Friday, July 31, 2009

ALWAYS GIVE AND TAKE..

Emmm.. esok abang patutnya cuti..Tapi kena kerja..Cover rakan sekerjanya..Jadi, kami kena tinggal lagi..Nak buat apa esok dengan anak2 ye..Tengah fikirkan ni..Nak jalan2, homework ika banyak yang nak dibuat..Alya pulak, demam lagi..Sian dia..Sebulan sekali mesti demam..Tak tahulah nape..May be alya tak selasak yang disangka..Nampak je agresif..Tapi bila dah demam, sedih je muka dia..Kalau ikutkan hati ni, tak bagi je abang kerja.Tapi ni jelah peluangnya nak kerja lebih masa..Dapatlah cari rm extra sikit..Bila ditanya boleh tak abang kerja..Mulut pun kata ok jer..Tapi dalam hati ni sebenarnya tak bagi..Kalau boleh cuti2 weekend macam nilah nak berkepit sepanjang masa dan spent time bersama..Tapi dalam kehidupan berumah tangga kita harus saling tolak ansur....Hari ni kita kena faham situasinya ..Esok lusa si suami pula akan faham keadaan kita..
Alhamdulillah aku dipertemukan dengan insan yang bernama Muhammad Arif Bin Rahman..Sentiasa faham aku..Seorang yang penyabar dan rajin membantu memudahkan kerja2 mengurus rumah tangga terutamanya mengurus anak2..Kalau si isteri tak sempat nak masak, abang tak pernah paksa kerana dia sentiasa faham si isteri adakalanya keletihan setelah seharian bekerja..Malah adakalanya, abanglah yang masak juga melayan anak2 makan sementara menunggu ibu ika dan alya ni pulang..Hebat suamiku..abang jugalah yang paling rajin mengemas dan membersihkan rumah kalau si isteri ni tak sempat2 nak buat..Pinggan yang digunakan untuk makan pun dicucinya sendiri..Yang rajin cuci botol susu anak pun abanglah juga..
KAU YANG KU SAYANG..TIAP SAAT DAN TIAP KETIKA..
Yang paling hebat ialah dia yang paling setia..Setia menanti hinggalah aku menamatkan pengajianku di Uitm selama 4 tahun dan kini aku sah menjadi isterinya..Dan sehingga kini jugalah abang masih setia..Setia melayan karenah, kehendakku dan setia untuk menemaniku sampai bila2..Syukurlah abang rajin bekerja..Jadi dia tak pernah meminta2..Kadang2 je rasa tak ok bila abang nak kerja lebih masa..Sebab masa tulah perasaan manja ni datang tiba2..Tapi realitinya, kita kena faham yang hidupnya bukan untuk kita sahaja..Dia perlukan masa dan ruang untuk diri..Bekerja, mencari rezeki untuk menyara keluarga dan isi poket sendiri..So, jadi isteri kenalah faham..Hari ni hari abang, sok lusa tiba hari yan..Sebab yan pun bekerja dan kadang2 sibuk juga..Masa tu abang pula kena faham..So, kenalah ada sikap give and take..

Thursday, July 30, 2009

ALYA BERSAMA UPIN&IPINNYA...

Kisah upin dan ipin yang ditayangkan di panggung wayang, malah episod demi episod keluar di tv yang tak sampai 5 minit, sangat menarik minat ika dan adiknya alya..Penangan upin dan ipin ni hebat betul..Sampai di mana2 sahaja ada muka upin dan ipin..Pergi bercuti di Pulau Pangkor hari tu pun depa dok jual baju upin ipin..Ingatkan baju pangkor je yang ada..Saja je nak bagi parents perabis duit layan karenah anak2 nak beli baju upin dan ipin..Bukan kat t-shirt je, kat beg, baju tidur, kotak pensel malah kat selipar pun ada..

Tak ketinggalan anak2ku juga..Antara ika dan alya, paling suka gile dengan upin dan ipin ialah Alya..Pantang nampak..Cepat je mulut dia menyebut..Kakaknya ngikut sahaja..Ada nak, tak ada tak minta..Minatnya pada Mickey Mouse..selipar semua ada gambar Mickey Mouse..Kami berdua layan je karenah dan kehendak anak2..Kecil lagi..si alya yang paling fancy gile kat upin dn ipin..Minggu lepas baru kami belikan selipar upin dan ipin kat pasar malam..Taklah mahal sangat..Lagipun papa bayar..Cetak rompak..Kalu Les Copaque Production yang keluarkan, mahu sepasang rm 15 - 20..Pergi pasar pun time alya tido..Main agak2 je saiz kaki alya..Pagi esoknya alya bangun baru bagi..Bukan main epi dia..tak tergambar kegembiraannya.

Baju t-shirt gambar upin dan ipin je dah 2,3 pasang..Belum lagi alya terrrnampak kat kedai atau pasar malam..Dia minta lagi..itulah penangan upin dan ipin..Kelakar kalau tengok gelagat alya pakai baju upin dan ipin hari2, pagi petang, siang malam..Emmm..tak susah nak pancing dia..Belikan je baju U&I..Senyaplah dia..Sekarang, si ibu sibuk download siri/episod upin dan ipin kat internet..Banyak tu episodnya..Tapi demi anak2..Ku turutkan juga..Lagipun dapat men'terer'kan diri download mendownload..He2..Sekarang ni pun masih di sekolah..Bz mendownload siri U&I sambil siapkan kerja2 sekolah..( Abang keje..Bolehlah balik lambat sikit..Bagi masa anak2 tido lebih masa kit kat umah nenek..)Balik ni terus pasang laptop untuk anak2 layan cerita upin dan ipin..Tinggal tunggu CD Geng Upin&Ipin je keluar..Hadiahkan untuk anak2..Mesti diorang suke..Dulu nak p tengok U&I kat wayang risau alya takut nak masuk..Gelap..Sekarang, dia dah fancy sangat, mesti alya nak..Ika k je..Papa? Lagi ok je..Yang penting anak2 gembira..Kami pun gembira..Haiiiiii Upin dan Ipin..

Tuesday, July 28, 2009

RUMITNYA..

Rasanya semua orang dewasa yang pernah melalui zaman kanak2 pernah membuat lipatan kertas untuk dijadikan sesuatu bentu berfungsi..Paling mudah buat sampan dan roket..Zaman kita2 dulu manalah ada kapal terbang yang pakai remote control..Jadi dengan kreatifnya buatlah lipatan kertas yang ntah macam mana tetiba je jadi sebuah sampan kecil..Terus buh kat longkang yang airnya mengalir masa hujan..Seronok buat lumba2..Sampan sape menang..Kreatifnya juga kita ni sampai boleh buat bekas berbentuk kotak untuk dijadikan tempat membuang sisa rautan pensel..Dan macam2 lagi..

Tu zaman kanak2 kita..Bila dah dewasa mulalah kita melupakan permainan kita..Sama ada terlupa atau buat2 lupa..Termasuklah ibu pada ika dan alya ni..Bila anak buat permintaan untuk buat sampan..Alamak..lupalah..Macam mana ye..Ibu buatkan roket terbang..Em...macam terer je buat..Lipat asana, lipat sini..Semua tak kena..Tukat kertas lain, tak jadi gak..Tapi try jelah..Tak nak mengecaBila sampai kemuncak untuk eksperimen..Gagal..He2..buat malu je sampai terpaksa minta anakk buah tolong ajarkan balik cara2 nak buat sampan dan roket..Oleh kerana tak nak bebudak kita lupa zaman kanak2 merekalah aku buat origami bersama2 mereka..Mula2 bila ditanya origami..Masing2 tak tahu..Apa tu..Menatang pe gaknya..Em..mereka tak sedar yang origami dah jadi mainan mereka sejak kecil dulu..Cuma masing2 dah mula lupa..Bila diberi arahan, masing2 buatlah lipatan masing2..Macam2 yang keluar..Yang menarik pun ada..Tak kurang yang lipat jadi apa2 ntah..


Yang pastinya melalui seni origami daapat dilihat tahap kesabaran dan ketekunan murid dalam membuat origami..Taka sangka dalam kalangan murid2 ni ada yang berbakat dan komited dalam membuat lipatan2 kertas hingga terhasillah origami yang tak terfikir di minda kita..Cikgunya pun sampai minta diajar buat bentuk2 yang mereka dah hasilkan..Tak lokek pulak murid2 ni nak berkongsi ilmu dan kepandaian mereka dengan cikgunya..Em..nampak lebih terer daripada sifu ni..Tak pelah..Masing2 punyai kelebihan dan kehebatan masing2.. Yang mampu dikatakan..Im impressed..


Sampai keluar peluh jantan si cikgu ni nak hasilkan lipatan berbentuk dinosour..Rumit....sangat..
Tapi dek kerana nak belajar punya pasal..Layannnn..Dan hasilnya alhamdulillah..dengan harapan, lepas ni dapatlah ajar anak di rumah dan perkembangkan lagi ilmu dan sebagai persediaan untuk mengajar origami kepada murid2 di masa2 akan datang..Mana tahu dapat mengajar bebudak khas..tentu mereka seronok sangat..He2..

Monday, July 27, 2009

AL-KISAH SI IKA..

Hari ni ika tak sekolah..Semalam PASTI kawasan Kapar buat majlis ikhtifal..semua parent dijemput hadir..Tapi kami tak p..Tau mesti padat di dewan Ahmad Razali..But majlis ikhtifal peringkat PASTI Al- Mawaddah (PASTI ika), kami pasti p sebab ika bakal buat persembahan macam tahun lepas..Oleh kerana itu hari ini ika cuti..

Dalam keriangan cuti, tak perasan pulak si ika ni ada kerja sekolah..Tapi biasanya elok ibu ika balik dari sekolah hari jumaat, mesti ika bawa buku sekolah untuk ditunjukkan pada ibunya yang dia ada kerja sekolah..Ntah, may be ika lupa..Yang ibu pun tak tengok atau check pe yang patut..Bz dan penat sebab urusan Folio bebudak SKI agaknya..Penat pun ye..Selalu tak macam ni..Bile terkesan semalam ika ada kerja sekolah, tak pulak terus buat..Memandangkan hari ini ika cuti, bolehlah ika buat..Yang tak terfikir, ika je yang cuti..Ibu dan papanya kerja..Jadi dia dah buang masanya menunggu kami balik kerja baru boleh buat kerja sekolah dia..Emmm....al-kisahnya....

Jadi petang tadi lepas balik sekolah mengofferkan diri seperti biasa untuk tengok2kan ika buat kerja sekolah..Ntah kenapa dia tak mahu.. Nak buat dengan papa dia kata..Tak boleh dipaksa..Tunggulah papanya balik..Emm..kalau dah papanya balik pun petang, nampaknya kena buat homework non-stoplah nampaknya..Walau sengantuk dan penat macam mana pun, seperti biasa ika dapat siapkan kerja sekolahnya mengikut masa yang diperuntukkan..Tak siap hari ni, mau sok tak sekolah..Tapi tak pernah dalam rekod ika tak sekolah sebab tak siap homework..Alasan cuti cuma mc je..Tadi pun ika berhenti kejap untuk mandi dan pergi mengaji..Padat jugak jadual ika yang baru berusia 5 tahun tu..Hebat anak ibu..Ika tetap kuat..

Elok balik dari mengaji terus di sambung kerjanya..Semoga berterusanlah sikapnya sampai besar nanti..Tak susah nak sekolah dan belajar..Kadang2 terfikir juga, betul ke cara ibu dan papanya mengajar ika erti belajar diusia yang muda..Sebab kanak2 seumur dengannya masih lagi leka bermain..Tak pelah..Nak cari ilmu kena usaha..Nak usaha kena dari akar umbi..Melentur buluh biar dari rebungnya..Ibu dan papa hanya mampu berdoa..Berdoa untuk kejayaan ika..Selebihnya terletak pada usaha ika...Lagipun ika kena tunjukkan contoh yang baik pada adiknya..
Tekunnya ika..dlam mengantuk2 still gagah untuk siapkan kerjanya..

He2..pecah rahsia..Papanya dah siapkan susu botol untuk ika..Pas siap homework, susu n tido..

Biarpun ika yang paling manjah dan suka nangis berbanding alya, ika tetap menunjukkan semangatnya yang kuat..Kalau dilihat luarannya,ika memang lembut dan pemalu..Tapi ika sentiasa menunjukkan peningkatan..Cuma kadang2 ika kurang yakin dengan apa yang dibuat..Malu sangat..Nak kena hantar berguru dengan uncle Wazir dia kot..Bagi terer berbicara, keletah berkata2 dan yang penting pandai melukis...He2..Uncle wazir sanggup??Uncle sanggup je..Si ika yang pemalu sangat tu yang tak sanggup agaknya..

Setiap ibu bapa malah guru sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak2 mereka..Tak kiralah berjaya dalam pelajaran atau bidang kerja yang bakal dilalui hingga akhir hayat mereka..Kalau mampu untuk dibelikan ilmu berkilo2 di kedai, pengetahuan dan kepandaian berbakul2 di pasaraya, ibubapa tak segan dan lokek untuk membelikannya..Tapi itu mustahil..Yang tak mustahil ialah usaha jitu dari anak2 sendiri yang bakal membuahkan kejayaan ..Untuk anak2 ibu dan papa we love both of u..Untuk anak2 murid cikgu..Cikgu sayang awak semua juga..

Sunday, July 26, 2009

ALYA NAIK BAS..

Emmm hari ni hantar adik ipar yang belajar di UiTM Shah Alam balik kampung..Cuti semester untuk bebudak fakulti di sahaja...Ntahlah tak paham..Kami nak hantar balik kampung tak boleh..Esok sekolah dan abang malam ni last kerja shift malam..Kena tinggal lagi he2..Jadinya. tolong hantar efa ke bus station kat meru je..Dah 2,3 kali gaklah p sana jemput dan hantar orang..Jadi si kecil alya yang tak berapa nak paham ni pun tengok je orang naik turun bas..
Alya..epinya..Sesekali dia tanya mana papanya..Slumber je ibu jawap papa p toilet..Dia faham..

Ntah kenapa pagi ni di tengok cik efa dia naik bas, terus kata nak naik..Beria2..Bakal menangis bagi pecah bus station ni..Papanya dapat idea baiiiik punyaaa..Nampak bas merah ( Kira macam bas mini ) bukan bas express..Terus dia melontarkan idea kreatifnya..Apa kata ibu dan anak2 naik bas ke klang dan turun di Klang Parade..Abang tunggu di Klang Parade..Good idea..So, terus naik bas dengan tambang hanya rm1, kami 3 beranak naiklah bas..Em..bukan main seronok alya..Kakaknya tak delah exited sangat sebab dia kesian kat papanya..Katanya papa sorang2..Dan dia ingat papanya tak naik kereta..
Tak lepaskan peluang bergambar 4 the 1st time naik bas..Ika jadi jurukamera..
Ika malu..Naik bas pun malu..Pelah ika..
Pengalaman pertama dengan anak2 naik bas..Tak tahulah kalau jalan jauh ( balik kampung ) macam mana..Kang ada yang nak ke toiletlah..Nak turunlah..Al maklumlah, Pahang tu bukannya dekat..Tadi cuma dari meru ke Klang Parade je..Pe pun enjoy sangat hari ni sebab dapat luangkan masa dengan suami dan anak2..Terlanjur ke Klang Parade pe lagi shoppinglah sikit2..Nak berjimat..In 2 weeks birthday hubby..So, kenalah rancang kewangan..Ne lah tau nak belikan Toyota Wish untuk Papa..he2..

Saturday, July 25, 2009

LEGA RASANYA..

Dah berbulan2, berhari2,setiap masa dan saat diperuntukan untuk memberikan yang terbaik kepada murid2 di sekolah bagi memastikan folio dan hasil kerja mereka siap mengikut masa yang telah diperuntukkan..Penat, tak larat, pening kepala, lemah badan semuanya ada..Semangat sahaja yang masih belum luntur..Inilah tugas guru..Alhamdulillah semuanya selesai dan berjalan dengan lancar..Sesi penilaian dan pentaksiran KRSV secara berkelompok di SMK Meru jumaat lepas berjalan dengan lancar..Kalau sebelum ni pikul beban dan tanggungjawab, bila selamat ditaksir oleh Cikgu Azrita hari tu, lega rasanya..Macam batu besar yang duduk atas kepala ni baru je dilepaskan...

Hilang semua penat, mengantuk sebab tak cukup tidur..Malah malam sebelum keesokan harinya ditaksir, langsung tak tidur..Buat persediaan terakhir untuk ke Meru..Fail PBS nak dibawa juga disamping hasil artifak juga folio bebudak tu..Mulanya nak bawa waja ke meru..Besar sikit ruang dalam kereta untuk dimampatkan dengan harta2 pelajar seni SMKSKI tu..alih2 bertukar planning..Fikirkan senang nak bawa sebab tekan je..( auto ) berbanding tukar2 gear dan tekan clutch kereta waja..Mujur ada hubby yang membantu loading harta2 tu ke dalam MyVI..Kalau tak, mau patah pinggang ni angkat sorang2..Pangorbanan seorang guru..
Em..sampai sekarang harta2 tu masih statik dan tak bergerak dok dalam kereta tu..Isnin kang terus bawa balik ke sekolah untuk dipindah naik semula ke dalam Bilik Seni tingkat 4 tu..

Jadi sekarang masanya untuk mengqada' apa yang patut diqada'kan..He2..Qada masa dengan anak2 dan suami...Masa tidur dan rehat yang tak cukup..Dan qada'lah apa sahaja yang sewaktu dengannya..Yang pasti. pagi tadi dah penuhi selera ika yang suka sangat makan makaroni goreng..Berselera dia makan..Sebut sahaja nak masak makaroni goreng, bukan main suka dia..Petang tadi pun sempat masak untuk hubby yang nak pergi kerja shift malam..Gembira rasanya dah make sure perut abang dah diisi sebelum pergi kerja..Dan untuk alya, hari ni..dapat ngempeng lebih sikit..Malam pun tidur dah boleh berpeluk dengan ibunya..Maklumlah..selalu dah 3,4 jam anak2 mauk tidur barulah si ibunya masuk menyusul..

Untuk kerja2 tertangguh di sekolah yang perlu diselesaikan, cikgu aryanti dah bersedia ni..Insyaallah akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin..Tak mau dah M.C2..Banyak hari dah dihabiskan untuk berehat sekiranya tak sihat..Tahun ni, banyak betul cuti..Kira rekod barulah..Tak pernah2..Kalu ikut sebelum ni, dalam setahun cuma 1,2 hari je cuti..Tapi tu tak kira cuti bersalinlah..Dalam keadaan mengadung pun still kuat dan gagahkan juga berjalan walaupun dah dekat hari nak bersalin..sampai turun tanda di sekolah ( mengadungkan Alya )..Kengkawan pun perasan..Gara2 penat menguruskan folio bebudak agaknya..Alhamdulillah sakit2 kecil je..Masih boleh menangani stress kot.kalutak..Bahaya..

Semoga aku sentiasa sihat dan kuat untuk hari2 mendatang..Amin..

Thursday, July 23, 2009

SIKIT JE LAGI..

Emm..dalam sibuk2 menanda folio sempat2kan juga tengok2 dan baca blog kawan2..Tentu2nye sambil mengupdate blog sendiri..Ngadap folio sepanjang masa bosan gak..Naklah cuci2 mata..Nampaknya kengkawan lain pun sibuk memanjang juga..Dengan pepriksaan, selesai periksa, kertas budak nak ditanda pula..Tu tak kira kerja2 sampingan lain yang menanti untuk diusik..Tak juga gerak2..Jadinya pandai2lah susun masa..Biar semua benda tak terlepas pandang..

Hal folio ni, tinggal 9 folio sahaja yang nak ditanda..Gara2 melayan anak2 nak tengok upin dan ipin dalam laptop nilah yang melambatkan sikit kerja..Ibunya pun joinlah sama bila video tu dah dibuka..Masa untuk anak2 juga perlu ada..Nah..sekarang, terimalah..Tak siap2 juga menanda..Sikit....je lagi..Tapi syukur..masih boleh celik mata lagi..Kalau gagah walau tengah hujan sekarang ni, katil pun dah memanggil2..ajak tido..Cubalah untuk teruskan menanda..Bagi siap..Sebab esok malam banyak lagi yang nak dibuat sebagai persediaan nak ke SMK Meru untuk pentaksiran berkelompok..Lagi pun, kain dan baju dalam bakul tu dah berhari2 tak berlipat..Sampai dah ulang sekali lagi pakai..Tak ambil kat almari pun..Tuang, amik mana yang nak disarung pas tu masukkan balik baki yang belum dilipat..Dahsyat kan??Buat malu je..

Semoga esok hari yang bakal dilalui makin mudah..Dah agak lapang sikit sekarang..Fail panitia pun dah dikemaskini..Tinggal kewangan ( nak berbelanja ) belum berkesempatan..Order barang2 yang perlu je..Emmm..Esok mesyuarat panitia..Ape nak dimesyuaratkan ye..Tak tahu nak cakap pe..Sikit....je lagi nak habis tahun 2009..Kalau dah selesai folio ni..lega rasanya..Macam melepaskan batu besar yang duduk di kepala..

Sekali lagi terima kasih buat suami dan anak2 yang sangat2 memahami..Khas buat papa yang sanggup jaga anak terutamanya alya yang tengah demam lagi dan beli juga makan makanan cap kedai..Sangat membantu dan memudahkan kerja yan..Untuk anak2, sabar ye..SIKIT......JE LAGI.....