Friday, June 26, 2009

BANYAKNYA KERJA...

Tak tahu nak mula yang mana dulu..Buat yang ini, teringat yang itu..Buat yang itu teringat nak buat yang ini..Jadi kenalah rancang kerja betul2..Minggu lepas baru sudah dok sibuk2 settlekan markah budak2 seni..Alhamdulillah..Semuanya dapat disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan..Jadi tak delah rasa berhutang dengan budak2 atau sekolah..

Ni..kerja kursus pulak dah menunggu untuk ditanda, disemak dan dibetulkan pe2 yang patut..Yang bertambah banyak kerja sekarang ni, kena buat dan adakan fail pentaksiran..Aduh..Lemahnya nak buat semua tu..Fail sekolah pun tengok kadang2..Nikan pulak nak buat fail baru..Tiga fail pulak tu..Emm...terima jelah..Dah tugas guru..Siapa kata tugas guru mudaah??Siapa kata guru tak banyak kerja..Kami ni serba boleh, mengajar, pengkeranian, kerja membersih pun kami buat..Kalau cikgu seni, merangkap tukang cat..Cubalah yangb berkata tu, ambil alih tugas kami. Kalau tak pening2, mahu botak kepala banyak berfikir..

Pe pun terimalah semu tugas yang diberi dengan redha dan buat yang terbaik..Bak kata Kak Mazidah, kita puas dengan apa yang kita buat..Sekurang2nya kita tahu kesusahan dan kepayahan seorang guru lebih2 lagi kalau dah jadi orang atasan..Faham tugas orang bawahan..Sentiasa berfikiran positif dan bersikap tenang seperti yang selalu suami tersayang nasihatkan..Tak nak nanti dek kerana tugas2 yang menimbun ni, tak terbuat tugas2 ibu dan isteri..JANGAN!!!!Bahagikan masa sebaik2nya..

Anyway, wish me good luck..Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya..Insyaallah...

Thursday, June 25, 2009

GILIRAN ALYA PULA DEMAM

Baru je beberapa minggu yang lepas alya demam..Ni dah demam lagi..Orang kata kalau demam, si kanak2 nak naik ke stage umur yang lain..Nak pandai sesuatu..Pe pun alasannya, sakit yang diberi Allah kepada manusia adalah sebagai ujian untuk melihat tahap kesabaran kita berdepan kesulitan dan kesakitan..Nak uji dan tengok waktu sakit sahajakah kita ingat Allah atau masa sakit masih lagi terlupa pada yang SATU itu..
Sedih je wajah alya yang tengah demam ni..

Mungkin alya nak tumbuh gigi..Mungkin juga kena hujan..Mugkin juga alya kepenatan sebab asyik main je..Tengah aktif..Bukan sahaja aktif pergerakan..Tapi juga mulutnya tengah keletah berkata2..Kalau naik motor dengan atuknya ke kedai, sepanjang jalaan dia akan menyanyi..Tak tahulah apa yang dinyanyikannya..Tak berbutir..Yang dengar hujung perkataan je..Hanya orang terdekat dengannya sahaja yang faham sebab selalu dengar alya dok ulang benda yang sama..Cuma alya kalau tak sihat dia nak berteman.Selalunya kalau ibu sekolah, neneklah tempat dia bermanja dan mengadu penat..

Mata alya kuyu, tanda orang tak sihat..Tapi masih nak aktif bermain dengan kakaknya..

Selalunya jugalah kalau anak demam, tak pernah lagi si ibu ni ambil cuti untuk berada di sisi mereka bila diperlukan..Cuma leh janji dengan anak2, ibu akan balik cepat..Ibu apelah aku ni..Serahkan je bulat2 pada emak..Mentang2 mak yang jaga..Dekat pula cuma beberapa langkah dari rumah sendiri..Kalau rakan2 kat sekolah tu, asal cuti je, mesti sebab jaga anak demam..Nak hantar kat nursery tak berapa percaya diorang jaga..Sebab si anak tengah tak sihat..

Emm..bukan pe, kadang2 fikir banyak kali kalau nak cuti..Fikirkan anak2 kat sekolah tak ditengok2 dan diajar..Ketinggalan nanti..Lagi2 tingkatan lima..Folio SPM nak kena siapkan..Kalau aku sendiri yang tak sihat baru cuti..Itu pun KALAU dah tak larat sangat nak ke sekolah..Barulah ambil cuti..So, kali ni biarlah ibu ini berkorban..Anak di rumah lagi lebih memerlukan si ibu lebih daripada segala2nya..Masa inilah juga si anak nak bermanja dengan si ibu kerana separuh hari si ibu dah dihabiskan di sekolah atas tuntutan tugas dan kerja..Mujur nenek dan kadang2 papa faham dan sentiasa ada sebagai ganti dan membantu pe yang patut..

Untuk alya, semoga cepat sembuh..Esok dan sabtu ibu dah kena pergi sekolah..Kenalah tinggal lagi..So untuk anak2 tersayang, today i'm al your's..

Tuesday, June 23, 2009

KE SEKOLAH SEPERTI BIASA..

Semalam aku tak sekolah gara2 sakit perut..Nak kata melantak macam2 kat kenduri..Tak..Ntahlah mungkin perut ni nak meragam..2,3 kali dok buat temujanji dengan toilet je..Mau kalau ke sekolah, bebudak dan kengkawan kena cari Cikgu Aryanti ni kat dalam tandas..Kejap2 hilang..Atau tuan empunya perut ni penat..Tu yang nak berehat..apa lagi, suami senyum lebarlah si isteri ada di rumah time di cuti..So, peluang yang ada aku gunakan untuk hantar ika sekolah..Follow papa je..Lagipun naik kereta..Jadi taklah terasa sakit sangat..Dapatlah jumpa cikgu ika dan berbincang atu berbual2 pe yang patut tentang ika dan pembelajarannya di sekolah..

Lepas sarapan sebaik sahaja hantar ika ke sekolah, kami 3 beranak terus pergi klinik..Nak check pe2 yang patut..kotlah ada yang tak kena..He2..Em..check tak sampai 5 minit, dah keluar dari bilik doktor..Udahlah salah check..Ada ke si doktor tu letak stetoskop ( ala..benda yang doktor letak kat dada kalau nak check orang sakit tu ..) kat perut alya..Perut aku yang sakit..Alya pulak di checknye..Alya pun satu, ibunya nak check doktor, dia pun sibuklah nak ngendeng..Alhamdulillah..Mujur tak de pe2...Yag penting tak ada penyakit kronik..He2..Menakutkan..So, Dapatlah MC sehari..Dalam hati, tak dapat dua hari ke??

Elok je, perut dah tak meragam..Mulut ni pulak nak makan macam2..Biasa mulut ni..Nak makan cheese cake by secret recipe dan ice cream Mc D..Si suami, tak cakap banyak, janji lepas solat kita p..Apa lagi girangnya dalam hati..Dah terbayang kat rumah betapa sedapnya desert2 yang ada tu..Nak makan nasi tak lalu..Kebetulan pulak si papa gaji..pe lagi..Sedang elok sangatlah..Emm..destinasi kami ke Jaya Jusco sahajalah..Benda yang nak dicari ada dalam satu tempat..Pergi JJ makan dua benda tu semata2..Anak2 pulak leka bermain kat playground yang disediakan..Seronok pulak tengok anak happy.. Sampai lupa awak tu baru je MC pagi tadi..
Hilang sakit dan penat tengok anak2 gembira bermain di JJ petang tadi..

Selesai menunaikan solat terus balik rumah..dalam perjalanan nampak pulak cahaya lampu Fun Fair yang kat dalam cerita Mighty Joe Young..10 batu dahtboleh nampak..Ika pe lagi..Ibu, nak pergi fun fair..Si adik pun sibuklah nak pergi Sum Pair katanya..Kami je yang faham bahasa dia..Elok nak teruskan perjalanan, sunyi sepi pulak..nape ye..Em..Dah tidur pulak dia..Adik pun on the way..So, cancel..Lain kali je..Sesampai je di rumah..Ternampak pulak kelibat bebudak bertudung berlari keluar dan masuk rumah makcik sebelah rumah mak..Adik sepupu yang bakal ke mesir, ajar bebudak kawasan rumah yang mengaji..Eh!kan malam ni cuti ngaji..Dalam hati berkata..Tak pelah malas nak fikir..lagipun ika dah tidur..Malam semalam aku tak boleh lepaskan peluang my favourite drama ' Prision Break ' Every monday..MONDAY????Patut pun bebudak tu ngaji..Hari ini kan ke hari isnin..Em...Si papa dan si ibu ni pun dah hilang ingatan seminit dua..Mentang2 sama2 cuti..

So, hari ini ke sekolah seperti biasa..Menjalankan tugas yang dah tertangguh semalam..Yang penting hari ini aku dah set kat mind..Today is Tuesday. Jangan salah masuk kelas sudah..dan yang penting juga hari ni nak balik awal sebab pepagi lagi sebelum pergi sekolah ika dah pesan ' ibu balik pukul 1 ye..' Ika rindu ibu..Em..Secepat yang mungkin aku balik..Pukul 3 sampai rumah..Dah habis cepat dah tu..Singgah kedai beli mee goreng dan mee hailam panas2 untuk hidangan tengahari suami dan anak2 tersayang yang membuatkan aku lambat sikit kot..Tak pelah..Hari ni perjalanan hidup berjalan seperti biasa..Esok pun diharapkan begitu juga..Cuma megharapkan lebih banyak lagi bibit gembira untuk menceriakan kehidupan..Insyaallah..

Sunday, June 21, 2009

HADIAH ANAK UNTUK IBU DAN PAPA

Jumaat lepas Zulaikha bertemankan papa ke sekolah untuk mengambil kad prestasi peperiksaan pertengahan tahun yang lepas..Keputusan ika cukup membanggakan..Kesemuasubjek mendapat 90 markah dan ke atas.Kami cukup bangga dengan ika..Tak ada kata yang dapat diucapkaan melainkan terima kasih ika kerana membahagiakan kami ..

Bertepatan dengan sambutan hari bapa..inilah hadiah yang paling berharga buat papa ika..Diksempatan yang ada ini juga ika dan alya mengucapkan selamat hari bapa untuk papa mereka..Papa yang mereka cukup banggakan, yang mereka paling sayang dan ibu juga turut berdoa semoga papa menjadi papa yang paling hebat untuk nank2 kita kerana yang percaya abang memang hebat..Semoga abang dapat mendidik anak2 kita menjadi insan berguna pada kita dan membahagiakan semua orang...Amin
Alya yang paling manja dengan papanya..Sebab papanya rajin melayan..dan penyabar..

Sentiasa menunjukkan sikap seorang papa idaman..Bertuah ika dan alya..


Kad prestasi ika..Biarlah keputusannya sentiasa membanggakan..Amin..
Kasihnya papa hingga ke akhir hayat..

Saturday, June 20, 2009

ALHAMDULILLAH...

Syukur yang teramat sangat ku panjatkan kehadrat Allah kerana memberikan aku kekuatan dan kesabaran untuk terus mencuba dan lagi dan lagi membuka blog dan membuat catatan di dalam blog ini..Banyak nak diberitahu, banyak nak dicoretkan dan banyak nak diluahkan..Semua yang aku lalui sepanjang lebih kurang 3 minggu tidak menulis blog ku simpan dan terkunci rapat dalam mindaku ini..Sabar..Jangan mengalah..Bak kata ( tulisan ) dalam blog aku oleh kak mazidah..SABAR..Dengan kegatalan tangan ini, perasaan nak mencuba walaupun kadang2 takut hilang apa sahaja yang ada dalam laptop ini, berkat doa jugalah akhirnya berjaya..Dah naik malu bila bak minta tolong Kak Mazidah ( sebenarnya Abang Aminur rashid - suaminya ) tengok2kan laptop aku ini apa yang tak kena..Dah naik jemu agaknya laptop ni ni hantar ke sana ke mari..Namun dari riak wajah dan tutur Kak Mazidah, sikit pun tak menampakkan dia jemu membantu adiknya ni..Thanks 4 being such a nice person and always willing 2 help people as usual.. Bertuahnya mengenali dia..

Banyak yang terlepas nak dikongsikan dengan kawan2 bloger..Cerita sepanjang cuti sekolah, di kampung, sambutan birthday ke 29 dengan hubby and anak2..Tak lupa kejutan hari jadi daripada 5P2..Dan sambutan belated birthday dari kawan2 tersayang juga anak 6A3..Semuanya manis2 belaka..Walaupun agak sedih kerana internet broadband celcom aku tengah demam walaupun dah berkali2 di hantar kepada yang pakar malah ke celcom center..dengan kenangan2 yang cukup manis dan indah sepanjang 3 minggu ini, telah dapat mengubah suasana sugul di hati ni kepada begitu bahagia..

Moral of the story, boleh pandai2..Tapi jangan pandai2 sangat..Kerana tangan Ika jugalah laptop ini jadi demam..Jadinya sampai sekarang ika tak berani kacau laptop yang tengah terbuka ditinggalkan ibunya 2,3 saat je..Tak ada nak menyalahkan sesiapa..Cuma aku perlu lebih berhati2..Kerana lapotop ni demam jugalah.. aku punyai kekuatan untuk bergerak ke sana ke mari tanpa suami menemani untuk berusaha membaik pulih broadband dan laptop ni..Dengan tak sarapan pagi dari kelas tambahan terus ke klang, ke celcom center dan balik rumah hampir2 pukul 3..aku gagahkan juga..Macam tak cukup pinggan makan kat rumah mak..Mujur mak dekat. Dah siap masak..Tak delah susah2 cari..

So, untuk simpanan dalam blog dan tatapan rakan2 bloger..sedikit gambar sebagai ganti cerita sepanjang cuti sekolah dan hari2 yang dilalui tanpa blog dan internet..
Nilah sepupu2 ika dan alya yang ceria2..
Hujung minggu pergi bazaria kat shah alam bawa mentua dan adik ipar..
Di pagi yang busuk..Semua tak mandi lagi..Kat kampung cuti sekolah yang lepas.. Sepetang bersama ipar duai dan anak2 di halaman rumah mak yang mendamaikan..

Thursday, June 18, 2009

I'M BACK AND I'M GETTING OLDER..

Dah lama rasanya tak berblog sampai tak tahu cara nak buka blog atau melayari internet..Nak cakap macam mana dan nak mula dari mana..Lap top memang bermasalah..Jadi tak boleh buka blog atau buat catatan lagi..Sampai satu tahap malas nak ada broadband..Atas ikhsan Kekandaku..dapatlah mencoret sikit2..Baik pula hatinya nak bagi pinjam laptopnya untuk digunakan kat rumah aku..TQ kak..Ur The best..
Dah lama jari tak bercincin..Maklumlah jari dah gemuk..Tak muat cincin bertunang dulu..
Suka sangat dengan hadiah dari hubby yang diidam2kan..

Pe pun dah semakin tua semalam '29'...Jadi dah tanamkan azam baru untuk jadi yang terbaik untuk membahagiakan semua orang..Hadiah2 sebelum dan selepas ulangtahun aku..yang dari bandung, melaka oleh sahabat2 tersayang..Juga pemberian ikhlas suami tercinta dan anak2..Aku cukup bahagia..Terima kasih semua..Tak lupa anak2 5P2..Terima kasih atas kejutan yang cukup mengejutkan..Yang penting kek sponsor sedap.. Antara dalang2 yang buat keejutan tak bawa folio semasa kelas..


Emm..peace ye??Mujur tak kena libas sorang2 sebab lakonan tak bawa folio memang menjadi..



Senyum2 gak..Folio tetap kena siapkan walaupun sambutan hari jadi Agong sekalipun..


Nilah dia perancang utama surprise mini birthday party Cikgu Yan....


Sodapnye...Kek sponsor..Licin dimakan bebudak 5P2..

K..good bye..Tak tahu bila lagi nak berblog..tunggu jela masa yang sesuai..But i'm ok...peace..

Monday, June 1, 2009

BANYAKYNA NAK CERITA

Dari mana nak mula ye..Macam mana nak susun kata ye..Alahai..Macam ayam mematuk makanan kat atas tanah lagilah ye..Em...senang cerita tak yah pening2 walau pun agak pening, sekarang ni aku di kampung..Dah lama tak balik kampung..Suami asyik sibuk kerja..Jadi sekarang tengah cuti sekolah..Baliklah cepat2 sebelum banyak kerja dan planning nak ke sana ke mari..(Bercuti)

So, bila kat kampung, internet tak leh guna..Wireless ke..Celcom3g ke..ape2 jelah..semua tak leh pakai..Tu yang terkilan sebab dah lama tak buat catatan dalam blog..Sebelum cuti laptop anto service..Bila dah ok..bawak balik kampung tak boleh gunalah pulak..Mujur ada TM net dalam kat mentua ( kira keluarga IT jugak lah..He2 )..Dapatlah menumpang sikit tengok2 blog kawan2..Sebab dah terasa rindu pulak..Walaupun tak sampai seminggu berpisah sebab cuti..Dengan blog ajelah kami dapat tengok wajah masing2 dan tahu apa yang kengkawan buat sepanjang cuti..

Petang jumaat lepas berpenat lelah bersukaneka dengan kawan2, lari macam tak cukup tanah sampai berpeluh2 ala2 mandi..( Sambutan Hari Guru )Terus balik kampung dengan MYvI baru0 He2 saje je nak test leh ke keta kecik tu jalan jauh )..Dapatlah lelapkan mata kejap sementara tunggu abang solat jumaat..Di kampung seronok jumpa mentua dan ipar duai..Ramai2 macam ni jadi riuh dek suara anak2..Ika dan alya dah jumpa geng tak nampaklah ibu diaorang dah..Time nak susu, nak mandi, nak tido jelah depa dua datang cari..Tapi tak pe..dapatlah relax sikit..Kenduri cukur jambul sabtu lepas yang jadi camerawomen, tak lain tak bukan, cikgu aryanti nilah..Siap taja print gambar lagi..Bukan ape..Saje nak promosi..Lepas ni kalu bertunang ke, kawin ke..upah jelah kakak ipar diorang ni..

Tak boleh nak buat catatan berlebih2..Ni pun curi2 sebab abang dan adik2 pergi pekan beli pe2 yang patut..tinggallah alya yang leka bermain dengan anak abang long yang kecik..Apa lagi..ambillah peluang..So, see u all in bloger tomorrow..Tungguuuu..

Sedapnya alya makan ayam goreng..Panas2 tu..
Lauk yang menjadi hidangan untuk santapan tetamu yang datang ke majlis cukur jambul aimey..

si kecil yang comel..Wan Raihanah Aimey, baby yang diraikan..


Nilah dia adik ipar aku..Cikgu matematik..

Ika dan alya bersama sepupu2 mereka..Comel cucu2 mak dan abah..

p/s: Terima kasih kepada semua kerana hari2 yang menggembirakan..Kak Mazidah yang tak pernah lupa yan walaupun si adik ni tak ikut pergi bercuti ke tanjung karang..Dengan catatan dan gambar2 dalam blog dah buat yang terasa dekat..