Thursday, May 27, 2010

YEY CUTI....

Seronok tak leh nak kata..Walaupun cutinya pendek..Hanya 3 hari..yang pasti dapat berehat 1 hari xtra.Dapatlah luangkan masa bersama suami dan anak2..Alhamdulillah diberi kesempatan untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan..

Tak rancang nak ke mana2 cuti sempena wesak day ni, yang tersemat di minda, nak manfaatkan cuti ni bersama anak2 yang agak kurang kasih sayang sebab ibunya bizi jugaklah kerja..Hari2 balik lambat...Mana aktiviti yang terdetik nak dibuat esok atau lusa..Onn je kalau tak de halangan...Yang pastinya nak masak lauk kegemaran kakak ( ayam masak merah ) esok dan masak nasi lemak buat julung2 kalinya untuk suami ( percubaan pertama ) hari sabtu nanti..Insyaallah..Untuk adik, ibu sedia menjadi bantal peluk adik cuti ni..

Oleh kerana dah set mood cuti punya pasallah kertas peperiksaan budak2 kat sekolah tak dibawa balik..Sebab sedia maklum buat berat je..Bukan dijenguk pun nanti..Balik rumah pun awal daripada biasa..Nak cuba balik on time kalau tak de apa2 di sekolah..Cukup2lah balik lewat sebelum2 ni..

Okkay selamat bercuti..Cuti sekolah 2 minggu nanti lagi masyuk..nak balik kampung..Yey...

No comments:

Post a Comment