Banyak yang terlepas nak dikongsikan dengan kawan2 bloger..Cerita sepanjang cuti sekolah, di kampung, sambutan birthday ke 29 dengan hubby and anak2..Tak lupa kejutan hari jadi daripada 5P2..Dan sambutan belated birthday dari kawan2 tersayang juga anak 6A3..Semuanya manis2 belaka..Walaupun agak sedih kerana internet broadband celcom aku tengah demam walaupun dah berkali2 di hantar kepada yang pakar malah ke celcom center..dengan kenangan2 yang cukup manis dan indah sepanjang 3 minggu ini, telah dapat mengubah suasana sugul di hati ni kepada begitu bahagia..
Moral of the story, boleh pandai2..Tapi jangan pandai2 sangat..Kerana tangan Ika jugalah laptop ini jadi demam..Jadinya sampai sekarang ika tak berani kacau laptop yang tengah terbuka ditinggalkan ibunya 2,3 saat je..Tak ada nak menyalahkan sesiapa..Cuma aku perlu lebih berhati2..Kerana lapotop ni demam jugalah.. aku punyai kekuatan untuk bergerak ke sana ke mari tanpa suami menemani untuk berusaha membaik pulih broadband dan laptop ni..Dengan tak sarapan pagi dari kelas tambahan terus ke klang, ke celcom center dan balik rumah hampir2 pukul 3..aku gagahkan juga..Macam tak cukup pinggan makan kat rumah mak..Mujur mak dekat. Dah siap masak..Tak delah susah2 cari..
So, untuk simpanan dalam blog dan tatapan rakan2 bloger..sedikit gambar sebagai ganti cerita sepanjang cuti sekolah dan hari2 yang dilalui tanpa blog dan internet..
semoga semuanya selamat
ReplyDelete