Sunday, August 23, 2009

6 JAM..

Tempoh yang bolehlah dikatakan lama buat kanak2 seusia Zulaikha menahan daripada makan dan minum..yang penting sepanjang tempoh itu ika tahan untuk tak minum susu...Sahur pertama buat zulaikha nampak macam tak leh masuk je makanan dalam mulutnya..Mata layu je mengantuk..Dah dia kata nak puasa, ibunya ni pun bangunkanlah ika bersahur..sama macam kakak2 sepupunya..jadi dia bersemangatlah sikit nak puasa..

Namanya je berpuasa..Tapi masih aktif ke sana ke mari bermain..Maklumlah di kampung ramai kawan bermain..kakak2 sepupunya ada sahaja idea untuk main ntah ape2 ntah..Yang ibunya ni dah geleng kepala je..Dalam hati, tak mungkin dia dapt bertahan lebih lama..tapi tabik springgg untuk ika sebab dia tahan godaan lagi berbanding dengan kakak sepupunya si atin..Elok je adik si atin ni makan biskut chipsmore, dia pun jamahlah sikit..Ika report kat ibunya ni..Terus si ibu tanya, ika makan sekali tak?? She said no..alhamdulillah..Masih bertahan..

Sampai satu tahap, jam melepasi pukul 11pagi..Ika dah makin kepenatan..Buas sangat bermain tadi..Yang lain dah tewas..Makan biskut, minum iar dan lain2..Tapi ika dah mula mengendeng dengan buat muka seposen..Siannya..Apa lagi ibu pun kata, buka je k..Dia tak mahu..Katanya dia nak puasa..Tapi ika nak minum susu..Hai, macam mana tu?? Nak puasa tapi nak juga minum susu..Papanya dah suruh pujuk berbuka..Ika tak nak..Kesian sangat dah tengok ika..Pujuk punya pujuk masa dah dekat 11.30..Akhirnya ika akur..papanya pun dah readykan susu..Dalam masa yang sama ika nak bisikkan sesuatu pada ibu..Tak mahu papa atau siapa2 dengar..

Ika kata, ika tak nak berbuka sebab takut ALLAH tak sayang..Alahai lurus bendulnya lah budak2 ye..Ini pasal terpengaruh dengan cite upin ipin lah ni..Tak pe, nasihat positif..Sebab dalam upin ipin kata, kalau kita tak puasa, Allah tak sayang..Punyalah dia takut AllAH tak sayang dia..Tak pelah, ika budak kecik lagi, ika tengah belajar puasa, esok kalau dah besar ika tak mahu puasa, ibu rotan..Barulah masa tu siapa tak puasa ALLAH tak sayang..Puas terangkan akhirnya ika pun berbuka dengan susu sebotol..Bukannya dia nak makan sangat..Petang sikit baru suap nasi..Sepupu ika yang lain pun turut serta.Dari 5.30 hingga 11.30 pagi ika belajar berpuasa..Tak pe, semalam sampai 11.30, sok lusa 12.30. tulat tunggeng 1.30 dan seterusnya sampailah terbenamnya matahari..Cukuplah ika berpuasa..Sekarang belajar2 dulu..Syukur ika nak belajar puasa..

No comments:

Post a Comment