Tuesday, May 26, 2009

GOOD BYE TODAY AND TOMORROW

Em..Kenapa ye??Pasal ape ye...Nak pergi mana??..Siap say good bye and sayonara lagi tu..Alah gimik je tu...Actually tak pergi mana2 pun..Cume laptop nak antar p sevice..Pada siapa lagi kalu bukan pada kekanda mazidah..suami idamannya yang akan buatkan..Berapa cosnye??Ayam golek dan Nasi lemak kukus Zul Yahyalah agaknye..He2.. My new world...Aryanti and IT

So, dua tiga hari ni tak dapatlah melayari internet..Berjauhanlah sekejap daripada laptop kesayangan ni..Walau pun cuma cap acer..harga pun tak seberapa..Berat berkilo2 pulak tu' ish2..banyak complain'..Aku tetap bersyukur kerana Allah berikan rezeki lebih sikit untuk aku dan keluarga merasa keseronokan mempunyai laptop atau komputer sendiri..At least anak2 yang sekecil ika dan alya dan pandai pegang mouse dan melukis dalam komputer..Itu lagi bagus daripada pandai main game dalam handphone..kira menyahut seruan kerajaan ' 1 rumah 1 komputer' He2..Yok lah tu..

Agak2 apa aktiviti sebagai ganti masa yang selalu diisi dengan menghadap laptop, godek2 tu, godek2 ni??? Emm..kebetulan baru je bebudak seni selamat menjawab exem paper seni 1 dan 2..Kira memang kena dengan waktunyalah berjauhan dengan lap top sendiri..Bolehlah marking dan siapkan sebelum cuti..Caiyok2..Dapatlah jugaklah nikmati masa cuti dengan lebih menyeronokkan tanpa gangguan kerja..Lepak tepi pantai..Tidur dalam bilik air-cond..Hotel mane ye??Yang pasti bukan hotel bandung..Hu...Hu...
Answer paper yang perlu ditenyeh..Teruskan usaha..

So, untuk kengkawan bloger janganlah anda tercari2 atau tertanya2 kenapa menyepi..Relakanlah aku pergi..Alahai..macamlah awak tu nak pergi sambung belajar kat oversea..He2..OK..See u soon..Adios..Assalamualaikum..Peace..

Monday, May 25, 2009

YANG BARU DAN YANG LAMA

Dah lama rasanya memasang angan2 untuk berkereta baru..Mula2 beli waja dulu masa dalam pantang..Semua suami yang uruskan kerana si isterinya tak dapat bergerak seligat dia..So, any decision, what colour semua yang cantik dan berkenan di matanya, abang ambil je..Asalkan boleh bergerak..Yang penting dapat balik kampung bawak balik isteri dan new baby born 'ika' dengan selesa..

Kereta Waja adalah yang jenis manual..Agak sukar sikit untuk membawanya..Tapi membawa kereta manual adalah satu cabaran dan ia menyeronokkan..Dapat tukar2 gear dan kita sentiasa berwaspada kerana takut tetiba je enjin kereta akan mati..Kalau tak de pe2, aku tak kisah sekiranya bawa kereta manual macam waja..Tapi yang membuatkan aku banyak bersabar..sampai sarat mengandung sembilan bulan pun masih larat drive manual car..( ngandungkan alya )..kaki dah cramp dan jam pun laratkanlah juga..Walhal hari nak bersalinkan alya dah terasa tak larat nak bawa kereta manual..Tapi gagahkan juga..Tak kisah, asalkan dapat sampai ke sekolah dengan selamat..

Banyak kenangan dengan kereta lama..Macam mana pun aku tetap sayang kereta wajaku..Hasil titik peluh, dengan duit back dated gaji tertunggaklah aku buat down payment beli kereta..Bulan2 abang sambung bayar..sampai sekarang..Alhamdulillah sepanjang naik waja ke hulu ke hilir dari rumah ke sekolah dan berulang alik ke kampung, tak pernah kami hadapi masalah..Berkat pesanan suami bila masuk kereta dan nak drive..lafazkanlah bismillah..Berserah pada Allah..Sampai sekarang jadi amalan..Insyaallah itulah yang akan diteruskan sampai bila2..

Emmmm...Tengok orang berkerta baru..awak pun nak berkerta baru juga..Tak kiralah maslah ekonomi yang semakin merundum ke tak..niat tetap diteruskan..Kenangkan jangkamasa panjang nanti nak ada baby lagi..Kenalah lalui fasa mengandung dan drive dengan kereta sendiri ke sekolah, alasan makin kuat nak beli kereta auto..Si suami pulak dah offer nak share bayar..Alhamdulillah..ringan sikit bebanan kewangan..Bertuah bersuamikan Muhammad Arif Rahman..He2..puji nampak..Puji ada makna tu..Si suami kejap nak pakai kereta tu, keluar design baru..berkenan pulak yang tu..Yang ni cantik, nak yang ni pulak..Si isteri dah pening kepala..Layan je..Tapi bila tahun lepas adik pakai MyVi S.E..Adalah gak try2 bawak kalau emergency..Eh! bestlah pulak..Auto, pakai tekan je..nak parking pun senang..Bagus ni kalau bawak anak2...Tambahan lagi kalau mengandung..He2..Cerite ngandung je..Tahun depan ke??Manalah tahu..He2..Alasan nak beli Myvi makin kuat bila tengok Si teja dan Jebat pun pakai Myvi..Apa lagi..Join the club le..

Tak sampai 3 minggu kereta dah keluar..Alhamdulillah.Rezeki Allah nak bagi..Syukur..Semoga dengan adanya dua kereta ni, memudahkan pergerakan ke sana dan ke mari..Lagi2 time hujan..Kesian abang nak pergi kerja..selalu mengalah..Si ika yang dihantar atuknye ke sekolah pulak..Mujur Acunya masuk office pukul 8.30pagi..Ada tak ada, mintalah belas manja pakai dulu sekiranya cuaca tidak dijangka..Lagipun bukan jauh sekolahnye.Nun depan selekoh sana je..So, esok nak bawa kereta baru ke sekolah..Bulan depan gaji dah mula kena potong untuk bayar kereta..Hu..Hu..Tinggal berapa hengget je..Kalau tak berhutang, tak berhartalah kita ye..Itulah resam kehidupan..Pandai2lah rancang kewangan dan masa depan..Jangan hutang keliling pinggang..Tapi hidup tak seperti orang..Sana sini MELAYUUU je kerjanya..Selamat memandu untuk aku esok..
Yang lama..Tetap ku sayang..Kelabu cerah menawan hati..
Yang baru..Akan ku sayang..Hitam pekat menawan kalbu
My new car key.







Sunday, May 24, 2009

WHAT TO DO TODAY???

Hari ini merupakan hari minggu terakhir untuk aku dan family di sini..Yahoo..Minggu depan dah last week sekolah..Lepas tu kami sekeluarga akan balik kampung..Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..Walau kadang2 ada sedikit kesukaran, aku dapat laluinya dengan tenang..Harap2 minggu depan akan setenang dan semudah minggu ini...

Hari ini banyak dihabiskan dengan berehat dan bersantai bersama keluarga..Kebetulan juga abang off..So, pagi rehat, petang p lah jalan2 mane yang dapat..Saje bawak anak2 pusing2 tengok keindahan dan gelagat manusia..biar terbuka sedikit minda mereka..Kalau asyik terperap di rumah pun tak boleh juga..Dan dalam plan hari ini juga, ika nak sangat bermain dengan warna..Dah lama tak tengok2 warna air dia sampai naik keras jadinya..Dari 3 hari lepas kami dok rendam colornya..Bijak betul ibunya yang juga cikgu seni ni..Patut ke warna yang dah keras direndam???Patut...Eh! Tak...

Dengan aktiviti yang dibuat, dapatlah tonjolkan kreativiti dan kebolehan anak2..Kerana hasil karya seni anak2 kecil yang tak mengerti apa2 ini memberikan makna yang tersendiri..Betapa suci dan bersihnya pemikiran mereka..Biarlah si pemerhati menilaikannya..Apa pun..it's just for fun..
Ika leka dan syok sendiri dengan aktiviti mewarnanya..
Hasil karya agung ika the cuteies..Diberi tajuk : My small hand
Ika tengah tunjuk skill mengecop dinding belakang rumah hasil didikan dan idea hebat papanya
Alya yang ketakutan jarinya terpalit secoet warna mainan kakaknya..

Overall todays activities was very meaningfull dan full of joy..End of my best sunday..Daaa..





Saturday, May 23, 2009

TAK PERNAHKU LUPA..

Dialah antara sahabat baikku yang paling aku sayang..Pendorong dan pemberi kata2 semangat disaat aku masih setahun jagung dalam arena perguruan..Dalam keadaan tercari2 identiti guru yang bagaimanakah aku inginkan..Malah kami sama2 mengandung semasa posting di SMKSKI..Sama2 pindah rumah dan berlumba2 hias rumah nak bagi cantik..Kira banyak jugalah persamaan kami..Malah kami masing2 dah saling kenal minat, kesukaan dan apa yang tak suka.Kira can get along eachother..Kak Su,Kak Is..yan sayang akak berdua..
Yan sayang akak berdua..Mmmmmuah...Thanks 4 being such a good friend of mine..

Dan aku kini sangat2 sedar yang insan bernama SALIMAH FARISYAH sangat menghargai persahabatan kami..Bagaimana??Biarlah aku, Suzanah dan Dia sendiri yang menginterpritasikan nilai persahabatan kami..Dan maafkan yan andainya yan terleka..Terima kasih juga kerana sering mengingatkan yan..Syukran sangat2 kerana akak2 menyayangi yan seadanya..Air mata akak dah membuktikan segalanya..Milik siapakah hati ini..Lembut bagaikan sutera..
Wajahnya tenang..Tenangkah Hatinya??Pe pun antara kami, Kak is lah yang paling ciwek..He2..
Renungan matanya memberikan seribu makna..
Yang paling ciwek tapi paling cun dalam kalangan kami..Bodeklah tu..Tak..Ikhlas ni....

Semoga persahabatan kita akan kekal sampai bila2..Biarlah usia persahabatan kita akan panjang biarpun Kak IS dan Kak Su telah dulu meninggalkan yan (pencen) He2..Dan yang penting kita tak akan pindah kan??Kerana untuk membina hubungan baru bukanlah satu perkara yang mudah. Malah memupuk rasa sayang dan saling percaya sesama kita bukanlah satu kerja yang enteng..Dan buat rakan2 yang turut menceriakan yan sepanjang yang di sekolah..kak zana, kak jai, kak zai, kak kin..dan lain2..terima kasih banyak2..Tak lupa buat rakanku kak mazidah, wazir dan kak ti..Thanks kerana memberikan kenangan manis buat yan..
Hai..nilah di pakar men'snap' gambar curi di SMKSKI..Jaga2..
Say hi to ZID..How r u..

Last but not least..My soulmate..Hubby..Terima kasih tak terhingga kerana abang dan anak2lah kenangan terrrindah, paling..sangat... sepanjang hidup yan..I LOVE U ALL..






Friday, May 22, 2009

BILA SAKIT DATANG MENJENGAH..

Ada yang berkata, Ingat lima perkara sebelum lima perkara..Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, sihat sebelum sakit, hidup sebelum mati..Kita sentiasa diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan bersedia dengan apa jua kemungkinan yang bakal terjadi..Berkerjalah sehabis daya seolah2 kita akan hidup untuk seribu tahun lagi..Beribadatlah sebanyak mungkin seolah2 esok kita akan mati..semalam alya dah sihat daripada demam tiba2..Hari ini...

Sebelum pergi ke sekolah ika mengadu sakit kepala..ingatkan sakit kepala yang biasa2 je..So, si ibu ni teruskan juga hasrat untuk ke sekolah. Lagipun hari ini hari terakhir sekolah..Sebaik sahaja masuk ke kelas 5P4 untuk memulakan paper, papa call mengatakan ika mengadu sakit kepala sangat..Tak boleh bangun..tapi mulutnya menyebut nak pergi sekolah juga..mujur semalam adalah last day exam di PASTInya..So, terus inform cikgu ika yang dia tak ke sekolah hari ni..Apa lagi..tak leh dok diamlah aku..Risau sepanjang masa..Kesian dia..Semalam elok je main dengan girang..Hari ni terus demam..Muntah2 lagi tu..Setibanya di rumah tengok keadaan ika..Cukup menyedihkan..Nak buka mata pun tak larat..Tak tunggu lama..terus bawa ika ke klinik buat check-up dan ambil ubat..alhamdulillah on the way balik dari klinik ika tidur sampailah dipindahkan masuk ke dalam rumah..lepas bangun, ika dah mampu tersenyum..LEGA..Dengan pertanyaan Si Teja dah LEGA juga ke???
Ika gagahkan diri untuk buat check-up kat klinik walaupun tak larat..Semangatnya kuat.
Sakit kepalanya masih belum reda..Ada tinggal saki baki..sian ika..

Apabila kita sakit, badan dan minda kita juga turut lemah..Tapi semangat untuk sihat kuat..Kuat untuk meneruskan kehidupan kerana perjalanan kita masih panjang..Masih banyak yang kita harus tempuhi sama ada yang manis atau yang pahit..Kerana kehidupan kita ini penuh dengan palitan warna yang berwarna warni..Jadi rugilah kita kalau terlepas peluang untuk menikmatinya kerana hidup cuma sekali..Hiasilah ia dengan perkara2 kebaikan, sulamlah ia dengan benang2 kemanfaatan dan bajailah ia supaya tumbuhnya bunga2 yang mengharumkan lagi menceriakan..

P/S : Sempat menjeguk salmah dan baby boynya..Hafi nama diberi..Comel secomel kakaknya Si Husna..Terasa makin tua walaupun sebenarnya tak nak mengaku..He2..Jauh benar beza yang berumur ni dengan si bayi..

Thursday, May 21, 2009

SALAM...I'M BACK..

Lega dapat kembali lap top aku yang dah dihantar kepada kak Mazidah untuk ditengok2kan oleh suaminya abang aminur rashid..Terlebih dahulu, nak ucapkan kepada kekandaku itu dan suaminya kerana sudi godek2..belek2 laptop aku yang tak bermasalah tapi pening2 sikit kot..Terima kasih banyak2..Kadi semalam tak dapatlah buat catatan..Serba tak kena jadinya..Inilah dia penangan bila dah pandai sikit2 main komputer..sehari tak menghadap, serba tak kena dibuatnya..
Pagi2 aku tengok beg berisi laptop dah ada kat atas meja..Si pembawanyanya pula tak nampak pulak kat depan mata..Mana dia..Siapa lagi kalau bukan kak mazidahku...Rupa2nya di tak datang ke sekolah hari ini..Laptop aku pun dikirimkan oleh suaminya kepada wazir untuk disampaikan kepada aku..Ntahlah sedih dan hiba pulak perasaan aku hari ini..Bercampur pulak dengan rasa rindu..semalam kakakandaku itu ada appointment dengan doc. Nape ye..Tak sempat nak tanya..Masing2 nak balik cepat..Nak tenung wajahnya lama2 pun tak sempat..Sms pun tak berbalas..Telefon pun tak berjawab..Risau aku dengan situasinya..Ok ke tak??
Balik dari sekolah tadi, ke sana ke mari mengalahkan menteri..Pergi bank, sain tu sain ni, minta tandatangan orang tu, isi borang ni..PENING.... Balik rumah ambil anak terus pergi rumah abang ipar. Ayah mentua dan adik ipar yang bakal melanjutkan pelajarannya di UiTM datang dari kampung untuk mendaftar sabtu ini..So, si abangnya ni nak bawa adiknya pergi beli apa2 yang patut sebagai keperluan sepanjang di UiTM nanti..Tak jauh perginya..TESCO je..On the balik hantar ayah mentua dan adik ipar ke Bukit Kapar tadi, lalu pulak depan jalan utama ke rumah Kak Mazidah..Ikutkan hati nak je menyinggah..Tapi takut mengganggu pulak..Manelah tau di perlukan rehat dan masa untuk bersendirian atau bersama keluarga..So, batalkan jelah niat kau tu yan..Kecewa lagi..
Sampai2 je di rumah, lepas layan anak nak tidur, nak minum susu dan makan ubat kerana kurang sihat, terus on kan laptop dan pasang internet..Yang utama aku nak tengok dan baca, blog kak Mazidah..Sekali lagi aku kecewa..sebab semalam dan hari ini tak ada catatan lagi..Aku cuma nak tahu keadaannya..Ok ke dia..tak pe..Insyaallah semuanya ok kerana Allah sentiasa merahmati dan melindungi Kak Mazidah dan keluarganya kerana dia sentiasa memudahkan kerja orang lain dan banyak membantu..Untuk akak kalau terbaca blog yan..i just want to say that i miss u..hope to see u tomorrow..


Riangnya menjadi kanak-kanak..Suci dan putih tanpa dosa..kalaulah masa boleh diundur..
Dalam hati ni berkata seronoknyelah jadi kanak2..Tak perlu fikir ape2..Penting ke tidak, tak payah ambil pusing..Yang kanak2 tahu, main, makan, tidur..tak macam orang dewasa ni, balik nak kena buat tu, uruskan ni..dan macam2 lagilah sebelum masuk tidur..sebenarnya badan dan kepala ni dah penat sangat hari ini..Untuk esok diharapkan akan bertambah baik daripada hari ini..Semalam hanyalah tinggal kenangan..Selamat malam semua...zzzzzzz....

Tuesday, May 19, 2009

KERJAKU DITANGGUNG BERES...

Alhamdulillah..Syukur..itu yang mampu aku ucapkan..Satu persatu kerjaku dapat dijalankan dengan baik..Serupa macam dulu2..Kira sekarang dah dapat balik 'tune' dan cara kerja yang betul seperti dolu2..Kalau tak rasa sesak je dada, berat je kepala, otak pun menerawang je..Tak boleh nak fokus kerja yang mana satu patut dibuat dulu..Sampai ada satu ketika aku persoalkan balik ' kenapa dengan aku'..Rasa macam prestasi kerja menurun je..Rase macam buat salah je..Kerja tu tak siap, kerja ni tak siap..Daaahh..datang kerja baru..
Work smart..Itulah yang kita kena amalkan kalau nak tangani masalah, banyak kerja ataupun stress..Dahulukan yang penting dan kemudiankan yang kurang penting..Yang tak penting, jangan difikirkan langsung..Pagi2 dah mulakan kerja2 men'stapler' kertas seni 1 form 5..Itu pun pinjam stapler Kak Mazidah..Thanks..Walaupun orangnya tak ada, tapi tetap membantu dan berjasa seperti selalu...He2..Bodek lebih nampak..Tak ini ikhlas..Selesai menyediakan kertas untuk ujian 27hb ( minggu depan ) nanti, sambung pulak kerja but dokumentasi minggu seni.Patutnya minggu lepas lagi dah kena hantar..Tapi ada masalah teknikal sikit..Lambat banyaklah..Mujur ada Kak Kin dan kak Zana yang membantu dengan 'soft copy' dokumentasi minggu diorang. Kira mudahlah kerja aku sikit..Tak payahlah menaip dari A sampai Z..Kalau menaip laju tak pe..Ni macam ayam patuk tanah cari makanan..LAMBATTT..Anyway thanks to both of u..Sempat jugak singgah tunjuk2kan ape yang patut sebelum pergi menjamu selera..Korang memang best..

Elok je nak laicik tepat pukul 4.45petang ( lambatnye..mujur abang shift pagi..Tu yang balik lewat sikit siapkan kerja..)He2..jangan marah ye Sayang..Terbacalah memo daripada Pn. Amiah kami..Sila hantar dokumentasi minggu panitia, post moterm PMR,SPM dan STPM 2008 sebelum 25 hb mei..Alamak..Post moterm SPM dah hantar, STPM wazir nak bagi esok..Dia dah siapkan katanya, PMR tak de kena mengena..Dokumentasi?????Haaaahhhhh...Lega..Dah siap tadi..Tu yang bertapa sorang2 kat bilik guru..Tak sia2 usaha..Siap jugak akhirnya..Balik rumah tak tunggu lebih lama, terus print and ready for binding tomorrow ..Yang tu, kerja Hanani sebab dia bahagian dokumentasi..Aku punya part dah settle..Hopefully dia dapat habiskan kerja yang aku mulakan..Sampai tak sempat nak menyapa lebih2 anak balik rumah tadi..Apelah ibu ni..Rambut Alya dah digunting nenek pun ibu tak perasan..Kes rambut depan dah over panjang sampai tutup matalah ni..Sorry sayang..Mujur papanya nampak..Kalau tak, esok baru sedar rambut anak dah tak seperti sebelumnya..

And for tomorrow..Just wait and see..What i can say now..I am satisfied with one more of my fine day..Good Luck for tomorrow because we will never khow what is waiting and aspecting for us to get through it..Yang penting..aku masih punya masa untuk diri sendiri, suami, anak2 tersayang, rakan2 dan sekolah..K..peace no war..Adios..
p/s : Dapat hadiah gelang manik daripada x student seni form 3 dulu..Sekarang dia di 4sn2..Walaupun dah tak diajar, tapi masih ingat kat cikgunya ni...Thanks Hafiz Salihin..awaklah murid pertama yang bagi cikgu hadiah..terharu..Hu.hu..hu..Pe pun i like it..