Tuesday, June 30, 2009

NGANTUK..NAK TIDUR..

Mata dah berat sangat ni..Nak buka pun tak larat..Petang tadi balik tak tidur dan berehat pun tak dapat..Call abang kat tempat kerja bila ditanya dah makan tengahari ke belum..JAwapannya BELUM..Walhal dan pukul 4 petang..Jadi atas rasa kasih dan sayang, terus masak..Baring pun tidak..Sampai rumah pun 3.45petang sebab stay kejap untuk tengok2 folio bebudak kelas Zuhairi.... (Tanggungjawab di sekolah ). Dalam hati selalu berkata tak pe, demi kasih dan sayang pada suami dan anak2, turutkan..Dah tugas di rumah..

Malam selesai ika mengaji, dipaksa2 tidur tetap tak mahu..Bila kat TV ada drama jangan pandang belakang, elok pulak tidur sambil tekup muka dengan bantal..Alya tak boleh nak katalah..Sebelum kakak balik daripada mengaji dia dah lena..Si ibu ni yang dah ngantuk sangat2 tapi lum boleh tidur lagi..Hu2..Banyak lagi kerja bertaip yang nak dibuat..Indeks, fail PBS..dan macam2 lagi..Ni pun dah 5,6 kali terlelap kejap2 depan komputer..Si papa pulak segar dan bulat pulak biji matanya..
Lena si Alya..Tak sedar kakaknya buat bising di malam hari ni..
Akhirnya..Tidur juga..Sok pagi nak sekolah..zzzzzzzz.....
Selamat malam sayang..Tunggu ibu datang kejap lagi..

Harap2 dalam tak cukup tidur ni, esok still segar ke sekolah untuk menjalankan tugas seperti biasa..Anak2 ku sayang ' SELAMAT MALAM '...Buat rakan2 bloger, kak Mazidah, Wazir, kak Zana, selamat malam..Jumpe esok..Untuk papa...JOM TIDUR...

He2..dengar penyanyi cute, alif aziz menyanyi lagu sayang, sayang, sayang..Segar pulak mata ni..Stay up ke..TENGOKLAH!!Nite2 everyone..Mimpi indah2..

Monday, June 29, 2009

YANG PERGI BIARKAN, KITA TERUSKAN KEHIDUPAN

Ajal dan maut di tangan Tuhan..Bila, di mana dan macam mana semua sudah tertulis..Kita sebagai hamba-NYA haruslah redha..Terima dengan hati yang terbuka segala ketentuan yang diberikan..MATI adalah adat selepas menikmati hidup di dunia..Hanya bersediakah kita untuk menghadapinya..Memang tak terjangkau di fikiran bagaimanakah kita mati dan nasib apakah kita nanti..Semuanya terjawab dan boleh digambarkan melalui amalan kita di dunia..Banyakkah saham dan simpanan yang disimpan untuk di claim di akhirat nanti..Ada dividenkah amalan kita tu..Hanya Yang SATU sahaja mengetahui jawapannya..Kita merancang, Allah menentukan..

Petang semalam aku mendapat berita kematian ibu kepada bekas anak muridku tahun 2008..Innalillahiwaninnalillahirajiun...Sebatang kara si Nazrul Shahfiq yang juga dikenali sebagai Pak Tam oleh kawan2nya..Bapa pun sudah lama meninggalkannya..Kini hanya tinggal kakaknya yang juga bekas murid SMKSKI sebagai tempat berpaut, mengadu kasih, susah dan senang ditanggung berdua..Semoga mereka berjaya mengharungi hari2 tanpa mak dan ayah dengan jayanya biarpun diusia yang belum pun mencecah 25 tahun...Itulah dia resam kehidupan..Yang pergi tak kan kembali..Yang hidup kena teruskan..

Sempat ziarah Nazrul dan kakaknya bertemankan Kak Jaimah..Suram, sedih dan lesu wajah budak2 tu..Tak ada yang dapat kami bantu melainkan dengan memberikan kata2 semangat untuk mereka meneruskan kehidupan..Aku bertuah kerana masih mempunyai mak dan abah..Mereka??Itulah percaturan yang Allah dah tentukan..Insyaallah ada hikmah disebalik semuanya..Mentari keriangan dan kegembiraan akan menyinar semula dalam kehidupan kamu berdua..Cikgu doakan kamu dapat mendapat ketabahan hati dan Allah sentiasa mempermudahkan urusan kamu..

Untuk yang masih mempunyai ibu dan bapa, sayangilah mereka dan berbaktilah selagi mereka hidup..Yang sudah kehilangan, kirim2kanlah doa anak yang soleh sebagai tanda ingatan kepada yang sudah pergi..Untuk Cikgu Hanafi..Tabahkan hati atas pemergian bonda tersayang malam tadi..Semoga roh ibunda dicucuri rahmat..

Sunday, June 28, 2009

SANA SINI..MAKAN-MAKAN..

Hari ni agenda utama nak pergi kenduri..Tengah musim orang kawin..Kena saman jelah..Redha..Bayar jelah saman yang diberi tu..He2..nampaknya hri ni, tak masaklah..Makan tengahari merangkap makan malam kat tempat jemputan kenduri je..So, rice cooker dah simpan dalam kabinet..Tempat pertama nak p, dekat je..Nun..depan simpang masuk lorong hj. musran tu..Makan sedap, alhamdulillah..anak2 dan adik makan denagn penuh selera..Hubby tak dapat join..Kerja..Rugi ooo..Makan sedap..Ada makanan favourite abang tu..

Dah kenyang..jalan lagi..Kali ni rumah anak murid..Kakaknya kawin..Tak jauh gak..Nun lorong jiran lorong hj. musran..Lorong tarmidi namanya..Perut dah full..Taklah makan banyak sangat tadi..Cuma puas dan kenyang sebab sedap..Jadi kat 2nd house cume amik soto je..Itu pun dah cukup kenyang..Yang bestnya..Anak2 tak meragam..Walaupun papanya tak ikut..Anak2 tetap sporting..Mungkin sebelum keluar rumah, diorang dah dapat tidur yang secukupnya..Elok je bangun tidur, terus bersiap2 untuk p kenduri..Isi perut pulak lepas rehatkan mata..Selesai tunggu pengantin masuk rumah, terus gerak ke 3rd house..terserempak pulak bebudak 6A3..Dressing kalah cikgu2..Tak pakai baju sekolah, nampak tul keayuan dan anak2 dara gitu..Jumpa gak si salleh, montel dan syafiq..Yang tak nampak cikgunya..Ke kelantan..Tak balik lagi..

Sampai kat rumah kak ila yang menagdakan kenduri kesyukuran sempena anaknya berkhatan, i am really2 full..tapi untuk tidak menghampakan tuan rumah, makanlah gak..Emm.. berkilo2lah bertambah gamaknya hari ni..Kena ambil pil kurus..Nak timbang jangan katalah..Tak berani..Mesti berat..Makanan kat rumah kak ila pun not bad..Sodap..Anak2 still sporting..Tak nampak letih pun walaupun dah diusung ke hulu ke hilir..Alhamdulillah kenyang..Sampai rumah, selesai solat zohor, terus tidur dengan anak2..dahsyat betul..Dari pukul 3.30 sampai 5.30..Tak pernah lena macam petang tadi..Nikmatnya berehat..
Adik ipar yang nak dihantar balik hostel..Isi perut dulu..
Happy Family..Big..stomach family..He2..
Selesai makan..Sedap..Lap mulut sendiri..Pandai alya
Ni dia orangnya yang kurang makan tapi banyak cakap..

Malam..hantar adik ipar balik hostel kat uitm.Oleh kerana kat hostel susah nak cari makanan, kami singgah makan malam kat Afnan..Makan lagi..Ingat sok nak kurangkan makan..dah esok pot luck, makan lagi..Bila nak kurus ni???Walaupun suami tak pernak complain..Tapi tetap kena jaga penampilan..Biar sentiasa menawan di mata suami..Caiyok2..

Saturday, June 27, 2009

ANAK-ANAK HAPPY DI FUN FAIR..

Dah seminggu anak-anak menunggu nak pergi fun fair @ sum pair bak kata alya..Bila nampak je lampu fun fair, asyik bertanya je si kakak..Bile nak pergi fun fair..Kena tunggu weeknight baru boleh pergi..So, malam nilah malam yang ditunggu oleh bebudaks berdua tu..Bila sampai, bukan main happynye..Tergambar diriak wajah..Si Papa dah tak kira mahal ke, buang duit ke..Untuk anak2..Bagi rasa dan nak cuba, tukar jelah duit ikut keperluan yang patut..Nak membazir banyak sangat pun..tak elok gak..At least mereka dah merasa pergi fun fair..Kalau berbual dengan kengkawan, lehlah join dan tak ketinggalan..

Mula2 je alya takut nak naik..Bila dah naik, tak nak turun pulak..
Comotnye..
Senyum..Bye2..Ibu, Papa kami nak terbang ni..

Emmm...Kalau pergi genting tentu lebih menyeronokkan..Tapi bebudaks2 tu kecik2 lagi..Kang dah bayar tak nak naik pulak..Takut..Tapi tadi kat fun fair di tapak parking carefour pun dah menyeronokkan bagi anak2..Janji dapat naik mainan kanak2 seusia ika dan alya..Hari ni pulak tak plan pun nak pergi mana2..Elok lepas sekolah, balik rumah masak untuk lunch..Petang mengemas rumah, abang pulak mencuci porch yang dah berkeladak..Jadi masing2 menyibuk2kan diri..Kebetulan gak malam ni ika tak mengaji sebab cuti..Papa pun tak keja..Jadi, layanlah kehendak anak2..Sok lusa kalau dah sibuk, nak berjalan2 pun susah..Macam tulah adat jadi ibubapa..sentiasa berkorban untuk anak2 dan menggembirakan mereka..Adakah mereka bakal menggembirakan kita kelak??Insyaallah..Itu doa ibu dan papa untuk Ika dan Alya supaya menjadi anak yang solehah..Amin...

Cerita di sekolah pagi tadi pulak tak de yang interesting..Semua berjalan seperti biasa..Cuma pagi2 dah dapat call daripada PK1 aku kena replace tempat cikgu A ni..Pagi tadi sesi menandatangani buku kemajuan..Tak kisahlah sebab daripada tahun pertama hingga kelima aku ngajar dah biasa handle sebab jadi guru tingkatan..Cuma bila ambil alih tugas orang, agak lost lah sikit..Preparation untuk ngadap parent bebudak kelas tu pun tak sempurna..But i've done my best..Cuma agak terkilan dengan tindakan cikgu A yang tak hadir walaupun dah maklum hari ni bukan takat sekolah ganti..Tapi sesi bertemu ibubapa..Budak kelas dia pulak tu..Anak muridnya dan parents asyik tanya nape cikgunya tak datang..Masa nilah nak berkenal-kenalan dengan ibubapa anak murid kita..Agak tak bertanggungjawab tindakannya untuk tidak menghadirkan diri ke sekolah pagi tadi..But we must think positive..Agak2nya dah 'emergency' sangat2 sampai tak boleh nak elak kot..Yang penting pe tindakan yang kita ambil pun, fikirkanlah kesannya dulu..Jadilah guru yang sentiasa bertanggungjawab lebih2 lagi kepada anak2 murid kita..Tanpa mereka siapalah kita..

Friday, June 26, 2009

BANYAKNYA KERJA...

Tak tahu nak mula yang mana dulu..Buat yang ini, teringat yang itu..Buat yang itu teringat nak buat yang ini..Jadi kenalah rancang kerja betul2..Minggu lepas baru sudah dok sibuk2 settlekan markah budak2 seni..Alhamdulillah..Semuanya dapat disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan..Jadi tak delah rasa berhutang dengan budak2 atau sekolah..

Ni..kerja kursus pulak dah menunggu untuk ditanda, disemak dan dibetulkan pe2 yang patut..Yang bertambah banyak kerja sekarang ni, kena buat dan adakan fail pentaksiran..Aduh..Lemahnya nak buat semua tu..Fail sekolah pun tengok kadang2..Nikan pulak nak buat fail baru..Tiga fail pulak tu..Emm...terima jelah..Dah tugas guru..Siapa kata tugas guru mudaah??Siapa kata guru tak banyak kerja..Kami ni serba boleh, mengajar, pengkeranian, kerja membersih pun kami buat..Kalau cikgu seni, merangkap tukang cat..Cubalah yangb berkata tu, ambil alih tugas kami. Kalau tak pening2, mahu botak kepala banyak berfikir..

Pe pun terimalah semu tugas yang diberi dengan redha dan buat yang terbaik..Bak kata Kak Mazidah, kita puas dengan apa yang kita buat..Sekurang2nya kita tahu kesusahan dan kepayahan seorang guru lebih2 lagi kalau dah jadi orang atasan..Faham tugas orang bawahan..Sentiasa berfikiran positif dan bersikap tenang seperti yang selalu suami tersayang nasihatkan..Tak nak nanti dek kerana tugas2 yang menimbun ni, tak terbuat tugas2 ibu dan isteri..JANGAN!!!!Bahagikan masa sebaik2nya..

Anyway, wish me good luck..Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya..Insyaallah...

Thursday, June 25, 2009

GILIRAN ALYA PULA DEMAM

Baru je beberapa minggu yang lepas alya demam..Ni dah demam lagi..Orang kata kalau demam, si kanak2 nak naik ke stage umur yang lain..Nak pandai sesuatu..Pe pun alasannya, sakit yang diberi Allah kepada manusia adalah sebagai ujian untuk melihat tahap kesabaran kita berdepan kesulitan dan kesakitan..Nak uji dan tengok waktu sakit sahajakah kita ingat Allah atau masa sakit masih lagi terlupa pada yang SATU itu..
Sedih je wajah alya yang tengah demam ni..

Mungkin alya nak tumbuh gigi..Mungkin juga kena hujan..Mugkin juga alya kepenatan sebab asyik main je..Tengah aktif..Bukan sahaja aktif pergerakan..Tapi juga mulutnya tengah keletah berkata2..Kalau naik motor dengan atuknya ke kedai, sepanjang jalaan dia akan menyanyi..Tak tahulah apa yang dinyanyikannya..Tak berbutir..Yang dengar hujung perkataan je..Hanya orang terdekat dengannya sahaja yang faham sebab selalu dengar alya dok ulang benda yang sama..Cuma alya kalau tak sihat dia nak berteman.Selalunya kalau ibu sekolah, neneklah tempat dia bermanja dan mengadu penat..

Mata alya kuyu, tanda orang tak sihat..Tapi masih nak aktif bermain dengan kakaknya..

Selalunya jugalah kalau anak demam, tak pernah lagi si ibu ni ambil cuti untuk berada di sisi mereka bila diperlukan..Cuma leh janji dengan anak2, ibu akan balik cepat..Ibu apelah aku ni..Serahkan je bulat2 pada emak..Mentang2 mak yang jaga..Dekat pula cuma beberapa langkah dari rumah sendiri..Kalau rakan2 kat sekolah tu, asal cuti je, mesti sebab jaga anak demam..Nak hantar kat nursery tak berapa percaya diorang jaga..Sebab si anak tengah tak sihat..

Emm..bukan pe, kadang2 fikir banyak kali kalau nak cuti..Fikirkan anak2 kat sekolah tak ditengok2 dan diajar..Ketinggalan nanti..Lagi2 tingkatan lima..Folio SPM nak kena siapkan..Kalau aku sendiri yang tak sihat baru cuti..Itu pun KALAU dah tak larat sangat nak ke sekolah..Barulah ambil cuti..So, kali ni biarlah ibu ini berkorban..Anak di rumah lagi lebih memerlukan si ibu lebih daripada segala2nya..Masa inilah juga si anak nak bermanja dengan si ibu kerana separuh hari si ibu dah dihabiskan di sekolah atas tuntutan tugas dan kerja..Mujur nenek dan kadang2 papa faham dan sentiasa ada sebagai ganti dan membantu pe yang patut..

Untuk alya, semoga cepat sembuh..Esok dan sabtu ibu dah kena pergi sekolah..Kenalah tinggal lagi..So untuk anak2 tersayang, today i'm al your's..

Tuesday, June 23, 2009

KE SEKOLAH SEPERTI BIASA..

Semalam aku tak sekolah gara2 sakit perut..Nak kata melantak macam2 kat kenduri..Tak..Ntahlah mungkin perut ni nak meragam..2,3 kali dok buat temujanji dengan toilet je..Mau kalau ke sekolah, bebudak dan kengkawan kena cari Cikgu Aryanti ni kat dalam tandas..Kejap2 hilang..Atau tuan empunya perut ni penat..Tu yang nak berehat..apa lagi, suami senyum lebarlah si isteri ada di rumah time di cuti..So, peluang yang ada aku gunakan untuk hantar ika sekolah..Follow papa je..Lagipun naik kereta..Jadi taklah terasa sakit sangat..Dapatlah jumpa cikgu ika dan berbincang atu berbual2 pe yang patut tentang ika dan pembelajarannya di sekolah..

Lepas sarapan sebaik sahaja hantar ika ke sekolah, kami 3 beranak terus pergi klinik..Nak check pe2 yang patut..kotlah ada yang tak kena..He2..Em..check tak sampai 5 minit, dah keluar dari bilik doktor..Udahlah salah check..Ada ke si doktor tu letak stetoskop ( ala..benda yang doktor letak kat dada kalau nak check orang sakit tu ..) kat perut alya..Perut aku yang sakit..Alya pulak di checknye..Alya pun satu, ibunya nak check doktor, dia pun sibuklah nak ngendeng..Alhamdulillah..Mujur tak de pe2...Yag penting tak ada penyakit kronik..He2..Menakutkan..So, Dapatlah MC sehari..Dalam hati, tak dapat dua hari ke??

Elok je, perut dah tak meragam..Mulut ni pulak nak makan macam2..Biasa mulut ni..Nak makan cheese cake by secret recipe dan ice cream Mc D..Si suami, tak cakap banyak, janji lepas solat kita p..Apa lagi girangnya dalam hati..Dah terbayang kat rumah betapa sedapnya desert2 yang ada tu..Nak makan nasi tak lalu..Kebetulan pulak si papa gaji..pe lagi..Sedang elok sangatlah..Emm..destinasi kami ke Jaya Jusco sahajalah..Benda yang nak dicari ada dalam satu tempat..Pergi JJ makan dua benda tu semata2..Anak2 pulak leka bermain kat playground yang disediakan..Seronok pulak tengok anak happy.. Sampai lupa awak tu baru je MC pagi tadi..
Hilang sakit dan penat tengok anak2 gembira bermain di JJ petang tadi..

Selesai menunaikan solat terus balik rumah..dalam perjalanan nampak pulak cahaya lampu Fun Fair yang kat dalam cerita Mighty Joe Young..10 batu dahtboleh nampak..Ika pe lagi..Ibu, nak pergi fun fair..Si adik pun sibuklah nak pergi Sum Pair katanya..Kami je yang faham bahasa dia..Elok nak teruskan perjalanan, sunyi sepi pulak..nape ye..Em..Dah tidur pulak dia..Adik pun on the way..So, cancel..Lain kali je..Sesampai je di rumah..Ternampak pulak kelibat bebudak bertudung berlari keluar dan masuk rumah makcik sebelah rumah mak..Adik sepupu yang bakal ke mesir, ajar bebudak kawasan rumah yang mengaji..Eh!kan malam ni cuti ngaji..Dalam hati berkata..Tak pelah malas nak fikir..lagipun ika dah tidur..Malam semalam aku tak boleh lepaskan peluang my favourite drama ' Prision Break ' Every monday..MONDAY????Patut pun bebudak tu ngaji..Hari ini kan ke hari isnin..Em...Si papa dan si ibu ni pun dah hilang ingatan seminit dua..Mentang2 sama2 cuti..

So, hari ini ke sekolah seperti biasa..Menjalankan tugas yang dah tertangguh semalam..Yang penting hari ini aku dah set kat mind..Today is Tuesday. Jangan salah masuk kelas sudah..dan yang penting juga hari ni nak balik awal sebab pepagi lagi sebelum pergi sekolah ika dah pesan ' ibu balik pukul 1 ye..' Ika rindu ibu..Em..Secepat yang mungkin aku balik..Pukul 3 sampai rumah..Dah habis cepat dah tu..Singgah kedai beli mee goreng dan mee hailam panas2 untuk hidangan tengahari suami dan anak2 tersayang yang membuatkan aku lambat sikit kot..Tak pelah..Hari ni perjalanan hidup berjalan seperti biasa..Esok pun diharapkan begitu juga..Cuma megharapkan lebih banyak lagi bibit gembira untuk menceriakan kehidupan..Insyaallah..