkan segala yang membebankan hati dan perasaan..Sampai satu tahap kita sendiri tak tahu apa yang dikejar dalam hidup ini..

Rasa bersalah satu lagi perasaan yang membunuh jiwa..Buat tu tak kena..Buat ni tak kena..Semuanya serba tak kena..Macam ada batu besar yang duduk dalam hati ni dan menyesakkan jiwa..Bila sekali buat salah..rasa diri dah tak dipercayai dan melenyapkan segala kepercayaan yang diberi..Malu, rasa hilang keyakinan diri dan tak mahu berdepan dengan kenyataan..Bila buat salah, kita akan merosakkan sesuatu hubungan..Walaupun dah dimaafkan..tetap tak sama seperti dulu..

Bila jiwa kosong..mulalah fikir yang bukan2..Mulalah fikir idea2 hebat yang terjangkau difikiran..Kalaulah aku boleh jadi invisible, nak aje aku hilangkan diri setiap masa..Ada kat sekolah, tapi tak boleh dicari..Ada di rumah tapi tak disedari..Kenapa aku jadi macam ni??? Sebab rasa sedih dan bersalah..Macam mana agaknya perasaan sedih orang yang banyak masalah?? Tentu berbakul2 dan berkilo2 bebanan yang ditanggung..

Walau macam mana pun kerja, tanggungjawab tetap kena teruskan..Sesedih mana pun hati kita, anak-anak murid masih memerlukan perhatian cikgunya..Anak2 tetap memerlukan ibunya..Bilalah semua ni akan berakhir..Penat sangat dah..Nak kata banyak kerja..Orang lain pun banyak kerja..Tapi mereka still boleh hadapi dan tangani situasi dengan baik..Tak macam aku..Kerja yang diberi tak dibuat..Yang dirancang..tak dilaksanakan..Nak minta Allah tarik nyawa..belum bersedia..Amalan tak cukup untuk bawa masuk ke syurga..siapa nak masuk neraka?? Menakutkan..Jadi..Life Must Go On..Hadapilah kenyataan..Buat2lah happy dan senyum biarpun tawar..

Emmm....nak bawak dirilah..Pergilah mana2 tempat yang orang tak kenal..Tak pun mana2 tempat yang tak ada orang..Mana tu..Hutan kot..

Wednesday, July 1, 2009

BILA KEKALUTAN MELANDA.....

Masa nilah kerja tu nak hantar, dalam masa ni jugalah kerja ni nak hantar..Bukan sahaja budak2 kalut, cikgu pun turut kalut sama..Kalut bebudak keluar peluh jantan..Si Cikgu pulak keluar peluh betina..Emm semua ni gara2 tangguh kerja dan melambat2kan masa walaupun hakikatnya masa tak boleh dilambat2kan..Hari ni kelas terakhir untuk tingkatan 5P2 menyiapkan dan menghantar folio KRSV 2009..Esok tiba pula giliran 5P4 dan lusanya 5p5..Harap2 semuanya berjalan dengan lancar..

Bila disebut Kerja kursus Pendidikan Seni akan mengambil masa lebih kurang 7 bulan untuk menyiapkannya, bebudak ni bukan main relaks je dengar..Yang dia tak perasan bukan 7 bulan..Kalu dah ditolak cuti umum, cuti sekolah, cuti sendiri dan kadang2 Cikgunya pulak cuti atau berkursus, tinggal tak sampai lima bulan pun..Tu belum kira kalu missed class sebab ada program anjuran sekolah atau perhimpunan lambat habis..Tangguh lagi..Masa nak hantarlah kalut..Telinga dah tertutup..Kalau selalu, loceng habis waktu tak berbunyi pun, diorang cakap dah habis masa..Sekarang??Terbalik..Dihalau keluar pun buat derk je..Tu belum kira Time BM, Agama dan subjek2 lain, mulalah buat folio memanjang..Sampaikan macam tak de subjek lain dah kat sekolah..Maaf ye cikgu2..Tapi ucapan terima kasih buat cikgu2 yang memahami seperti Cikgu Suzanah, Ustazah Norhana yang bagi chance pada bebudak yang tak siapkan folio selepas kerja semasa yang diberi disiapkan..Hah! masa ni jugaklah, kalut tengok bebudak yang tak rajin bawa folio, dok usung folio hari2..Macam ada duit berjuta2 dalam fail folio tu..
Masing2 bizi..Bilik Seni dah rupa tongkang pecah..Janji kerja siap..
Yang duduk, yang buat kerja sambil berdiri..MAsing2 leka..Kalualah dari awal tahun macam ni..

Siapa yang susah hati??Cikgu nilah juga..Yang tenggelam timbul..Kejap ada, kejap tak ada macam biskut..Mau je ditelan biar hilang terus je bebudak ni..Folio seni memang agak membebankan bagi murid yang malas dan tak berbakat..Tapi kacang je bagi yang pandai, rajin atau yang tak berbakat tapi rajin..Semua bergantung kepada diri mereka sendiri..Kalaulah boleh dipinjamkan tangan, idea dan kreativiti cikgu2 seni kat sekolah mana2 pun, insyaallah si Cikgu sanggup..Kalau itulah caranya nak bagi murid lulus, cemerlang dan berjaya..Pengorbanan guru..Tapi tak boleh..Anyway tahniah pada korang semua kerana masih sedar yang folio penting untuk lulus Seni..Cikgu akan cuba sedaya upaya untuk membantu..Tapi taklah sampai tidur kat sekolah..
Antara murid rajin and gifted yang cepat buat kerja..Tahniah syahmi..

Harap everything will be settle by this friday..Cikgu wish good luck to all of u..Jangan sampai tak tido malam sebab nak sipakan folio..Bahagikan masa biar adil untuk ulangkaji subjek lain..Till then..Salam..

Tuesday, June 30, 2009

NGANTUK..NAK TIDUR..

Mata dah berat sangat ni..Nak buka pun tak larat..Petang tadi balik tak tidur dan berehat pun tak dapat..Call abang kat tempat kerja bila ditanya dah makan tengahari ke belum..JAwapannya BELUM..Walhal dan pukul 4 petang..Jadi atas rasa kasih dan sayang, terus masak..Baring pun tidak..Sampai rumah pun 3.45petang sebab stay kejap untuk tengok2 folio bebudak kelas Zuhairi.... (Tanggungjawab di sekolah ). Dalam hati selalu berkata tak pe, demi kasih dan sayang pada suami dan anak2, turutkan..Dah tugas di rumah..

Malam selesai ika mengaji, dipaksa2 tidur tetap tak mahu..Bila kat TV ada drama jangan pandang belakang, elok pulak tidur sambil tekup muka dengan bantal..Alya tak boleh nak katalah..Sebelum kakak balik daripada mengaji dia dah lena..Si ibu ni yang dah ngantuk sangat2 tapi lum boleh tidur lagi..Hu2..Banyak lagi kerja bertaip yang nak dibuat..Indeks, fail PBS..dan macam2 lagi..Ni pun dah 5,6 kali terlelap kejap2 depan komputer..Si papa pulak segar dan bulat pulak biji matanya..
Lena si Alya..Tak sedar kakaknya buat bising di malam hari ni..
Akhirnya..Tidur juga..Sok pagi nak sekolah..zzzzzzzz.....
Selamat malam sayang..Tunggu ibu datang kejap lagi..

Harap2 dalam tak cukup tidur ni, esok still segar ke sekolah untuk menjalankan tugas seperti biasa..Anak2 ku sayang ' SELAMAT MALAM '...Buat rakan2 bloger, kak Mazidah, Wazir, kak Zana, selamat malam..Jumpe esok..Untuk papa...JOM TIDUR...

He2..dengar penyanyi cute, alif aziz menyanyi lagu sayang, sayang, sayang..Segar pulak mata ni..Stay up ke..TENGOKLAH!!Nite2 everyone..Mimpi indah2..

Monday, June 29, 2009

YANG PERGI BIARKAN, KITA TERUSKAN KEHIDUPAN

Ajal dan maut di tangan Tuhan..Bila, di mana dan macam mana semua sudah tertulis..Kita sebagai hamba-NYA haruslah redha..Terima dengan hati yang terbuka segala ketentuan yang diberikan..MATI adalah adat selepas menikmati hidup di dunia..Hanya bersediakah kita untuk menghadapinya..Memang tak terjangkau di fikiran bagaimanakah kita mati dan nasib apakah kita nanti..Semuanya terjawab dan boleh digambarkan melalui amalan kita di dunia..Banyakkah saham dan simpanan yang disimpan untuk di claim di akhirat nanti..Ada dividenkah amalan kita tu..Hanya Yang SATU sahaja mengetahui jawapannya..Kita merancang, Allah menentukan..

Petang semalam aku mendapat berita kematian ibu kepada bekas anak muridku tahun 2008..Innalillahiwaninnalillahirajiun...Sebatang kara si Nazrul Shahfiq yang juga dikenali sebagai Pak Tam oleh kawan2nya..Bapa pun sudah lama meninggalkannya..Kini hanya tinggal kakaknya yang juga bekas murid SMKSKI sebagai tempat berpaut, mengadu kasih, susah dan senang ditanggung berdua..Semoga mereka berjaya mengharungi hari2 tanpa mak dan ayah dengan jayanya biarpun diusia yang belum pun mencecah 25 tahun...Itulah dia resam kehidupan..Yang pergi tak kan kembali..Yang hidup kena teruskan..

Sempat ziarah Nazrul dan kakaknya bertemankan Kak Jaimah..Suram, sedih dan lesu wajah budak2 tu..Tak ada yang dapat kami bantu melainkan dengan memberikan kata2 semangat untuk mereka meneruskan kehidupan..Aku bertuah kerana masih mempunyai mak dan abah..Mereka??Itulah percaturan yang Allah dah tentukan..Insyaallah ada hikmah disebalik semuanya..Mentari keriangan dan kegembiraan akan menyinar semula dalam kehidupan kamu berdua..Cikgu doakan kamu dapat mendapat ketabahan hati dan Allah sentiasa mempermudahkan urusan kamu..

Untuk yang masih mempunyai ibu dan bapa, sayangilah mereka dan berbaktilah selagi mereka hidup..Yang sudah kehilangan, kirim2kanlah doa anak yang soleh sebagai tanda ingatan kepada yang sudah pergi..Untuk Cikgu Hanafi..Tabahkan hati atas pemergian bonda tersayang malam tadi..Semoga roh ibunda dicucuri rahmat..

Sunday, June 28, 2009

SANA SINI..MAKAN-MAKAN..

Hari ni agenda utama nak pergi kenduri..Tengah musim orang kawin..Kena saman jelah..Redha..Bayar jelah saman yang diberi tu..He2..nampaknya hri ni, tak masaklah..Makan tengahari merangkap makan malam kat tempat jemputan kenduri je..So, rice cooker dah simpan dalam kabinet..Tempat pertama nak p, dekat je..Nun..depan simpang masuk lorong hj. musran tu..Makan sedap, alhamdulillah..anak2 dan adik makan denagn penuh selera..Hubby tak dapat join..Kerja..Rugi ooo..Makan sedap..Ada makanan favourite abang tu..

Dah kenyang..jalan lagi..Kali ni rumah anak murid..Kakaknya kawin..Tak jauh gak..Nun lorong jiran lorong hj. musran..Lorong tarmidi namanya..Perut dah full..Taklah makan banyak sangat tadi..Cuma puas dan kenyang sebab sedap..Jadi kat 2nd house cume amik soto je..Itu pun dah cukup kenyang..Yang bestnya..Anak2 tak meragam..Walaupun papanya tak ikut..Anak2 tetap sporting..Mungkin sebelum keluar rumah, diorang dah dapat tidur yang secukupnya..Elok je bangun tidur, terus bersiap2 untuk p kenduri..Isi perut pulak lepas rehatkan mata..Selesai tunggu pengantin masuk rumah, terus gerak ke 3rd house..terserempak pulak bebudak 6A3..Dressing kalah cikgu2..Tak pakai baju sekolah, nampak tul keayuan dan anak2 dara gitu..Jumpa gak si salleh, montel dan syafiq..Yang tak nampak cikgunya..Ke kelantan..Tak balik lagi..

Sampai kat rumah kak ila yang menagdakan kenduri kesyukuran sempena anaknya berkhatan, i am really2 full..tapi untuk tidak menghampakan tuan rumah, makanlah gak..Emm.. berkilo2lah bertambah gamaknya hari ni..Kena ambil pil kurus..Nak timbang jangan katalah..Tak berani..Mesti berat..Makanan kat rumah kak ila pun not bad..Sodap..Anak2 still sporting..Tak nampak letih pun walaupun dah diusung ke hulu ke hilir..Alhamdulillah kenyang..Sampai rumah, selesai solat zohor, terus tidur dengan anak2..dahsyat betul..Dari pukul 3.30 sampai 5.30..Tak pernah lena macam petang tadi..Nikmatnya berehat..
Adik ipar yang nak dihantar balik hostel..Isi perut dulu..
Happy Family..Big..stomach family..He2..
Selesai makan..Sedap..Lap mulut sendiri..Pandai alya
Ni dia orangnya yang kurang makan tapi banyak cakap..

Malam..hantar adik ipar balik hostel kat uitm.Oleh kerana kat hostel susah nak cari makanan, kami singgah makan malam kat Afnan..Makan lagi..Ingat sok nak kurangkan makan..dah esok pot luck, makan lagi..Bila nak kurus ni???Walaupun suami tak pernak complain..Tapi tetap kena jaga penampilan..Biar sentiasa menawan di mata suami..Caiyok2..

Saturday, June 27, 2009

ANAK-ANAK HAPPY DI FUN FAIR..

Dah seminggu anak-anak menunggu nak pergi fun fair @ sum pair bak kata alya..Bila nampak je lampu fun fair, asyik bertanya je si kakak..Bile nak pergi fun fair..Kena tunggu weeknight baru boleh pergi..So, malam nilah malam yang ditunggu oleh bebudaks berdua tu..Bila sampai, bukan main happynye..Tergambar diriak wajah..Si Papa dah tak kira mahal ke, buang duit ke..Untuk anak2..Bagi rasa dan nak cuba, tukar jelah duit ikut keperluan yang patut..Nak membazir banyak sangat pun..tak elok gak..At least mereka dah merasa pergi fun fair..Kalau berbual dengan kengkawan, lehlah join dan tak ketinggalan..

Mula2 je alya takut nak naik..Bila dah naik, tak nak turun pulak..
Comotnye..
Senyum..Bye2..Ibu, Papa kami nak terbang ni..

Emmm...Kalau pergi genting tentu lebih menyeronokkan..Tapi bebudaks2 tu kecik2 lagi..Kang dah bayar tak nak naik pulak..Takut..Tapi tadi kat fun fair di tapak parking carefour pun dah menyeronokkan bagi anak2..Janji dapat naik mainan kanak2 seusia ika dan alya..Hari ni pulak tak plan pun nak pergi mana2..Elok lepas sekolah, balik rumah masak untuk lunch..Petang mengemas rumah, abang pulak mencuci porch yang dah berkeladak..Jadi masing2 menyibuk2kan diri..Kebetulan gak malam ni ika tak mengaji sebab cuti..Papa pun tak keja..Jadi, layanlah kehendak anak2..Sok lusa kalau dah sibuk, nak berjalan2 pun susah..Macam tulah adat jadi ibubapa..sentiasa berkorban untuk anak2 dan menggembirakan mereka..Adakah mereka bakal menggembirakan kita kelak??Insyaallah..Itu doa ibu dan papa untuk Ika dan Alya supaya menjadi anak yang solehah..Amin...

Cerita di sekolah pagi tadi pulak tak de yang interesting..Semua berjalan seperti biasa..Cuma pagi2 dah dapat call daripada PK1 aku kena replace tempat cikgu A ni..Pagi tadi sesi menandatangani buku kemajuan..Tak kisahlah sebab daripada tahun pertama hingga kelima aku ngajar dah biasa handle sebab jadi guru tingkatan..Cuma bila ambil alih tugas orang, agak lost lah sikit..Preparation untuk ngadap parent bebudak kelas tu pun tak sempurna..But i've done my best..Cuma agak terkilan dengan tindakan cikgu A yang tak hadir walaupun dah maklum hari ni bukan takat sekolah ganti..Tapi sesi bertemu ibubapa..Budak kelas dia pulak tu..Anak muridnya dan parents asyik tanya nape cikgunya tak datang..Masa nilah nak berkenal-kenalan dengan ibubapa anak murid kita..Agak tak bertanggungjawab tindakannya untuk tidak menghadirkan diri ke sekolah pagi tadi..But we must think positive..Agak2nya dah 'emergency' sangat2 sampai tak boleh nak elak kot..Yang penting pe tindakan yang kita ambil pun, fikirkanlah kesannya dulu..Jadilah guru yang sentiasa bertanggungjawab lebih2 lagi kepada anak2 murid kita..Tanpa mereka siapalah kita..